Monday 20 August 2018

Prisoner of my heart 7

Angel mengambil keputusan untuk menemui rakan-rakan Akira di Healing Camp setelah gagal mendapatkan maklumat daripada Jaebum.

Menurut Mr. Sincere dan Rhea sendiri, Akira enggan menemuinya. Jadi,  siapakah yang ditemui oleh Rhea sepanjang dia ke sini?

"Macam mana awak dapatkan kebenaran untuk kita masuk ke dalam Healing Camp?  sedangkan sekarang bukan hari untuk melawat tahanan? " Angel menyoal Damian.

"Saya cakap dengan Ice,  dan Ice cakap dengan Ross. Tahu-tahu sahaja ketua pentadbiran Healing Camp hubungi saya dan maklumkan bahawa kita mendapat kebenaran untuk menemui rakan-rakan Akira di sini. " Damian tidak menyembunyikan rahsianya kepada Angel.

"Smooth. " Puji Angel.  Kadang-kadang dia bangga juga mengenali orang terkenal dan berkuasa seperti King Ross, Raja Iceland.

Mereka berdua dibawa oleh seorang pengawal ke sebuah bilik berkaca yang dilengkapi dengan set sofa kulit bewarna putih.

Bilik VVIP.

Beberapa buah majalah disusun di bawah meja kaca yang diletakkan di bahagian tengah.  Dari dinding kaca bilik keluarnya alunan muzik merdu yang menenangkan jiwa bagi mereka yang mendengar.

Tidak lama menunggu,  tiga individu memasuki bilik di mana Angel dan Damian berada. Spontan Damian berdiri di hadapan Angel. Dia tidak mempercayai tahanan yang merupakan rakan-rakan Akira ini.

Squid dan Jukoth terus duduk di sofa tanpa mengendahkan tentang Angel dan Damian. Selepas duduk di sofa, barulah mereka merenung Damian dan Angel dengan pandangan sinis.  Kaeto pula terkebil-kebil memandang Angel.

"Saya kenal awak. " Kaeto bersuara  sambil menunjuk ke arah Angel.

"What? " Angel terkejut.

"Awak kenal dia? " Tanya Damian.

"Kau kenal dia? " Jukoth dan Squid bersuara serentak.

Kaeto tidak menjawab soalan Squid dan Jukoth. Dia menghampiri mereka berdua terlebih dahulu. Jukoth mengesot ke tepi, memberi ruang kepada Kaeto untuk duduk.

Kaeto mengangkat tangan kepada Angel dan Damian. "Hai,  saya Kaeto.  Kalau saya boleh bersalam dengan awak,  saya dah lakukannya.  Tapi,  saya seorang seer.  Jadi untuk keselamatan anda, tolong maafkan saya kerana tidak dapat bersalam dan menyentuh anda. "

"Macam mana awak kenal saya?  kita pernah berjumpa ke? " Angel yakin dia tidak pernah bertemu dengan mana-mana Seer sebelum ini.

Namun kedua belah tangan Kaeto yang berbalut sarung tangan hitam menunjukkan lelaki itu mempunyai ciri-ciri seorang Seer.

Seer ialah individu yang boleh melihat visi mengenai kisah silam atau perkara yang akan berlaku dengan menyentuh seseorang.

Kaeto menggeleng. "Tidak.  Saya nampak awak masa tersentuh Rhea tempoh hari. "

Kaeto seterusnya menceritakan mengenai Rhea yang pengsan selepas menerima berita mengenai pemergian Akira. Rhea yang pengsan dirawat di klinik Healing Camp dan tersedar semula sejam kemudian.

"Nurse kata dia stress," Tambah Jukoth.

Selepas menyedari Angel merupakan kawan kepada Rhea dan Akira, Jukoth dan Squid tidak lagi memandang Angel dan Damian seperti ingin berperang.

"Sebab kapten seksa dia. " Balas Squid.

"Kapten? "Soal Damian.

"Akira.  Kami gelar dia kapten di sini. Hisy,  lepas kapten tak ada macam-macam hal terjadi di dalam Healing Camp ni. " Squid menjawab soalan Damian.

"Awak berdua datang sebab nak cari Rhea?  ayah dia pun ada datang tempoh hari.  Tapi,  kami cakap yang benar.  Kami tak tahu ke mana Rhea pergi.  Tentang kapten lagilah kami tak tahu. " Jukoth memberitahu Damian dan Angel.

Sama ada mereka mahu percaya atau tidak,  dia tidak peduli.  Paling penting dia mengatakan perkara yang sebenar.

"Duduklah.  Saya akan ceritakan pada awak berdua tentang visi yang saya nampak selepas tersentuh Rhea. " Pinta Kaeto kepada Angel dan Damian yang baru tersedar mereka sedang berdiri dari tadi.

Angel dan Damian segera mengambil tempat di hadapan mereka bertiga.

"Dengar ya? sebelum ini saya selalu tertanya tentang hubungan Akira dan Rhea. Kapten,  dia tak nak kami tanya yentang keengganan dia menemui Rhea setiap kali Rhea datang ke sini.  Dan, saya dah menemui jawapannya. Tapi saya juga menemui sesuatu yang lain. " Kaeto bersuara dengan nada misteri.

Jukoth dan Squid mengangguk dengan gaya yang membuatkan Angel dn Damian menjadi suspen. Angel dan Damian merasakan sepert mereka sedang mendengarkan cerita seram daripada Kaeto.

"Kuasa saya membenarkan saya melihat perkara yang berlaku beberapa jam sebelum seseorang itu disentuh oleh tangan saya.  Apabila saya tersentuh Rhea, saya nampak perkara yang berlaku sebelum Rhea datang ke sini"

"Apa yang jadi? "Angel tidak tahan menunggu penjelasan Kaeto yang lambat.  Sengaja betul lelaki ini membuat suspen sedangkan Angel tidak suka elemen surprise.

Mahu sahaja dia mencekik leher Kaeto agar lelaki itu memberitahunya dengan cepat.  Tidak perlu berucap seperti mereka sedang bercerita tentang spirit yang terawang-awang di dunia mencari mangsa untuk dibunuh.

Jukoth dan Squid menunjukkan wajah sedih.  Jukoth menekup muka dengan tangan kiri manakala Squid menyilangkan tangan ke dada dan menunduk.

"Rhea,  dia menangis dengan sangat teruk. Dia tahu kapten tidak akan menemuinya,  tapi dia masih berdoa agar kapten akan berubah hati. Walaupun untuk sekali ini sahaja. Rhea tidak datang kerana perasaan bersalah seperti yang kapten sangkakan. Rhea datang sebab dia benar-benar rindukan kapten. I wish I can tell him that" Kaeto menunjukkan wajah kesal.

"Hah,  you wish. Ke mana kapten pergi pun kita tak tahu." Squid menambah rasa kesal di hati Kaeto.

"Awak tahu kenapa Akira enggan jumpa Rhea? " Soal Angel.

"Duh, kami mana berani tanya kapten pasal hal dia dengan Rhea.  Keyword is,  kau boleh kutuk atau hina dia. Sikitpun dia tak kisah. Tapi kalau kau tanya pasal Rhea, better you dig your own grave, " Terang Jukoth.

"Dan kami belum kahwin untuk mati. " Squid ketawa dengan Jukoth sebelum mereka membuat high five.

Angel tabik kepada Akira.  Kenapalah dia tidak boleh mencari Kawan-kawan yang normal?


          Damian melirik Angel yang mendiamkan diri sejak mereka pulang dari Healing Camp dan pulang ke rumah. Dia tidak tahu perkara yang sedang difikirkan oleh Angel.

Esok mereka berdua akan ke rumah
Mr. Sincere untuk menziarahi isterinya yang jatuh sakit kerana memikirkan tentang kehilangan Rhea.

Angel melentokkan kepala ke bahu Damian. "Call me crazy. Tapi, saya rasa kesian dengan Rhea."

Damian mengambil tangan Angel dan membawanya ke dalam genggaman.
Dia tidak suka Angel melabelkan diri sebagai gila.

"You think so?  saya rasa awak punyai hati yang bersih dan suci sebab sudi tolong cari orang yang pernah buli awak dulu.  Now,  tell me this, kenapa awak kesian pada Rhea? "

Angel mengeluh. "Awak tahu bila saya sedar yang saya cintakan awak? "

Damian kaget.  Dia tidak pernah terfikir tentang hal itu.
"Err,  tak. "

"Well,  saya sedar yang saya cintakan awak masa kali terakhir kita bertemu di Iceland dulu.  Awak ingat?  saya tengah minum di cafe dan awak datang untuk ucap selamat tinggal"

Damian menguatkan lagi genggaman tangan mereka.  Masakan dia boleh lupa saat pahit itu. Sungguh dia terseksa mengenangkan Angel yang akan kembali ke Dry Land.

"Of course. Awak tak tahu saya separuh nyawa fikir sama ada kita akan bertemu lagi atau tidak selepas awak pergi" Luah Damian.

"Saya pun sama.  Dan untuk dua tahun selepas tu, saya masih tak dapat lupakan awak.  Saya berusaha sibukkan diri dan menganggap awak sudah pun bahagia dengan Clara. Tapi rupanya saya menipu diri sendiri. Awak bukannya seseorang yang sekadar melintas di hati saya.  Tapi awak datang dan telah tinggalkan satu kesan yang tidak dapat dihilangkan. Kalau difikirkan balik,  Rhea pun lakukan perkara yang sama macam saya."

"Maksud awak,  Rhea sibukkan diri dengan kedai dia.  Tapi, sebab Akira ada dekat dengan dia menyebabkan dia tidak dapat tinggalkan Akira. " Damian dapat menangkap maksud yang ingin disampaikan oleh Angel.

"Ya.  Dan sekarang Akira dah tak ada. Awak rasa macam mana Rhea nak hadapi semua ini? dia dahlah tak ada kawan." Angel risau.

Manalah tahu Rhea hilang pertimbangan dan mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Lalu bagaimana agaknya Mr. Sincere dan Mrs. Sincere akan menerima perkara itu nanti ?

Damian mengucup rambut merah Angel sebelum berbisik di telinga gadisnya itu.
"We will find her. "


***

Rhea melangkah turun dari perut teksi selepas membayar tambang. Beg sederhana besar yang dibawanya separuh diheret oleh Rhea. Dia benar-benar letih kerana baru sahaja pulang dari Negara Tanah.

Dia telah ke sana untuk mendapatkan bekalan benih bunga yang baru untuk kedainya selain mengikuti kelas pendek berkenaan tumbuh-tumbuhan berbunga.

Suasana sunyi menyambut kepulangan Rhea ke rumah. Ruang sekangkang kera ini terlihat sejuk dan kosong bagi Rhea.

Sungguh sunyi dan sepi. Seperti hatinya.

Rhea meletakkan beg sederhana besar yang dibawanya ke Negara Tanah di atas lantai.  Suis lampu dibuka sebelum dia menyeret kaki ke katil single yang terletak berhampiran dengan bahagian dapur.

"I'm home. " Bisik Rhea.

Betapa dia mengharapkan agar ada suara yang membalas dengan ayat 'welcome back'.

Rhea memandang lesu ke arah kotak putih pemberian Akira di atas meja makan. Selepas dia pulang dari Healing Camp tempoh hari, dia bergegas menuju ke Negara Tanah bersama Nature Angel yang lain.

Ada hikmah juga dia menawarkan diri untuk mengikuti kursus pendek ke Negara Tanah itu beberapa minggu sebelum dia melawat Akira sebulan yang lepas.

Sekurangnya dapat juga dia melarikan perhatian daripada memikirkan tentang Akira secara berterusan.

Rhea bangun untuk mengambil kotak pemberian Akira. Kotak tersebut dipegang dengan menggunakan sebelah tangan. Rhea membuka pintu rumahnya, berjalan menuju ke arah tapak himpunan sampah-sarap.

Titisan air mata terjatuh ke atas kotak putih yang dipegang oleh Rhea. Rhea mengesat air matanya dengan belakang tangan. Kotak itu kemudiannya ditinggalkan oleh Rhea ke dalam tong sampah besar bewarna hijau dengan lambang kertas di bahagian tengah.

"Goodbye, " Bisik Rhea. Sambil memeluk tubuh,  beliau kembali berjalan ke belakang dan menuju ke rumah.

Sebaik tubuh Rhea menghilang, satu bayangan muncul di kawasan sampah-sarap.  Bayangan tersebut meluncur ke bawah dan mendekati kotak putih yang ditinggalkan oleh Rhea. Tanpa berfikir panjang,  tangannya mengambil kotak tersebut ke dalam pangkuan.

"Akira, " Nama itu terpacul di bibirnya selepas membaca nama Akira yang terpampang besar pada bahagian penutup kotak. "Interesting"

***

Tidur Akira terganggu. Entah mengapa dia terjaga dengan tiba-tiba. Dalam suasana kelam dia melihat Youngmin yang sedang nyenyak tidur. Youngmin tidur mengiring dengan kedua belah tangannya diketakkan di bawah pipi. Youngmin kelihatan seperti seorang puteri sedang beradu. Puteri beradu yang memakai topeng mata untuk tidur.

V pula tidur meniarap di bahagian tengah katil.  Sebelah kakinya yang panjang tergantung di atas penghadang katil.  Selimut nipisnya terdampar di atas lantai berserta sebiji bantal putih.

Akira menyelak selimutnya ke tepi.  Dia bangun dari katil selepas pasti rasa mengantuknya tidak akan kembali.

Sebaik kakinya mencecah lantai,  Akira mendengar satu bunyi dentingan di dalam fikiran.  Untuk seketika dia terasa ingin pengsan akibat kuatnya bunyi yang didengari.  Akira menyedari bahawa dentingan ini datang dari barrier yang menjaga sempadan kampus.

Dentingan ini membawa satu makna sahaja.  Ada sesuatu atau seseorang telah menceroboh kawasan sempadan kampus.

"V!  Youngmin!  we got company! " Jerit Akira.

No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...