Monday 27 August 2018

Whisper Prolog

Witch market ialah sebuah pasar raya di mana semua witch berkumpul untuk berdagang.  Semua makhluk supernatural akan bertandang ke pasar ini untuk mendapatkan apa jua bahan atau maklumat yang diperlukan daripada komuniti ini.

Pasar ini akan dibuka bermula dari pukul 12 tengah malam sehingga 5 pagi. Whisper juga mempunyai tapaknya di pasar raya ini,  tetapi Charlotte yang akan menjaga kedai mereka dan berniaga. Sebab itu tiada sesiapa yang mengetahui bahawa Whisper merupakan pemilik sebenar kedai P'tion.

Di pasar raya ini Whisper selalunya akan berjalan-jalan.  Dia suka mencari gosip terbaru berkaitan dunia magis yang selalunya akan disebarkan daripada pelanggan yang datang ke pasar raya ini.

Whisper memakai gaun ungu berenda di bawah separas peha yang dipadankan dengan korset hitam. Topi mini bewarna ungu dipakai di atas kepala sebagai hiasan. Charlotte  juga memakai gaun yang sma tetpi bewarna orange.



"Saya pergi dulu. " Pesan Whisper pada Charlotte

Gadis itu sekadar mengangguk.  Tidak seperti Whisper, Charlotte lebih suka menunggu di kedai.  Selepas mengambil beg tangan, Whisper melangkah keluar dari gerai mereka yang berupakan sebuah khemah merah.

"Miss,  mahu dapatkan kekayaan dan tuah?  belilah fetus Illama ni, " Tegur seorang pedagang witch yang memakai gaun neon bewarna pelangi.

Wajahnya yang ditempek dengan make up diceriakan untuk menarik pelanggan.  Perkra yang menarik perhatian Whisper ialah lambang yang terpampang pada bahagian tengah dada pedagang berkenaan. Witch mempunyai lambang yang menunjukkan Coven masing-masing.

Lambang petir dalam bulatan, bermaksud gadis ini berasal dari Silver Flame Coven.

Whisper adalah Lone Witch. Bererti dia tidak tergolong dalam mana-mana kumpulan atau komuniti. Tetapi,  dia wajib,  jika diseru untuk menghadiri majlis pertemuan witch and wizard sedunia oleh wakil tertinggi.

Oleh itu Whisper tidak memiliki sebarang logo atau tatu pada badannya.



Whisper menggeleng kepala melihatkan fetus Illama yang telah dikeringkan itu.  Saiznya sebesar bayi baru lahir. Selain mahal,  dia tidak memerlukan tuah daripada bangkai Illama.

Mungkin disebabkan Whisper tidak mempunyai logo Coven yang menyebabkan peniaga ini tidak tahu bahawa Whisper juga seorang Witch.

"Ewww, no thanks. Tapi,  awak ada katak kering? " Tanya Whisper.

Pedagang itu meletakkan bakul berisi fetus Illama yang dipegang.  Dia menarik Whisper agar masuk ke dalam kedainya.

"Tentulah ada. Kami menjual pelbagai barangan kering.  Dihasilkan segar dari ladang. Lihat katak kering ini, matanya masih bercahaya dan kulitnya masih lembut. "

Whisper memegang katak kering yang dikumpulkan di dalam bakul. Dia memeriksa keadaan fizikal katak kering yang ditunjukkan oleh gadis itu.  Selepas puas hati dengan kualiti katak kering yang didagangkan,  Whisper membelinya sebanyak 10 bungkus.


"Banyaknya awak beli. Miss,  tak mahu beli apa-apa lagi?  kami ada akar kayu juga,  atau bulu manticore, tanah kubur?  " Pedagang itu tersenyum sambil menyerahkan bungkusan katak yang dibeli oleh Whisper.

"Tuan saya nak buat majlis makan malam untuk keluarga dia. And no,  tuan saya cuma minta belikan katak" Whisper tersengih.

Selalunya dia akan menggunakan nama Charlotte untuk menyembunyikan status diri.

"Baiklah. Tapi nanti kalau awak mahukan bekalan,  sila datang lagi. "

"Sure,  saya akan beritahu tuan saya tentang layanan baik awak. "

Pedagang wanita itu tersenyum mendengarkan pujian Whisper. Semua beliannya tadi dimasukkan oleh Whisper ke dalam pouch kecil yang dirantai pada pinggang.

Pedagang tadi sibuk melayan seorang pelanggan yang masuk ke dalam gerainya.  Whisper meneruskan perjalanan ke hadapan.

"Hello there,  berminat untuk palm reading? " Seorang Witch wanita berpakaian serba hitam menghadang perjalanan Whisper.


Gaun belah tepi yang dipakai menampakkan kakinya yang mulus panjang. Lambang yang tertera pada pehanya sengaja ditayangkan kepada Whisper.

"Sisters of Midnight? " Sebut Whisper.

Sisters of Midnight berasal dari coven yang tertutup untuk lelaki.  Semua ahlinya terdiri daripada gadis-gadis yang bersumpah tidak akan berkahwin untuk. menjaga kesucian diri.

" Clever girl. Saya tahu awak bukan sebarangan gadis. Buatkan saya rasa teruja untuk membaca rahsia takdir awak. Berminat? " Wanita itu menghulurkan tangannya yang bersalut sarung tangan hitam.

"Saya tak berminat , maaf" Tolak Whisper.

"Awak tak perlu bayar untuk kali pertama," Wanita itu tidak mahu melepaskan Whisper.

"Free? "

"Untuk awak. "

"Fine, " Whisper terus bersetuju. Asalkan sahaja dia tidak perlu membayar.

"Fantastic. Nama saya Pine. "

Wanita itu membawa Whisper ke dalam khemahnya yang berwarna putih. Puluhan lilin yang tergantung tanpa tali tersusun kemas di bahagian pintu masuk sehingga ke dalam khemah.

Di dalam khemah Pine juga, segalanya serba putih. Di bahagian ruang tengah disusun beberapa biji bantal dalam pelbagai saiz. Lilin putih tersusun secara menaik sehingga ke bumbung.

Dengan separuh paksa wanita itu menekan bahu Whisper untuk duduk di sebuah bantal baldu.  Dia kemudiannya duduk bersimpuh di hadapan Whisper.

"Hulurkan tangan. "Pinta Pine.

Lambat-lambat Whisper menghulurkan tangan kanan yng segera dipegang oleh Pine.

"Ah,  I see. " Pine membelek-belek tapak tangan Whisper.

"So? " Whisper memerhatikan gelagat Pine yang sekejap terkejut dan sekejap teruja.

"Amazing! saya tak sangka akan jumpa dengan seorang. Mungkin sebab itu aura awak lain daripada yang lain. "

"Sorry.  Saya tak faham. Apa yang lain? "

"Your destiny.  Saya nampak takdir awak bersilang dengan seorang dewi. Saya pernah dengar tentang ni tapi tak pernah melihatnya sendiri"

Whisper menarik tangannya daripada cengkaman Pine. " Maksudnya? "

"Awak sedang melarikan diri daripada takdir yang telah ditentukan oleh dewi bulan. Tapi,  awak tak boleh bersembunyi lagi. Takdir yang ditentukan untuk awak,  dia akan datang!" Jawab Pine dengan serius.

Jantung Whisper berdetak kencang.  Mendengar nama dewi bulan membuatkan dia menjadi panik.

Whisper terus bangun, memusingkan badan dan membuka langkah seribu meninggalkan khemah Pine.

Pine terkebil-kebil melihat Whisper melarikan diri seperti dikejar anjing gila. Tetapi kemudian dia ketawa kecil.

"Ah, kau boleh lari sekarang.  Tapi kita pasti akan bertemu semula nanti. "

No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...