Sunday 19 August 2018

Prisoner Of My Heart 4

Rhea memencilkan diri sepanjang majlis persaraan ayahnya berlangsung. Dia segan apabila ada rakan-rakan yang pernah dikenali turut hadir bagi meraikan Mr. Sincere.

Mata yang memerhati tidak menyembunyikan pandangan mereka terhadap Rhea. Mereka terkejut melihat gadis ala gothic yang kini sudah kembali ke pangkal jalan. Rhea mula terasa menyesal memakai gaun kembang warna mustard yang dibelinya ini.

Berasa ingin bersendirian,  Rhea membuka pintu yang menuju ke halaman belakang rumah. Dia sepatutnya sudah mengagak bahawa kehadirannya ke majlis ini membuahkan perhatian tetamu terhadapnya.

Rhea menuruni anak tangga, melangkah ke taman bunga mini yang diusahakan ibunya. Sudah lama dia tidak balik ke rumah. Nampaknya ibu sudah menambah koleksi bunga yang ditanam.

Rhea memerhatikan pertumbuhan bunga yang pelbagai jenis,  warna dan saiz yang ada di kebun ini.  Beberapa kuntum bunga bluebell yang separuh mekar menarik perhatian Rhea.

Kedua lututnya direbahkan ke bawah.  Dia pantas meletakkan tangan kanannya ke tanah berhampiran dengan kelompok bunga Bluebell. Matanya dipejam,  cuba meneliti keadaan yang menyebabkan bunga bluebell tersebut kurang mekar.

"Overfeeding" Sebagai Nature Angel,  Rhea mengenal pasti punca yang mengganggu tumbesaran bunga bluebell ini.

Dengan mata yang masih dipejamkan,  Rhea memanggil tenaga bumi. Tapak tangannya terasa suam dengan satu tarikan tenaga daripada bawah tanah.  Dengan perlahan-lahan Rhea melepaskan tenaga itu ke arah kelompok bunga bluebell yang kurang mekar.

Sebagai Nature Angel,  dia tersenyum mendengarkan teriakan gembira kuntuman bunga bluebell. Dia membuka mata ketika tapak tangannya yang suam beransur sejuk.

Rhea puas hati melihat kuntuman bunga bluebell yang kini berkembang mekar. Sempat dia mencium bunga tersebut, menghidu haruman yang dikeluarkan oleh bunga bluebell.

Rhea bangun,  melangkah ke gazebo yang terletak antara taman bunga dengan kolam renang berbentuk sayap sebelum melabuhkan punggung di situ.

Beberapa minit kemudian pintu halaman belakang dibuka dari dalam. Rhea yang terkejut berpaling ke arah pintu.

Sepasang wajah lembut yang menyapa matanya membuatkan hati Rhea diserbu rasa serba-salah. Pun begitu dia memasamkan muka, menyembunyikan rasa hati yang sebenar.

"Kau buat apa di sini? " Tanya Rhea kasar.

Dia berusaha melarikan diri ke halaman belakang untuk bersembunyi. Maka kedatangan gadis ini sangat tidak dialu-alukan oleh Rhea.

"Datang ke majlis atau ke halaman belakang ni? " Angel menapak ke hadapan, mahu merapatkan jurang yang terbina antara dia dengan Rhea.

"Both! " Marah Rhea.

Dia tidak pernah sukakan Angel sejak dahulu. Dan kini perasaan itu tidak berubah walaupun sudah tiga tahun mereka tidak bertemu muka.

Kali terakhir mereka bersua adalah di hari Akira mengakui kesalahannya mengganggu anak guardian Angel.

Di hari itu jugalah,  Akira menyampaikan isi hatinya yang sebenar kepada Rhea. Rahsia yang dipendam bertahun lamanya sehingga membuatkan dia memilih jalan mengganggu Angel bagi memuaskan hati Rhea.

"Find your own speciality and stop intimidating other. You are special Rhea, At least to me"

Pesanan Akira menjadi pegangan Rhea untuk berubah. Memang sukar, tetapi demi cinta Akira dia tabahkan juga hatinya.

"Mr. Sincere yang jemput.  And since dia dah diibaratkan macam ayah sendiri, aku datang juga walaupun aku tahu kau tak suka.  Tadi aku nampak kau ke sini,  jadi aku ikutlah, " Angel berdiri di sebelah Rhea.  "Boleh aku duduk? "

"No, " Tolak Rhea.  Dia tidak mahu Angel berada dekat dengannya.

"Please? aku cuma nak berbual dengan kau." Pinta Angel.

"Apasal? kita bukannya kawan pun, " Dingin suara Rhea menunjukkan rasa tidak senangnya terhadap Angel.

Rhea tidak faham. Bukankah sepatutnya Angel benci kepadanya?

"Aku tak benci kau Rhea kalau itu yang kau nak dengar, " Angel melangkah mendekati Rhea dan duduk di sebelah gadis itu. Tak kisahlah kalau Rhea marah. Bukan kali pertama dia menjadi mangsa kemarahan Rhea pun.

"Tapi aku bencikan kau, " Balas Rhea.

"Aku tahu. Sejak kecil lagi kau dengan Jaebum dah tunjukkan betapa korang bencikan aku."

Rhea memandang taman mini yang dihasilkan oleh ibunya,  tidak berani memandang ke arah Angel.

"Jadi,  apa?  sekarang kau nak balas dendam?  mesti kau seronok Akira dah masuk Healing Camp. Tapi, kau lagi puas kalau aku yang masuk sana, betul tak? "

"No, "

"No?!"

Rhea tidak percayakan Angel.  Mustahil Angel tidak puas hati dengan nasib yang menimpa Akira dan dia.

"Akira masuk ke Healing Camp disebabkan oleh aku juga, Rhea.  Bagaimana aku nak gembira sedangkan Akira dan kau merana." Angel menoleh ke arah Rhea. "Aku tahu kau selalu lawat Akira di Healing Camp sejak dia dimasukkan ke sana. "

"He's my friend. Dan kalau dia tak bodoh kacau kau mesti dia tak masuk ke sana. " Hati Rhea dicuit rasa sebu mengenangkan Akira.

"Please,  Rhea. Jangan nak friendzone Akira. Aku pun ada masa Akira luahkan perasaan pada kau,  remember? " Usik Angel membuatkan Rhea terdiam.

"Mana partner kau? " Rhea mengubah topik.

Dia nampak lelaki yang mengiringi Angel semasa datang ke majlis tadi. Lelaki yang sama dilihatnya tiga tahun dahulu ketika Angel bekerjasama dengan Nick dalam satu tugasan.

Waktu itu,  dia sering mengadu kepada Akira tentang rasa tidak puas hati terhadap Angel.  Dia benar-benar cemburu. Apatah lagi ayahnya,  Mr. Sincere membandingkan dirinya dengan Angel.

Kalau bukan disebabkan dia sering mengadu kepada Akira tentang kebenciannya kepada Angel,  mesti sekarang Akira dah bebas menjalani kehidupan di dunia luar.

"Ada di dalam.  Aku tinggalkan sekejap dengan Nick. So,  macam mana dengan Akira? "

Rhea kaku.  Dia tidak tahu jawapan yang harus diberikan kepada Angel.  Kalau Rhea yang dulu,  pasti akan menjawab dengan bongkak supaya Angel tidak masuk campur.

Tetapi dia bukannya Rhea yang dahulu. Tiada gunanya lagi mahu bergaduh.  Dia sudah kalah.

"Entah, " Jawab Rhea sepatah.

"Eh?" Angel pelik. Dia tidak menyangka jawapan itu yang akan diterima.

"Akira tak nak jumpa aku setiap kali aku ke Healing Camp. So,  sebenarnya dah tiga tahun aku tak jumpa dia, " Kata Rhea tanpa perasaan sedangkan dia terasa ingin menangis mengenangkan sikap Akira.

Tidak pernah sehari pun dia dapat melupakan lelaki itu yang nyata menjauhkan diri. Surat-surat yang dihantar kepada Akira juga tidak pernah berbalas.

Adakah semua surat yang diutuskan itu dibaca oleh Akira?

"Rhea,  sorry.  Aku tak tahu pasal hal ni. "
Angel meminta maaf.

"What are you sorry for? " Rhea bangun dari lantai gazebo dan berdiri tegak. "Kau tak buat apa-apa kesalahan pun.  Malah,  kau patut berbangga sebab dah berjaya capai Gold Star sebagai Guardian Angel, "

Rhea membuka langkah,   mahu kembali ke dalam rumah.  Tetapi laluannya dihalang oleh Angel yang mendepakan tangan.

Angel menjatuhkan lengannya selepas Rhea menajamkan pandangan sebagai tanda amaran. 

"Awak gadis yang baik, Rhea. Saya harap awak dan Akira akan bersatu. You deserve it. "

Rhea menayangkan wajah menyampah. Hanya kerana Angel sudah bergelar High Ranking Angel,  tidak bermakna dia memerlukan doa daripada wanita itu. 

Tanpa sebarang kata dia berlalu pergi, meninggalkan Angel dan majlis persaraan ayahnya yang sedang berlangsung.


***


Squid tidak bersetuju dengan rancangan Akira.  Dia memerhatikan lelaki itu yang duduk tegak memandang beberapa orang banduan lain yang sedang bermain bola keranjang.

Jukoth juga menunjukkan wajah hiba. Tetapi,  mereka tidak mungkin dapat menukar fikiran Akira.

"Kapten dah fikir dalam-dalam ke ni? " Squid menyoal untuk kesekian kalinya.

Surat putih di tangannya hampir-hampir direnyukkan oleh Squid. Dia tidak mampu menelan kenyataan ini. Jukoth sudah berkaca matanya dengan air suam.

Hanya Kaeto sahaja yang melihat ke arah mereka tanpa perasaan. Dia berpaling ke arah Jukoth apabila mendengar bunyi hingus ditarik.

Pantas dia mengangkat tangan, menepuk-nepuk bahu Jukoth. Cuba menenangkan emosi sedih demon itu.

Pelik juga rasanya melihat Demon dengan lengan berketul-ketul menangis.

"Tolonglah pertimbangkan balik keputusan awak, kapten." Pinta Jukoth sambil tersedu.

Dia adalah Demon yang dihantar ke Healing Camp kerana membakar dua buah pejabat kerajaan Negara Api. Malah ketika ditahan,  Jukoth menghadiahkan senyuman kepada pengawal berkuasa.

Dia juga sering ditahan dalam kes pergaduhan sehingga pihak berkuasa hendak termuntah melihat wajahnya di sel tahanan.

Tapi tidak sekalipun dia menangis. Dan sekarang,  dia menjatuhkan egonya demi Akira. 

Akira memandang wajah rakan-rakannya dengan tenang. Dadanya terasa seperti dihempap batu besar.  Dia juga tidak mahu untuk melakukan perkara ini,  namun dia harus melakukannya.

"Dah lama aku fikir tentang hal ini.  Aku rasa inilah jalan yang terbaik. Peluang sebegini takkan datang bergolek dengan tiba-tiba," Terang Akira.

"Habis tu,  macam mana dengan Rhea?  kalau kapten tak kisah saya bertanya," Kaeto menyoal Akira tanpa sebarang perasaan takut.

Jukoth dan Squid terkejut. Berani betul Kaeto menanyakan soalan itu kepada kapten.  Tapi jauh di sudut hati mereka mahu tahu juga tentang rancangan Akira mengenai Rhea. Hendak bertanya mereka takut. Tiada sesiapa yang mahu mengutarakan soalan itu kepada Akira. 

Mereka berdua memberi Fist Bum kepada Kaeto di dalam kepala.

Akira mendiamkan diri,  mendongakkan kepala melihat gumpalan awan putih yang kelihatan seperti kapas yang dicarik-carik. 

Rhea, gadis yang dicintainya itu tidak pernah dilupakan oleh Akira.  Sungguh dia juga terseksa kerana membiarkan Rhea selama tiga tahun ini.

Namun, dia sedar Rhea memerlukan seorang lelaki yang lebih baik yang boleh membimbing gadis itu ke arah kebaikan. Bukan seorang bekas banduan sepertinya.

Dia tidak mampu memberikan kehidupan yang cerah untuk Rhea.  Dia berdoa agar Rhea menemui seseorang yang boleh menilai diri gadis itu yang sebenar. Dan bukannya watak gothic yang dibawa oleh Rhea.

"Tentang dia,  aku perlukan bantuan Kaeto."

Kaeto tergamam apabila namanya disebut.

Jukoth dan Squid ternganga.

Kaeto yang tidak sampai sebulan di sini lebih dipercayai kapten?

"Saya kapten? " Kaeto menunjukkan diri sendiri dengan ibu jari.

"Ya. Sebab Jukoth dan Squid lebih rapat dengan Rhea. Mereka mesti tak sampai hati nak beritahu pada dia. "

Kaeto segera mengerti pilihan Akira yang melantiknya sebagai pembawa berita kepada Rhea. Dia bersetuju dengan pilihan Akira yang tepat. Jukoth dan Squid rasanya akan menghabiskan masa sejam sesi ziarah tahanan di Healing Camp nanti dengan tangisan mereka sahaja.

Jukoth dan Squid semakin hiba. Kapten,  ternyata adalah seorang leader. Tetap memikirkan tentang mereka dalam apa jua keadaan. Mereka mengukir janji,  akan tetap bersama Akira walaupun selepas mereka dibebaskan dari Healing Camp nanti.

"I'll do it. " Janji Kaeto.

Akira menepuk bahu Akira sebagai tanda terima kasih. Dia bersyukur mempunyai rakan-rakan yang jauh lebih baik di Healing Camp ini.




No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...