Monday 20 August 2018

Prisoner of My Heart 6

"Im Jaebum!"

Jaebum yang sedang meriba seorang gadis mengalihkan kepala ke arah suara yang memanggil.  Rasa terkejut jelas terpancar di wajah Jaebum.  Namun rasa terkejut itu hilang setelah dia melihat lelaki yang berdiri di sebelah gadis berambut merah itu.

Selepas tiga tahun, Angel masih tidak berubah pada pandangan Jaebum.  Masih sama seperti dia melihat Angel di Sky Realm untuk pertama kali sebagai Guardian Angel.

"Angel,  what a pleasant surprise. Let me guess, kau ikut anak jagaan kau ke sini? "

Im Jaebum sengaja menyakiti hati Angel.  Kalaupun betul Angel sedang bertugas,  dia tidak akan datang ke sini dengan seorang lelaki.

"Aku nak tanya kau sesuatu, "

"Aku sibuk.  Datang balik nanti"

Im Jaebum menjatuhkan mukanya ke leher gadis yang berada di ribaannya.  Angel mencekak pinggang, geram apabila tidak diendahkan oleh Jaebum.

Gedegang!

Meja kaca separas lutut di hadapan Jaebum ditendang oleh Angel. Gadis di dalam ribaan Jaebum menjerit nyaring. Jeritannya menyebabkan dua orang pengawal kelab malam menerpa ke arah Angel.

"Sayang,  step aside please. " Tanpa menunggu kedua-dua orang pengawal kelab malam tadi Damian terlebih dahulu memulakan serangan ke arah mereka.

Dalam masa sesaat,  Damian menyalurkan tenaga kuasanya ke hujung tangan.  Dia menggenggam tangan sebelum menghadiahkan penumbuk sulung ke dada pengawal lelaki yang mara ke arah Angel.

Penumbuk Damian yang bersalut ais menyebabkan pengawal tersebut terundur beberapa langkah ke belakang.  Jantungnya bagaikan berhenti mengepam darah secara tiba-tiba.

Sedang dia tercungap menarik nafas,  Damian menggunakan lutut untuk menghentam perut pengawal tersebut menyebabkan lelaki itu tersungkur ke belakang.

Pengawal kedua maju menerkam ke arah Damian. Tujahannya menyebabkan dia dan Damian sama-sama jatuh,  merempuh pelanggan kelab malam yang berdekatan.

Jeritan wanita yang takut dan suara lelaki yang memberi sokongan melatari suasana. Angel menjerit ketika pengawal tadi berjaya menumbuk pipi kiri Damian sebelum tangannya mencekik leher Damian.

Angel memetik jari,  mengeluarkan anak panah halimunan yang kecil.  Dia melastik anak panah tersebut ke arah pengawal kedua yang berada di atas badan Damian.

Suasana kelam membuatkan tiada sesiapa yang melihat anak panah di tangan Angel. Tahu-tahu sahaja pengawal yang menyerang Damian kaku sebelum terkulai layu.

Damian menolak badan pengawal tersebut dengan kasar.  Berdegang kepala pengawal yang ditolak mengenai lantai.  Damian pasti pengawal itu akan bangun dengan benjol di kepala.  Mungkin juga migrain untuk beberapa hari.

Keriuhan yang berlaku lerai selepas kedua orang pengawal tadi tidak bergerak.
Damian segera bangun dari lantai dan mendapatkan Angel.

 "Are you okay? "Tanya Damian sedangkan dia yang telah bertarung sebentar tadi.

Angel memegang pipi Damian. Hujung bibir lelaki itu yang luka menyebabkan darahnya mendidih. Angel berpaling ke arah Jaebum yang masih berada di tempatnya.

"What about now? " Kata Angel berbaur ancaman.

Jaebum menolak gadis yang berada di sebelahnya tadi. Dengan isyarat mata dia meminta agar Angel mengikutnya. Angel memegang tangan Damian dan menarik lelaki itu agar mengikut.

Jaebum membawa Angel dan Damian memanjat tangga untuk ke pejabatnya yang terletak di tingkat atas kelab malam terbabit.

Sebaik tiba di pintu, Jaebum menjeling ke arah Damian.

"Dia tak boleh masuk, "Halang Jaebum.

Damian pantas memeluk pinggang Angel. "The hell tak boleh"

"Why not? " Tanya Angel. Dia juga tidak setuju dengan permintaan Jaebum.

"Aku tak percayakan dia, "

Angel meletakkan tangannya ke dada Damian yang mahu menapak ke arah Jaebum.

"Then, kita boleh bercakap di sini. " Angel. membuat keputusan.

Jaebum geram. Dia membuka pintu pejabatnya luas-luas, membiarkan Angel dan Damian menjemput diri sendiri untuk masuk ke dalam. Kakinya memanjang ke belakang meja hitam berkilat sebelum duduk bersandar di sebuah kerusi kulit.

"Fine. Kau nak cakap tentang apa?"Tanya Jaebum tanpa mempelawa Angel dan Damian untuk duduk.

Seperti Damian, Angel juga tidak teringin untuk duduk di kerusi yang disediakan di hadapan meja. Mereka berdua berdiri tegak di hadapan meja Jaebum.

Angel membaca tag nama di atas meja.

'Im Jaebum,  manager'.

"Kau dah jadi pengurus?"Soal Angel.

Im Jaebum menggaru kasar belakang kepalanya dengan kedua belah tangan.  "Kau belasah dua orang pengawal aku sebab nak tanya soalan ni? "

"Aku akan belasah sedozen pengawal kau kalau perlu untuk dapatkan soalan. But no,  itu cuma side question," Balas Angel.

Jaebum mengerling menyampah. "Masa aku jadi pembantu putera Sean,  orang hormat aku.  Lepas jadi manager kelab ni,  orang puja aku. " Jaebum tersengih bangga.

Kini giliran Angel pula menjeling menyampah.

"Apa-apa sajalah.  Anyway,  aku nak tanya kalau kau tahu apa-apa pasal Rhea? " Angel tidak mahu membuang masa lagi melayan Jaebum.

Jaebum mengerutkan dahi. "Rhea? "

"Yup.  Dia hilang dah dekat dua minggu. "Angel memaklumkan Jaebum.

Jaebum menyandarkan kepala ke kerusi.  "Dah tu apasal kau cari dia kat sini? "

"Kau kawan dia,  remember? "

Im Jaebum pantas mengangkat kedua belah tangan. "Wait,  aku tak ada kaitan dengan dia. Rhea dengan aku dah lama tak berhubung. "

"Apa maksud kau?  bukan korang kawan ke? "

"Dulu,  sebelum Akira kena tangkap. Lepas kejadian tu, Rhea yang menyepikan diri.  Tak habis-habis salahkan diri dan cakap yang dia perlu bantu Akira.  Dan aku ingatkan dia sukakan aku, " Geleng Jaebum dengan sengihan gatal.

"Well,  nampaknya tak semua orang puja kau.  So sad, "

Sengihan Jaebum mati. Damian tidak segan silu untuk menyembunyikan ketawanya. Angel mengukir senyuman sinis.

"Aku tak tahu menahu langsung perkembangan tentang dia. I can't help you.  Tapi,  aku takkan terkejut kalau dia menghilang. She is one crazy bitch"

"Maksud? "

"Rhea,  lepas Akira kena tangkap dia dah tak sama macam dulu. Dia dah jadi seorang yang membosankan. So what kalau Akira ditangkap?  bukannya ada orang paksa dia untuk kacau tugasan kau. Dia marahkan aku dengan Tae Min lepas tu.  Salahkan kami sebab tak ambil berat pasal Akjra.  And after that,  she's gone. "

Angel mulai risau akan Rhea. Ke mana gadis itu pergi?

"Taoi,  kenapa kau sibuk nak cari dia? kau tak ingat apa yang dia dah buat pada kau? "Tanya Jaebum pelik.

Umtuk seseorang yang pernah menjadi mangsa buli,  agak pelik melihat Angel sanggup mencari Rhea sehingga ke kelab malamnya ini.

"Aku cari dia demi Mr. Sincere dan untuk bayar hutang lama pada seseorang.  And no,  aku belum lupa apa yang korang pernah buat pada aku. "

Angel menajamkan mata ke arah Im Jaebum. Lelaki itu menunjukkan wajah selamba. Pura-pura tidak mengerti bahawa dia adalah ketua dalam membuli Angel sewaktu mereka kecil dulu.

"Good luck. " Jawab Jaebum sepatah.
Dia jelas tidak mahu tahu tentang Rhea atau Angel.

"Kau tak kisah dia hilang? "

"Look, aku ada beberapa kelab malam untuk dijaga daripada risaukan tentang Rhea. Lagipun, buat apa aku nak hairan dengan dia sedangkan beratur gadis-gadis lain untuk menemani aku. " Kata Jaebum. Angel terasa menyesal kerana menanyakan soalan itu kepada Jaebum.

"Okay. Thanks anyway " Angel mengangguk kepada Damian sebagai isyarat.

Sedar bahawa Jaebum memang tidak tahu menahu tentang kehilangan Rhea,  Angel dan Damian tidak mahu berterusan menghadapi Jaebum dengan sikapnya yang bongkak.

Sambil berpegangan tangan,  mereka berdua mengangkat kaki dari pejabat Jaebum.

"Kenapa awak tak beritahu saya
awal-awal? " Tanya Damian tidak puas hati.

"Beritahu apa? "

"Yang dia pun buli awak juga macam
Rhea? " Balas Damian dengan muka masam.

Angel mengeluh. " Actually, dialah ketuanya yang membuli saya, "

Angel menjerit dan mengekek ketawa ketika Damian mahu masuk semula ke dalam kelab malam Im Jaebum.  Angel memeluk pinggang Damian erat-erat.

Bimbang jika dilepaskan, Jaebum akan bangun di hospital esok.

"Lepaskan saya,  sayang.  Biar saya bagi peringatan dekat dia. " Marah Damian.

Angel memegang bibir Damian yang mula bertukar warna biru.

"Awak nak saya ubatkan bibir awak tak? " Tanya Angel dengan nada manja menyebabkan kemarahan Damian mula surut sedikit.

"Nak. " Balas Damian suka.

"Then, jangan marah-marah," Jegil Angel.

***

Akira merebahkan badan ke bantal.  Melepaskan lelah selepas seharian berada di kampus.

Youngmin,  rakan sekuliahnya masih berada di meja belajar. Rakannya yang seorang ini masih belum berjaya menguasai alarm spell.

Sungguhpun begitu,  dia kagum dengan kesungguhan Youngmin yang tidak pernah kenal erti putus asa.

"Holla, you are my dirty man. " V atau nama sebenarnya Kim Tae Hyun menggosok kepala Youngmin  yang sedang khusyuk mempelajari alarm spell.







              Youngmin from Boyfriend


                             V from BTS

Tuala putih di atas kepalanya digunakan oleh V untuk menggosok rambutnya yang basah.

Akira mengekek ketawa apabila Youngmin membetulkan rambutnya yang audah kusut.  Nasiblah Youngmin  sebab selalu menjadi mangsa gurauan teman-teman yang lain.

V merupakan lelaki Shape-shifter dari bangsa Werewolf. Dia tidak mempunyai kuasa magis,  tetapi direkrut oleh agensi kerana faktor fizikal.

Sama seperti Akira,  mereka yang terpilih ke tempat ini dihantar untuk menjalani latihan sebagai Enforcer, iaitu seseorang atau satu kumpulan yang memaksa pematuhan undang-undang atau peraturan atau kewajipan.

Akira direkrut kerana kepintaran dan Youngmin ,  mungkin kerana kesungguhan beliau dalam pelajaran.

V tidak mempunyai kelas yang sama dengan Akira dan Youngmin.  Tetapi disebabkan mereka bertiga diletakkan dalam bilik yang sama membuatkan ketiga-tiga mereka rapat antara satu sama lain.

"Kira, Our turn tonight. Awwww!" V membuat laungan serigalanya. Dia tidak sabar mahu melepaskan serigalanya ke dalam hutan.

"Youngmin, mahu ikut? " Ajak Akira.

Malam ini giliran dia untuk membuat alarm spell di sempadan kawasan kampus dan memasang barrier.

"Come on bro.  Setakat bawa korang berdua aku no hal. " V menunjukkan lengannya yang lurus dan sekeping itu.

Youngmin  membetulkan kaca mata yang terletak kemas di batang hidung. "Malam ni? "

"Yes.  Kau kena belajar praktikal juga baru mahir. " Ujar Akira.  "Jomlah,  aku ajar kau"

Mata Youngmin bersinar-sinar.
"Okeh,  jom! "

Youngmin menutup buku teks spell yang dibacanya tadi.  Buku tebal volume 1 itu dimasukkan ke dalam beg galas bewarna hitam. 

V membuka seluar jeans yang dipakai menyebabkan Youngmin menjerit marah dan Akira ketawa lagi.

" Baju kau bukan dah intact dengan spell ke? " Youngmin mengerutkan dahi.

Seingatnya pakaian V sudah dikenakan spell supaya lelaki itu tidak perlu menanggalkan baju atau membeli baju baru setiap kali beliau berubah kepada bentuk serigala.

"Ala,  sorrylah. Terlupa yo,  terlupa"

V mengeluarkan serigalanya, Speed, setelah mereka berada di perkarangan kampus bahagian selatan. 

Youngmin  dan Akira memanjat belakang badan Speed.  Perjalanan mereka mengambil masa selama setengah jam untuk tiba ke kawasan sempadan, merentasi kawasan hutan belantara.

Setibanya di kawasan sempadan,  Akira dan Youngmin menuruni bahagian belakang Speed.  Serigala itu terus merebahkan badan ke atas rumput dengan malas. Tugasnya hanya membawa Akira dan Youngmin ke sempadan.

Akira segera melakukan tugasnya memasang alarm spell.  Pertama sekali, beliau memasang Barrier bagi mengelakkan kawasan kampus diceroboh oleh tetamu yang tidak diundang.

"Kau ingat lagi tentang barrier ni? " Tanya Akira walaupun dia tahu kekuatan Youngmin terletak pada ingatan.

Dari segi teori Youngmin memang tiada masalah.  Tetapi dari segi praktikal,  Youngmin memerlukan masa yang lebih lama untuk menguasai sesuatu spell.

Kerana itulah Youngmin masih mempelajari spell tahap pertama tetapi sudah tahu mengenai spell tahap keenam.

"Dinding barrier ke berapa? " Tanya Youngmin  terlebih dahulu.

Akira tersenyum. Dia sudah mengagak Youngmin akan mengutarakan soalan itu.

"Barrier ke berapa kalau untuk sempadan?"

"6" Jawab Youngmin dengan yakin.

"10 point for you gryffindor. Now explain"

Akira memulakan barrier ke-6. Kedua tangannya dihalakan ke hadapan sambil dia fokus membina barrier halimunan yang tidak kelihatan di mata kasar.

"Dinding barrier ke-6 mengandungi bilah tajam yang dibina daripada tenaga ajaib.  Ketebalannya boleh mencecah sehingga 5 kaki tebal dan mencapai sehingga 20 kaki. Barrier ini mempunyai tiga barisan dan mampu bertahan sehingga seminggu jika tidak dirosakkan oleh penceroboh,  bergantung pada tahap kerosakan yang dihadapi. "

Akira mengambil masa selama 10 minit untuk membina barrier ke-6. Selepas selesai,  beliau memusing-musingkan bahunya terlebih dahulu.  Melegakan ototnya yang kejang. Youngmin menyaksikan cara Akira membina barrier.

Menggunakan kuasa magis bukan sesuatu yang mudah.  Silap langkah,  kuasa magis boleh memakan diri sendiri.

"Sekarang terangkan pasal alarm spell"

Youngmin mengingati semula alarm spell yang baru dibacanya tadi. 

"Alarm spell sama seperti land mine. Musuh tidak akan nampak sehingga mereka sudah terpijak bom berkenaan. Alarm spell mempunyai dua cara. Pertama ialah secara mental.  Dan kedua secara bunyi.  Kalau secara mental alarm spell akan menghantar isyarat terus kepada si pemasang dalam masa sesaat manakala secara bunyo bermakna si lemasang akan mendengar bunyi berterusan sehingga 10 minit. " Panjang lebar Youngmin menerangkan pengetahuannya.

"Masa yang diperlukan?" Tanya Akira lagi.

"Seminit, "

"Right and aku dah selesai. " Beritahu Akira. 

Youngmin meletakkan tangan kanannya ke hadapan. Satu bayangan bewarna putih hitam bergoyang-goyang seperti sebuah asap,  menandakan wujudnya barrier spell di situ. 

Speed mengeluarkan bunyi serigalanya.  Dia sudah berdiri di atas empat kakinya dengan kaki belakang dibengkokkan ke dalam. Akira memanjat belakang Speed.

"Yalah, nak baliklah ni," Ujar Youngmin  yang mengerti Speed dan juga V mahu segera pulang ke bilik.

Youngmin memanjat belakang Speed. Belum sempat dia memegang bulu Speed yang coklat kemerahan,  Speed sudah memulakan larian untuk pulang.

"Speed,  perlahan sikit! aku benci kau V!" Jerit Youngmin.

No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...