Wednesday 14 March 2018

Truly Love Prolog

Cherrytown terletak antara Negara Angin dan Negara Api. Bandar ini sebetulnya dibuka oleh sekumpulan manusia yang ingin mencari tempat tinggal jauh daripada kemunculan magician. Namun dasar asimilasi telah membuatkan sebahagian magician memilih untuk tinggal di bandar ini. Sehingga ada juga yang berkahwin campur dengan manusia.

Sejak beberapa tahun yang lalu, Bandar ini mulai terkenal dengan penghasilan herba dan potion. Bekalan ini datangnya daripada sebuah kedai kecil tyang terletak agak tersembunyi dari pandangan. Tidak banyak maklumat yang diketetahui oleh pemilik kedai ini melainkan beliau seorang wanita yang bisu.

Kedai Super P'tion ditolak dari luar. Dentingan loceng yang berbunyi menandakan kehadiran tetamu yang datang. Seperti kebiasaannya, Tetamu yang datang terdiri daripada pelanggan yang ingin membeli potion.

Bau herba menusuk ke rongga hidung pelanggan itu. Suara riuh orang ramai yang datang ke pekan harian terus hilang sebaik pintu ditutup. Pelanggan itu bagaimanapun kagum melihat pokok-pokok herba yang hidup subur di dalam kedai ini. Agak aneh bagaimana pemilik kedai ini boleh menghidupkan pokok herba di negara yang kekurangan tanah subur.

Beberapa cabinet tinggi disusun secara melintang, Menampakkan kedai kecil ini kelihatan besar. Pelbagai jenis saiz dan jenis potion disusun pada cabinet itu mengikut warna dan saiz.

Seorang wanita muncul dari arah bilik staff dengan sengihan lebar terukir di wajahnya. Wanita itu bergerak ke kaunter sebelum meletakkan sebuah botol kaca yang berisi air hijau ke atas cabinet yang terletak di belakang kaunter.

Pelanggan yang baru tiba itu menghampiri kaunter sebelum meletakkan kedua tangannya di atas meja.

“May I help you?” Sapa satu suara.

Pelanggan itu tersentak dan menoleh ke sisi. Seorang gadis belasan tahun sedang memandangnya dengan pandangan ingin tahu.

“Saya mencari potion.” Kata pelanggan itu.

“Well then, Encik berada di tempat yang betul kerana kedai ini memang menjual potion.” Gadis itu melebarkan senyuman.

Pelanggan itu tersipu. Betullah, mana ada orang datang ke kedai potion mencari nasi.

 “ Saya tahu. Maksud saya, Potion yang lain dari kebiasaan.”

Gadis itu berfikir seketika. “Boleh saya tahu jenis potion yang Encik cari? Adakah untuk kesihatan? Makanan? Pet? Girlfriend?...”

“Untuk saya.”Potong pelanggan itu.

“Potion apa yang encik mahukan?” Tanya si gadis belasan tahun.

Pelanggan itu mengukir senyuman nipis. “Glamour spell”

Gadis belasan tahun itu terpempam. Wanita yang berdiri di belakang kaunter melirik ke arah mereka berdua. Tangannya pantas menggapai sesuatu yang berada di bawah meja. Namun dia panik apabila tangannya tidak dapat digerakkan. Malahan tangannya terasa sejuk mencengkam.

“Saya takkan buat begitu kalau saya jadi awak,” Pelanggan itu memberi amaran.

Mata gadis belasan tahun itu menangkap cairan ais yang muncul dari telapak tangan pelanggan yang berada di hadapannya. cairan ais itu melingkar sehingga membekukan tangan pembantunya yang berada di bawah meja.

Melihat reaksi pembantunya, dia tahu wanita itu tidak dapat mencapai sleeping potion yang berada di bawah meja.

“Kau kerja untuk siapa?” Tanya si gadis.

Dia mula merasakan aura ancaman daripada lelaki ini. Selama bertahun-tahun dia menghasilkan potion, belum pernah lagi ada seorang pelanggan pun yang menyebut tentangnya. Hal ini kerana potion tersebut berasal dari zaman kuno.

Bukan semua orang memiliki cara untuk menghasilkan glamour spell. Dan bukan semua orang juga boleh memilikinya.

“No one. Look, Aku bukan datang untuk buat kacau. Aku benar-benar perlukan potion tu. Okay? Aku akan bayar berapa je kau nak, Whisper”

Mata Whisper terbuka luas. Wajah pelanggan di hadapannya ditenung dengan penuh misteri. Tiada seorang pun dari kalangan pelanggannya yang tahu tentang nama sebenarnya. Bermakna pelanggan di hadapannya ini bukan calang-calang orang.

“Macam mana kau tahu nama aku?” Whisper cuba mengenal pasti lelaki yang bersembunyi di sebalik hud jaket baju sejuk yang dipakai namun gagal. Dari gayanya ternyata lelaki ini berasal dari negara luar.

Seingatnya Whisper dia tidak pernah mencari gaduh dengan sesiapa. Tapi mungkin juga kerana persaingan perniagaan menyebabkan ada yang iri hati dengan kejayaan perniagaannya dalam bisnes menjual potion.Kedai kecil ini meskipun baru dibuka sudah berjaya meraih keuntungan besar.
Sedar akan hakikat ini membuatkan Whisper selalu berhati-hati. Tidak mustahil akan muncul pakatan yang ingin menjahanamkan perniagaannya.

 “I have my way” Balas lelaki itu.

Whisper mengecilkan pandangan. “Siapa kau sebenarnya?”

Pelanggan itu membuka hud yang dipakai di kepala dengan tangan kiri. Kaca mata hitam yang dipakainya turut ditanggalkan.

"Just call me, Ice"

1 comment:

  1. Bestnya writer,,, x sabar nk tunggu sambungan diaaa����

    ReplyDelete

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...