Monday 9 July 2018

Wicked Love 30

Ice merenung pedang biru yang berada di dalam genggaman. Pedang tersebut dihayun beberapa kali mengikut gerakan yang telah dipelajari semasa latihan pedang di istana.

Walaupun sudah bebas dari tugas di istana namun tidak bererti dia akan meninggalkan segala pelajaran yang telah diperolehinya selama ini.

Dia tidak boleh leka dengan keadaan sekarang.  Manalah tahu tiba-tiba sahaja pengawal istana muncul untuk membawanya pulang ke istana. Apabila keadaan itu berlaku,  kuasanya akan sangat diperlukan.

"Damn, " Ice berhenti daripada latihan.

Pedangnya disimpan kembali, Meninggalkan kerlipan bewarna putih.  Dia mengambil tuala kecil yang disidai di sofa.

Keletihan menguasai dirinya selepas membuat latihan selama dua jam.  Ice duduk ke lantai sambil bersandar di dinding untuk melepaskan lelah.

Snow.

Ice meramas rambut dengan kedua belah tangan. Dia tidak pernah menyangka pemergiannya daripada istana akan menemukan dia dengan Snow.

Tidak.

Dia tidak menyesal mengenali Snow.  Malah hidupnya semakin bahagia kini.  Tapi,  Masalahnya sehingga ke hari ini Snow masih tidak tahu tentang dirinya yang sebenar.

" Apa yang kau fikir?"

Ice terkejut apabila ditegur oleh satu suara.  Seekor kucing bertenggek di atas pagar balkoni sambil tersengih.

" Whisper?"

Whisper melompat ke bawah sebelum bertukar kepada dirinya yang sebenar.

" Huarghh, I'm so tired," Whisper menguap sambil separuh menyeret kakinya ke bahagian ruang tamu.

Seperti biasa dia menuju ke sofa berbentuk L,  port selesa beliau sebelum merebahkan badan.

" Dari mana kau datang? "  Ice mengangkat badan daripada posisinya tadi dan menuju ke arah Whisper yang sedang meniarap.

" Hurm,  Air mineral satu. " Kata Whisper tanpa menjawab soalan Ice. Jari telunjuknya ditegakkan tanpa menghadap lelaki itu.

Ice mencekak pinggang sebelum mengorak langkah ke dapur. Sebotol air mineral dicapai sebelum dia kembali mendapatkan Whisper.

" Thank you," Balas Whisper dengan senyuman. Bangga betul hatinya dapat mengarah si tuan putera Iceland.

" Kau tak jawab soalan aku lagi. Dari mana kau datang?  Siap pakai costume kucing bagai? "  Soal Ice semula.

" Kau ingat aku nak biar orang yang guna glamour potion aku macam tu sahaja? No sir. Aku datang nak tengok keadaan kau. And saja aku jadi kucing.  Tak perlu bayar kos sky train yang mahal untuk ke sini. "

Whisper meneguk air mineral yang diberi oleh Ice. Tekaknya terasa lega tatkala cecair itu mengalir ke kerongkong.

Kata-kata Whisper mengingatkan Ice kepada Snow. Gadis itu juga selalu berjimat dalam perbelanjaan. Ice tersenyum lebar.

Mengingati Snow sahaja sudah cukup membuatkan hatinya berbunga riang.

" Aku okay.  Thanks anyway."

" Oh yeah, I can see you're fully well.  Tapi apa yang berubah? " Whisper menopang dagu dengan tangan kanan. Hujung botol mineral ditujukan ke arah Ice.

" Huh? aku tak faham. "

" Aku nampak diamond berkelip-kelip atas kepala kau, " Whisper tersengih penuh makna.

Ice menyandarkan belakang badan ke sofa. Dia duduk dalam posisi tenang sebelum menjawab soalan Whisper.

Dia tahu Whisper tidak akan suka dengan perkara yang akan dia beritahu ini.  Tapi walau apapun yang berlaku dia tidak akan meninggalkan Snow. Dan dia mahu Whisper tahu tentang perkara ini.

" Aku ada benda nak beritahu kau" Ice memulakan mukadimah.

" What? "

" Aku dah ada girlfriend."

Tubuh Whisper terangkat sedikit.  Matanya mencerlung ke arah Ice.

"What?!"

" You heard me"

Whisper bingkas bangun dan duduk bersimpuh di atas sofa.  Dia membebel sesuatu dalam bahasa asing yang tidak difahami oleh Ice.

" Kau sumpah aku ke? " Tanya Ice dengan kerutan di dahi.

" I wish aku boleh sumpah kau sekarang.  For real,  Ice.  Apa yang kau dah buat? " Soal Whisper.

Ice mengangkat bahu. " Aku suka dia. "

" Dia tahu pasal aku?  pasal glamour potion yang kau guna? " Dada Whisper berdetak kencang.

Risau benar andai ada orang lain yang tahu tentang statusnya yang sebenar. Ice sudah cukup memberi masalah kepadanya dengan meminta glamour potion.

" No.  Dia tak tahu apa-apa,"

" You mean everything?" Tekan Whisper.

" Yes"

" So, Kau main-mainkan perasaan dia? "

Ice mendengus geram. " Soalan apa tu?  Of course not! I love her"

Whisper memegang kepala, Cuba menenangkan diri.

" Aku tak boleh percaya semua ni, "

" Kau yang tanya" Balas Ice.

" Aku tak jangka jawapan ni. Aku ingat kau nak cakap yang kau nak pergi mengembara tempat lain.  Not this! " Jerit Whisper.

"Sorry Whisper. Tapi,  It just happen."
Kata Ice.

Whisper menggeleng tidak percaya.  Nasib baik juga dia terdetak hati untuk datang mencari Ice di sini.

" Sejak bila kau dah ada girlfriend?" Tanya Whisper.

Ice mengambil masa untuk menjawab soalan Whisper. Lagaknya seperti seorang kanak-kanak kecil yang dimarahi ibu.

" Enam bulan"

Jawapan Ice membuatkan Whisper terasa ingin menerkam lelaki itu dengan kuku.

" Dan dia langsung tak tahu rahsia kau? " Soal Whisper dengan nada tak percya.

"Aku akan beritahu.  Aku cuma perlukan masa. " Jawab Ice.

" This is not in our plan,  Ice.  Aku cuma tolong kau untuk kau mengembara dan sebagai cagaran supaya kau simpan rahsia aku.  Bukan untuk tipu seorang gadis..."

" Damn Whisper.  Aku tak tipu. Aku memang cintakan Snow! " Ice meninggikan suara.

Kening Whisper terjungkit ke atas. " Oh,  So nama dia Snow? "

Ice tidak menjawab soalan Whisper menyebabkan suasana menjadi sepi antara mereka untuk seketika.

Whisper mula gelabah.  Ice, Keluarga diraja Iceland tidak sepatutnya jatuh cinta kepada rakyat biasa.

What have I done? Whisper mula menjadi tidak senang duduk. Macam mana Ice boleh jatuh cinta?

" Kau kena putuskan hubungan dengan dia" Kata Whisper.

" Excuse me? "

" You heard me. "

Ice dan Whisper berbalas pandangan.

" No. " Geleng Ice.

" You have to do it, Ice.  Kau kena ingat yang aku pun akan terbabit sama kalau dia tahu tentang glamour potion.  This is ridiculous!" Marah Whisper.

Ice mengangkat kedua belah tangan.

" Bagi aku masa,  Okay?  Aku...tak nak kehilangan dia. "

" Then what? Kau rasa dia masih akan terima kau kalau dia tahu pasal semua ni?"

Ice mendengus marah.  Sudah tentu dia ada terfikir tentang perkara ini.  Dan atas sebab itu juga di menjadi takut.

Takut dengan kehilangan Snow. Sungguh dia tidak sanggup.

" Sebab tu aku minta masa. Heck,  Aku tak patut beritahu kau pasal ni " Suara Ice kedengaran kesal.

" Shut up,  Ice.  Sekarang ni pun aku tengah tahan rasa nak cekik leher kau."

Whisper melompat turun dari sofa dan melangkah ke balkoni.

" Kau nak pergi mana? " Tanya Ice.

" Berfikir."

" About what? "

" I don't know.  Maybe tentang patut atau tidak aku hantar stok glamour potion yang baru," Seusai kata-katanya, Whisper kembali mengubah dirinya menjadi seekor kucing.

" Whisper, " Panggil Ice.

" Don't Whisper me.  Fix this problem, Ice. Untuk sementara ni aku kena fikir pasal masalah terbaru yang kau dah lakukan. " Whisper melompat ke atas pagar balkoni kabin Ice.

" Aku betul-betul sayangkan dia,  Whisper. Aku tak pernah rasa bahagia macam ni. Tolong bagi aku masa.  Aku yakin dia boleh simpan rahsia " Pujuk Ice.

Whisper merenung Ice dengan wajah kecewa sebelum melompat pergi.
Dia perlu menenangkan fikiran sebelum membuat apa-apa keputusan.


***

Snow menghantar gelas kotor ke bahagian dapur.  Sempat dia mencuri pandang ke arah Ice yang sedang mencuci di sinki.

Ice mengenyit mata kepada Snow selepas menyedari kehadiran gadis itu.  Sebaik tubuh Snow menghilang ke hadapan,  Ice mara ke bahagian peti.

Bekas-bekas yang berisi air tadi dipegang satu-persatu oleh Ice.  Setiap sentuhannya mengubah cecair jernih tadi menjadi ketulan ais.

Petang tadi dia terlupa untuk membeli bekalan ais.  Makanya Maria mengingatkan dia agar membuat ketul ais untuk kegunaan esok.

Ice tersengih. Piece of cake.

Snow yang sudah kembali ke bahagian kaunter menepuk dadanya. Dia masih terkejut akibat perbuatan Ice tadi.

Gosh,  Sweet talker ni!

" Ouh,  Young Love, " Maria mengejek Snow.

" Hah? "

Snow berpura tidak faham.  Malas melayan usikan Maria. Pun begitu dia tahu Maria juga gembira dengan kebahagiaannya kini.

Malah,  Sewaktu dia memberitahu Maria tentang dia dan Ice,  Si Sweet Talker,  Berbuih mulut Maria memberi amaran kepada Ice agar tidak melukakan hati Snow.

" Please,  Muka kau lagi merah dari blusher aku" Usik Maria.

" Aku hantar gelaslah," Snow membela diri.

Maria menyanyi lagu cinta,  Masih seronok mengusik Snow.   Tidak lama kemudian Ice muncul dari pintu dapur. Kepalanya bergerak seolah mencari sesuatu sebelum akhirnya berhenti pada Snow.

Maria bergerak menjauh ketika Ice mendekati meja kaunter, Faham bahawa Ice mencari Snow.

"Hai,  Snowflake. You okay? " Ice menyilangkan lengan di atas meja kaunter.

Snow mengangguk. " Orang dah makin kurang.  Rasanya kejap lagi dah boleh tutup cafe.  Awak dah habis cuci? "

" Dah settle. Erm,  Lepas ni awak nak balik terus ke? " Tanya Ice sambil memandang tepat ke arah Snow.

" Kenapa? "

" Nak ajak keluar, "

Maria menjerit kecil,  Membuatkan Snow dan Ice menoleh ke arahnya.  Mari menekup mulut, Tersedar bahawa dia mengganggu pasangan baru bercinta yang ada di sebelahnya ini.

" Oppss,  Sorry.  I am just, Excited sebab Snow nak pergi date. And then sekarang dia...oh,  Sorry" Maria mengetuk kepala sebelum kembali membelakangi Snow dan Ice.

Snow menggigit bibir.  Malu apabila Ice mengajaknya keluar.  Dia masih malu-malu Walaupun mereka sudah bersama untuk tiga bulan.

" Erm,  malam ni? " Tanya Snow tidak pasti.

Ice mengangguk. " Please? Lagipun, Selepas ni kita dah susah nak ambil cuti."

" Yeah,  Tapi boleh saya balik salin baju?" Snow teringat tentang baju yang dipakai olehnya semasa ke cafe pagi tadi.

Dress kasual biru lusuh itu dirasakan tidak sesuai untuk dipakai. Snow mahu memakai gaun yang lebih elok.

Bagai memahami,  Ice memegang tangan Snow yang berada di atas kaunter.  Snow mengangkat wajah,  membalas pandangan Ice.

" Snowflake, You are beautiful just the way you are."

Snow terharu.  Sepertinya dia tidak layak bersama dengan insan seperti Ice.

" Hurm,  Okay"

" That's my Snowflake,"

Maria berdehem, Mengalihkan perhatian mereka berdua ke arahnya.

" You know,  Aku still boleh dengar korang cakap apa"

" Diamlah Maria" Marah Snow dengan suara perlahan.

Maria menekup mulut, berpura tekejut.

" Oh, Sekarang kau dah pandai marah aku ya? "

" Stop teasing my Snowflake, Maria" Ice turut membela Snow.

Maria mengangkat tangan, mengalah.  " Fine,  aku surrender. Tapi,  Boleh aku tahu tak korang nak ke mana malam ni? "

" Kenapa? " Tanya Ice.

" Sebab aku tak nak bertembung dengan korang masa keluar dengan Alan nanti" Kata Maria dengan nada mengejek.

" Don't worry Maria.  Aku tak boleh nampak orang lain pun everytime I'm with Snow. "

Maria menjerit kecil manakala Snow menutup mulut,  menahan tawa.  Pipi Snow merona merah mendengar kata-kata Ice.

Ice terus berlalu ke dapur sambil mengelak tangan Maria yang cuba mengetuknya dengan pen.

" Your boyfriend is a sweet talker " Gerutu Maria sebaik Ice menghilang semula ke dapur.

" I know" Snow menarik nafas dalam-dalam.

Date dengan Ice?

Oh no.


          Snow masih termenung di hadapan loker.  Dia gembira apabila Ice muncul di dalam hidupnya sekarang ini.  Dia sayangkan Ice.

Tapi,  Dia masih tidak berterus-terang dengan Ice tentang status dirinya yang sebenar. 

Snow menggigit bibir,  Menahan kesedihan. Dia risau jika Ice tidak dapat menerima dirinya yang sebenar jika dia mendedahkan rahsia tersebut.

" Snow,  Awak dah sedia? " Suara Ice dari sebalik pintu mengejutkan Snow. 

" Yes,  Coming" Pantas Snow menjawab.

Snow meletakkan tangan ke dada.  Dia akan memberitahu Ice tentang semuanya nanti.  Dia hanya memerlukan masa.

Buat masa sekarang,  Di mahu menikmati kehidupannya bersama Ice. Dan dia berdoa,  Agar kebahagiaannya akan berpanjangan. 

No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...