Wednesday 29 August 2018

King of The Coven Prolog






Introvert.

Mama selalu membebel.  Katanya aku terlalu anti-sosial.  Pada usia mencecah 27 tahun ini,  aku sepatutnya sudah mempunyai sekurang-kurangnya seorang teman lelaki.

"Tengok kakak sepupu kamu tu.  Dah nak kahwin pun dengan Chansung. Yang kamu ni tak habis-habis tatap skrin laptop tu. Cubalah keluar dengan kawan-kawan ke. Ini terperuk je dalam rumah.  Macam manalah ada lelaki nak kenal" Bebel mama sambil tangannya sibuk melipat baju yang sudah kering.

Sigh.

Tapi,  kerjaya sebagai seorang penulis online membuatkan kadang-kadang aku perlu mengasingkan diri daripada orang ramai. Aku perlukan ketenangan untuk mencari idea terutamanya ketika mengalami writers block.

Walaupun blog aku, SecretWish.blogspot, sebenarnya dah berkampung dengan sawang disebabkan aku tiada idea untuk mengarang cerita baru

Jadual sebagai seorang pekerja di sebuah kedai veterinar juga banyak mencuri masaku.  Atau mungkin aku yang sengaja menyibukkan diri?

"Macam mana lelaki nak rapat dengan dia,  ma. Dia macam kura-kura. Lelaki baru nak dekat dia terus lari menyorok dalam cengkerang" Adik lelaki bongsu aku,  Tiberius yang menonton perlawanan bola sepak mengekek ketawa di sofa ruang tamu.

Tidak bolehkah dia menonton televisyen diam-diam?

kerana itu aku memberi dia nickname TB.  Sebab perangai Tiberius memang sama seperti penyakit berjangkit itu.  Sungguh membahayakan jika kita membiarkan kata-katanya yang membawa virus itu masuk ke dalam tubuh badan.

"You know,  if you ran like your mouth you'd be in good shape. Dan aku ada kawanlah,"

Sun Mi dan Soo Hee, dua orang rakan baik aku dari tadika sudah mencukupi sebagai teman. Mereka baik,  manis,  pandai,  sedikit gila, dan yang lebih penting setia kawan.

"Soldier down!  soldier down!" TB memegang dada,  membuat aksi seperti dia ditembak dan kemudian menggelupur sebelum berpura mati.

Tuhan,  kenapa kau berikan aku adik lelaki yang berperangai 4 tahun sedangkan usianya sudah mencecah 18 tahun?

"Dari dulu dua orang tu sajalah kawan kamu, " Kata mama dengan nada menyindir.

"Burn! "TB bangkit semula dari 'kematiannya' dan kembali gelakkan aku.

" Ma,  kuantiti tak penting. Kualiti yang perlu diutamakan."

Mama langsung tak bersetuju dengan pendapat aku. Katanya kalau aku terus bersikap begini, aku pasti akan menjadi andartu.

Sigh again.

"Bila kamu nak bertemu dengan seorang lelaki yang kamu minat, Kayla?" Pertanyaan mama yang bertahun-tahun kudengar sejak berusia 16 tahun terngiang kembali di gegendang telinga.

Aku merenung kaca TV,  melihat aksi Lionel Messi yang kuketahui berdasarkan nama yang tertera pada jersinya menjaringkan gol.

TB menjerit nyaring, seolah-olah dialah yang telah menjaringkan gol tersebut dan mendapat bayaran untuk kejayaan beliau.  Tetapi,  suara jeritan TB perlahan-lahan hilang seperti bunyi volume yang dikurangkan.

Pandanganku pula melayangkan wajah si dia yang telah lama tidak kutemui bersama satu perasaan yang menghimpit dada.

Ah,  kenapalah susah benar otakku ini mahu melupakan tentang si dia yang hadir untuk seketika cuma. Aku pasti dia sedang berbahagia sekarang ini di samping gadis yang dicintai. Dan aku seharusnya sudah berhasil melupakan dia.  Kerana aku bukan permaisuri yang dicari.

Juga kerana dia ialah Stephan,  King of The Coven.

***

Siapa Stephan?

Baiklah.  Akan aku ceritakan watak Stephan sekarang.  Supaya kamu semua akan lebih mengerti tentang cerita ini.

Suatu hari yang berlaku pada tiga tahun lepas,  hujan turun dengan begitu lebatnya. Ditemani pula oleh ribut angin yang menggila, menerbangkan segala barang dan binatang yang tidak berdaya menahan tiupannya.

Aku sumpah aku ternampak seekor kucing terbang beserta dengan ngiauannya yang kuat seketika tadi.

Poor cat.

Ribut hari ini sama gila keadaannya seperti yang sering berlaku kepada jiran sebelah rumahku,  Mrs. Potter. Kerana beliau akan membaling segala barang di dalam rumah apabila bergaduh dengan suaminya.

Ranting pokok mangga yang tidak pernah berbuah di hadapan rumah mengetuk-ngetuk tingkap bilik. Seperti memohon agar dibukakan tingkap dan membenarkan rantingnya masuk ke dalam rumah bagi melindungi diri daripada cuaca yang menggila. Aku berjanji bahawa esok akan kupotong dahan yang telah mengganggu ketenangan aku di malam ini.

"Kamu jaga rumah elok-elok.  Esok mama minta Mrs. Potter tengok-tengokkan kamu."
Kata mama sambil mengusung bagasinya yang setinggi pinggang menuruni anak tangga.

Mama,  papa dan TB akan berangkat ke daerah yang mengambil masa lima jam untuk bertemu dengan Aunt Sarah. Mak cik aku itu yang sarat mengandung sedang dalam kesakitan sejak 16 jam yang lepas untuk melahirkan anak.  Dalam keadaan angin ribut ini,  anak Aunt Sarah nekad untuk mengeluarkan diri dan melihat dunia.

Tapi,  masalahnya ialah suaminya tiada kerana outstation dan Aunt Sarah takut bersendirian di katil hospital. Makanya,  mama dan papa secara sukarela menawarkan diri untuk menemani Aunt Sarah sehingga suaminya pulang.

"And no boys" Pesan papa. Jari telunjuknya ditegakkan ke arah aku.

Aku mengerutkan dahi.  Lelaki gila mana yang mahu meredah ke rumah ini untuk bertemu aku.  Dengan keadaan cuaca yang begini teruk lagi tu. Lagipun...

"Ada ke lelaki nak datang? " Bagai dapat membaca fikiranku, Tiberius muncul dari tingkat atas dengan menggalas beg sandang.

Tak adil betul.  Dia boleh mengikut papa dan mama disebabkan dia sedang cuti sekolah. Dan aku tidak dibenarkan untuk ponteng kuliah atas alasan perlu bertanggungjawab dengan amanah sebagai seorang pelajar.

Double standard!

"Berhenti kacau kakak awak,  Tiberius. Dan tolong mama angkat bagasi ni, "

Tiberius terbeliak melihat bagasi mama yang besar umpama mahu bercuti mengelilingi dunia.  Aku ketawa mengejek ke arah TB. Dengan badannya yang kurus keding itu,  pastilah perkara itu sukar dilaksanakan.

Tapi,  bagus juga mama meminta TB mengangkat bagasinya yang berat itu.  Boleh menjadi penampan untuk TB daripada melayang ditiup angin kencang.

Kepala otakku sudah membayangkan aksi TB ditiup angin seperti Dorothy dalam The Wizard of Oz.

"Jom,  lekas. Sandra,  pakai kot hujan awak." Papa membantu mama memakai kot hujan. Mama membelakangkan papa,  menyarung kot dengan memasukkan tangannya terlebih dahulu.  Papa membetulkan kot mama dan selepas mama selesai,  barulah papa menyarung kotnya pula.

Hatiku sayu dengan layanan papa terhadap mama. Mereka sepatutnya mendapat anugerah pasangan 'stay with me forever'. Papa juga adalah punca aku meminta kepada tuhan setiap malam.  Agar aku dianugerahi seorang teman hidup seperti papa di setiap doaku sebelum tidur.

Aksi romantis mama dan papa terganggu oleh TB yang menolak bagasi mama sehingga ke muka pintu.

"Laju lagi kura-kura. Nanti kau tertinggal kereta," Aku ketawa mengilai.

"Diamlah.  Kau cubalah angkat, "

"Booooo,  mama elok je usung dari tingkat atas ke bawah," Aku tidak akan termakan dengan perangkap dia. Kalau aku angkat nanti,  pasti dia akan lari ke kereta.

Dengan muka menyampah kerana disuruh mengangkat beg yang berat,  TB menarik kasar bagasi mama.  Baru sedar agaknya akan hukum fizik bahawa menarik lebih mudah daripada menolak.

Papa membuka pintu rumah, menyebabkan tempias air hujan masuk dan mengenai lantai di dalam.  Aku mengeluh penat.  Nanti akulah tu yang terpaksa mengemop lantai semula.

Dengan memimpin tangan mama, papa menggunakan tubuhnya sebagai penghalang angin kencang. Papa dan mama berjalan terhuyung-hayang menuju ke kereta. Mereka seperti sedang berjalan di atas kapal yang dilambung ombak besar.

Aku menoleh ke arah TB yang masih terhegeh-hegeh cuba mengangkat bagasi mama. Papa dan mama sudah menanti di dalam kereta selepas berjaya mengharungi angin kencang.

TB?  aku lebih suka kalau dia betul-betul melayang dan jatuh ke tempat yang jauh dari daerah ini.  Menyemak sahaja dalam kehidupan aku.

TB membuka pintu dengan lebih luas untuk menolak bagasi sehingga ke beranda. Aku memeluk tubuh apabila terasa angin yang bertiup mencengkam kulit.

TB memegang daun pintu dan melihat ke arah aku. Sengihan jahat seperti Witch of the West muncul di bibirnya.

"Hey,  sebelum terlupa aku nak ingatkan sesuatu. Kau tu hati-hati duduk rumah seorang diri. Aku baru main spirit coin dengan geng aku kat dalam bilik semalam. Kalau kau sunyi ambillah board di dalam bilik aku tu dan main dengan hantu" TB ketawa terbahak-bahak dan menutup pintu, meninggalkan aku berdiri kaku di lorong menuju ke ruang tamu ini.

Urghhhh!  that imbecile frog.

Disebabkan TB,  aku terpaksa tidur di ruang tamu rumah. Tidak berani untuk tidur di dalam bilik kerana bilikku bertentangan dengan bilik TB.  Aku cuba melayari internet. Tidak mahu berterusan memikirkan tentang diriku yang berseorangan di rumah,  tetapi nampaknya ribut kencang telah menyebabkan gangguan talian.

Sekarang aku seperti tentera yang dikepung dari segenap sudut oleh pihak musuh.

No call.

No internet.

No line.

Aku meletakkan handphone ke atas meja kopi.  Dengan memejamkan mata, aku cuba untuk tidur walaupun tidak terasa mengantuk.  Namun sudahnya aku tidak dapat tidur akibat diganggu oleh tarian ranting pohon mangga yang mengetuk-ngetuk tingkap bilikku.

Bunyinya begitu kuat sehingga boleh didengari dari tingkat bawah ini.

Tuk!  tuk!

Aku buka semula kelopak mata.  Bunyi yang aneh itu tidak dihasilkan oleh ranting pohon mangga.

Tuk!  tuk!

Aku menarik selimut sehingga ke dada. Kata-kata TB tentang spirit coin kembali terngiang seperti radio rosak di dalam kepala. Adakah patut dia suruh aku main spirit coin dengan hantu?  patut ke?!

Bodohlah TB ni!

Tuk!  tuk!

Aku terlompat sedikit. Tidak betah berbaring aku pantas bangun dan bersila di atas sofa.  Bunyi itu kian kuat kedengaran, seperti ada sesuatu yang sedang menghampiri. Aku memusingkan kepala, melihat ke kanan. Hanya ada jam tinggi pemberian arwah atuk. Aku tengok kiri,  hanya ada kabinet buku dan kemudian ke atas, hanya ada lampu chandeliar.

Lega.  Tiada kelibat hantu yang dikesan.

Bam!

Aku menjerit dengan sekuat hati apabila satu letupan api bewarna hijau muncul melalui pendiangan api di hadapanku. Adakah ini spirit of the coin yang dimainkan oleh TB?

Adakah aku akan mati malam ini tanpa sempat merasai cinta, menghadiri graduasi dan berkahwin?

Belum lagi reda jeritanku,  api hijau tadi hilang menjadi asap yang berkepul dan memunculkan sekujur tubuh yang serba hitam. Tubuh itu sedang berdiri tegak sambil memandang ke arah aku.

"Arhhhhhhh! tolong!!!!  orang minyak!!!!! "

Punggungku yang bagaikan digam di sofa pantas menolak selimut. Aku berdiri untuk menyelamatkan diri daripada orang minyak yang jatuh dari cerobong asap.

Di dalam kepalaku terbayang strategi untuk menyelamatkan diri.  Aku perlu menuju ke pintu hadapan,  membuka tiga pasang kunci yang ada dengan sepantas yang boleh dan kemudian meredah angin ribut serta hujan lebat yang masih menggila untuk ke rumah Mrs. gila... maksud aku Mrs. Potter.

Tetapi kita hanya merancang,  tuhanlah yang menentukan. Kakiku tanpa sengaja tersadung selimut yang berlipat. Dalam keadaan slow motion, aku merasakan tubuhku jatuh secara terlentang ke belakang.

Dan kemudian segalanya menjadi kelam.

So all,  begitulah caranya aku menemukan Stephan. Beliau bukan sahaja datang tanpa diundang,  tetapi turut menjerumuskan aku ke dalam masalahnya yang juga tidak diundang.


No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...