Friday 16 March 2018

Angel 4

Image result for song joong ki angel

Song Jong Ki as Cupid

"Aku dah ada rancangan" Kata Cupid kepada Angel.

Seperti yang telah dijanjikan mereka berdua bertemu di Miyagi International College. Pusat pengajian yang menjadi tempat Ayumi menuntut ilmu. Di saat ini, Cupid dan Angel sedang duduk di kerusi penonton, Menyaksikan perlawanan bowling yang disertai oleh Ayumi.

Nampaknya bukan sekadar memiliki rupa paras yang cantik, Ayumi juga aktif dalam sukan dan persatuan sukarela. Baru tiga hari yang lepas Angel mengikuti Ayumi ke sebuah kawasan miskin di kota Ubbin Falls ini. 

"And that is?"

"Kita kena bercinta"

"Apa?!" Jawapan Cupid dibalas dengan jeritan terkejut Angel.

Apakah Cupid sudah hilang kewarasan? 

"Rilekslah. Aku belum habis cakap lagi" Cupid masih bersikap tenang seakan sudah mengagak reaksi Angel. 

"Okay, Habiskan" Kata Angel sambil mengurut dada.

"Begini, Damian itu bukan manusia biasa. Dia mempunyai kuasa elemen ais. Jadi, Dia pasti faham kalau kita terangkan siapa sebenarnya diri kita. Tapi, Ayumi mungkin tidak kerana dia manusia biasa."

Cupid memberikan pendahuluan kepada Angel. Gadis itu tidak bergerak tetapi mengangguk kecil. Sebelum Cupid beritahu pun dia sudah maklum Damian itu ada elemen ais.

"Tapi kau tetap tak boleh beritahu Damian yang kau Cupid dan tentang rancangan kita." Soal Angel.

"Memanglah. Kau fikir aku baru sehari dua menjadi Cupid? Tapi sangat mudah untuk aku mendekati Damian. Aku cuma perlu berlakon mempunyai apa-apa elemen. Masalah terbesar terletak pada kau. Sebab kau perlu mencari jalan untuk mendekati Ayumi."

Penjelasan Cupid membuatkan Angel berfikir panjang. Benar juga kata-kata Cupid. Dia kenal Ayumi tetapi Ayumi sudah tentu tidak mengenali dia.

"Jadi, Apa maksud kau dengan kita kena bercinta?"Tanya Angel.

Otaknya masih belum dapat membuat kesimpulan tentang rancangan Cupid. Dan harapnya Cupid hanya merancang. Tidak sanggup dia bercinta dengan kawan sendiri seperti Cupid.

"Aku akan mendekati Damian. Dan selepas itu, Aku akan perkenalkan kau sebagai kekasih aku."

"Hah?"Mata Angel terbuka luas.

"Of course, Love. Dengan cara itu barulah kau akan dapat mendekati Ayumi. Apabila kita sudah dapat kepercayaan mereka, Barulah senang untuk kita menjayakan rancangan kita"Terang Cupid.

Angel tidak menjawab. Tidak tahu harus bersetuju atau tidak dengan rancangan Cupid. Tapi, Bukankah dia sudah bersetuju untuk membantu Cupid?
Malah sepanjang menjaga Ayumi, Dia sedar gadis itu merupakan seorang gadis yang baik. Damian pasti akan bahagia berada di samping Ayumi.

If you love somebody, Let them go. For if they return, they were yours. And if they dont, They never were.

"Erm...."

"Hold it. Itu, Ayumi sedang bergerak ke tandas. "Potong Cupid sambil menunjukkan Ayumi yang sedang bergrak menghala ke satu arah.

Angel pantas bangun dari kerusi penonton dan melebarkan sayap, Mengikuti Ayumi. Tugasnya sebagai Guardian Angel adalah menjaga Ayumi daripada bahaya. Walaupun hatinya kadang-kala sakit kerana Ayumi adalah jodoh Damian.

Ayumi berhenti di depan pintu tandas, Melihat papan tanda yang tertera. Selepas memastikan dia tidak tersalah tandas, Ayumi membuka pintu dan masuk ke dalam. Angel ikut masuk sebelum pintu tandas ditutup oleh Ayumi.

Seorang gadis sudah ada di hadapan cermin tandas, Membetulkan make up yang dipakai. Dengan gincu di tangan, Dia berpaling melihat Ayumi dengan wajah jengkel. Ayumi pura-pura tidak nampak sebelum masuk ke dalam salah sebuah bilik yang disediakan.

Angel pula terkejut melihat Guardian Angel yang berada di samping gadis itu. Guardian Angel yang berpakaian serba hitam itu menjungkit keningnya yang dihitamkan dengan maskara.
Fakta tentang Guardian Angel adalah warna kemunculan mereka akan mengikut sikap anak guardian. Jika buruk seseorang anak guardian itu, Maka buruk jugalah penampilan seseorang Guardian Angel.

Atau mungkin juga kerana sikap Guardian Angel itu sendiri yang buruk. Maka sebab itulah mereka selalu dipasangkan dengan anak guardian yang sama sikap seperti mereka.

"Angel, Tak sangka jumpa kau kat sini."


Image result for gothic angel


Rhea, Guardian Angel ini tidak mungkin akan dilupakan oleh Angel. Selain Im Jaebum, Rhea juga dahulunya aktif membuli Angel. Dan kegiatan membuli itu hanya terhenti selepas Angel menukar tempat pengajian ke Whisper Hollow.

"Totally."

"Jangan cakap yang itu anak guardian kau?"Rhea menunjuk ke arah pintu tandas yang dimasuki Ayumi dengan jari telunjuk.

"Yup"

Rhea ketawa besar mendengar pengakuan daripada Angel yang tidak disangka. Angel mengerutkan dahi. Tidak faham punca yang begitu kelakar sehingga wanita di hadapannya ini perlu ketawa begitu.

"Aku dah agak dah."

"Excuse me?"

Rhea yang duduk di atas sinki tandas melompat turun sebelum bersandar di sinki. Kedua kakinya disilangkan sambil memeluk tubuh.

"J beritahu dia jumpa kau di Sky Realm. Saying that you have change, Makin ugly"

"Like hell aku kisah"Angel menjulingkan mata ke atas.

Rhea menjungkit bibir kiri melihatkan reaksi Angel. Benar kata Jaebum tempoh hari, Angel semakin berani. Dahulu, Sewaktu angel belum menukar tempat pengajian, Jangan haraplah gadis itu mahu membuat reaksi begini.

Malah jika Angel ternampak dia dengan ahli geng Jaebum yang lain, Angel akan mencanak lari kerana takut. Sekarang dia tertanya-tanya punca yang menyebabkan Angel sudah berubah. Perubahannya bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga sudah berani mempertahankan diri.

"Believe me, Kau akan ambil kisah."Kata Rhea.

"Sebab?"

"Sebabnya ialah anak guardian aku bersaing dengan anak guardian kau,"Beritahu Rhea.

Angel terasa nafasnya sesak. Dia tidak tahu pun pasal perkara ni?

"What do you mean by bersaing?"

Rhea mencebik bibir. Dia memusingkan badan ke arah anak guardiannya sebelum membisikkan sesuatu. Angel mula merasakan perasaan yang tidak enak. Selepas seketika anak guardian Rhea tersenyum sinis melihat pintu yang dimasuki oleh Ayumi.

Gadis itu cepat-cepat menyimpan peralatan make-up miliknya ke dalam tas tangan. Dia membetulkan rambutnya yang sudah terurus untuk kali terakhir sebelum mengorak langkah keluar daripada tandas. Rhea melebarkan sayap hitamnya, Mahu mengikut gadis yang menjadi anak guardiannya keluar.

Angel membuka sayapnya dengan pantas, Menghalang Rhea meneruskan langkah. Rhea merenung sayap Angel yang lebih panjang daripadanya. Sekali lagi bibir hitamnya mengukir senyuman sinis.
Hal ini kerana kepanjangan sayap Guardian Angel menandakan status seseorang Guardian Angel.

Melihatkan sayap Angel yang panjang dan putih sudah cukup memberitahunya tahap kejayaan yang telah dicapai oleh Angel. Dalam diam rasa cemburu menguasai hati Rhea. Kalau diikutkan kiraan, Angel baru sahaja tamat pelajaran, tetapi sudah mencapai kejayaan besar. Berbanding dengan sayapnya yang ketot, Memang tidak terlawan pencapaiannya jika dibandingkan dengan Angel.

"Show off"

"Apa rancangan kau?" Tanya Angel dengan nada geram.

Dia tahu ada sesuatu yang dirancangkan oleh Rhea. Dan rancangan itu akan dilaksanakannya melalui anak guardiannya yang sudah beransur pergi.

"Listen well, Angel. Hanya sebab kau dah berubah tak bermakna kau akan terselamat. Bagi aku kau tetap Angel yang sama seperti ketika di Sacred Heart dulu."

Rhea melayangkan tubuh, Melanggar dengan kasar tubuh Angel sebelum menghilang di sebalik pintu sebelum sempat Angel membalas kata-katanya. Serentak itu juga, Pintu tandas yang dimasuki oleh Ayumi dibuka dari dalam.

Ayumi menghala ke sinki dan membasuh tangannya. Angel merenung Ayumi. Gadis ini sungguh baik dan tidak mengtahui apa-apa. Angel sedar kini, Dia harus melindungi Ayumi daripada kejahatan Rhea.

'Kita kena bercinta'

Ayat Cupid terngiang di telinganya. nampaknya dia tidak mempunyai pilihan lain selain menerima rancangan Cupid. At least, Hanya itu yang boleh dia lakukan untuk memastikan Damian gembira selain melindungi Ayumi.

Tapi...

Angel memegang dadanya yang terasa sakit. Ah, Hati. Bertabahlah.


No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...