Monday 20 August 2018

Prisoner Of My Heart 5


Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena apabila melihat Kaeto yang muncul. Rhea tetap mengukirkan senyuman manis.

Rhea cuba menenangkan dirinya sendiri. Bukanlah perkara biasa jika Akira menghantar rakan-rakannya setiap kali dia datang untuk menemui lelaki itu.

Kalau bukan Jukoth,  mesti Squid.  Dan sekarang Kaeto pula yang menjadi mangsa terbarunya. Rhea tidak tahu bilakah masanya dia akan dapat menemui Akira.

Begitu banyak yang hendak dia katakan kepada Akira sepanjang tiga tahun ini.  Tapi,  semua itu hanya dapat dilakukannya menerusi surat yang diutuskan untuk Akira.

"Hai Kaeto.  Ini saya bawakan bekal untuk awak. Jukoth dan Squid." Rhea meletakkan bekas bertingkat ke atas meja.

"Thanks Rhea. " Kaeto mengambil bekas yang diberikan Rhea kepada pengawal.

Setiap pemberian daripada tetamu yang datang menziarah di Healing Camp akan diperiksa terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang senjata yang membahayakan dibawa masuk ke kem tahanan.

"Mana Jukoth dengan Squid? "

Rhea tahu mereka berdua tidak mungkin bertemu dengan keluarga masing-masing. Dia sedia maklum tentang Jukoth dan Squid telah dibuang dari keluarga. 

Akira pula sudah kehilangan ibu dan bapanya di dalam pertarungan dengan makhluk dark creature bertahun dahulu.

"Ada di belakang." Kaeto bermain dengan ibu jari. Dia menjadi gabra pula hendak menyampaikan berita ini kepada Rhea.

"Oh,  and Akira?  dia sihat? "

Kaeto berhenti bermain dengan ibu jari. Gabra ataupun tidak, dia perlu menyampaikan amanat yang telah diberikan.

"Err, Rhea.  Saya ada benda nak sampaikan pada awak. Saya harap awak tabah mendengarnya. "Kaeto memandang tepat ke arah Rhea.

Rhea menelan liur.  Wajah serius Kaeto menyebabkan dia terasa takut.

"Ada apa-apa berlaku pada Akira ke? " Rhea mulai panik. Memang sejak beberapa hari ini dia menjadi susah hati.

Semua kerjanya terbengkalai. Dia tidak dapat fokus seperti ada petanda sesuatu yang buruk bakal berlaku.

Melihatkan kerisauan Rhea,  timbul rasa simpati di dalam diri Kaeto.  Nampak sangat Rhea betul-betul sayangkan kapten.  Tapi,  kapten boleh pula dengan keras hatinya mengecewakan Rhea.

"Tunggu sekejap ya? " Kaeto bangun,  menuju ke arah seorang pengawal yang sedang duduk di kaunter pemeriksaan. Pengawal yang memakai uniform hitam itu mengangguk sebelum berlalu ke almari yang terletak di bahagian belakang kaunter.

Sebuah kotak kosong bewarna putih diambil dari almari dan diberikan oleh pengawal tersebut kepada Kaeto.  Kepala Rhea bergolak dengan pelbagai persoalan apabila Kaeto membawa kotak tersebut kembali ke meja.

"Rhea,  ini kotak barangan peribadi kapten. Sebelum awak tanya apa-apa, tolong biarkan saya jelaskan semua perkara dulu."Kaeto meletakkan kotak tersebut di atas meja dan duduk semula di kerusinya.

Rhea tidak mampu bersuara.  Dia hanya memandang kaku ke arah Kaeto. Mengambil kira hal itu sebagai isyarat, Kaeto memulakan penceritaan.

"Kapten, dia dah tak ada di Healing Camp.  Bukannya bermaksud dia dah mati. Tapi dia dah keluar daripada Healing Camp dengan syarat di bawah pengawasan. "

Kaeto mematikan penceritaan. Dia merenung Rhea. Gadis itu masih seperti tadi.  Masih diam tanpa emosi. Selepas beberapa saat,  Kaeto kembali meneruskan berita yang perlu disampaikan.

"You see,  disebabkan kapten berkelakuan baik dan dia pelajar terbaik di sini,  ada satu agensi yang menawarkan dia biasiswa untuk meneruskan pelajaran. Kapten,  dia anggap benda ni sebagai satu peluang yang tidak patut disia-siakan. Jadi,  dia dah
pergi...minggu lepas. " Kaeto berhenti,  mencari reaksi Rhea.

Rhea menundukkan pandangan ke meja.  Tangannya menggenggam kuat hujung skirt yang dipakai.

Jadi, sebab itukah Squid dan Jukoth enggan menemuinya hari ini?

"Rhea, are you okay? " Soal Kaeto risau dengan tahap penerimaan Rhea terhadap pemergian Akira.

Rhea mengangguk. "Ke mana...dia pergi? "

"Kami pun tak tahu.  Agensi ni menggunakan khidmat orang tengah.  Tapi,  berdasarkan cerita kapten kami pasti agensi yang menawarkan biasiswa kepada dia bukan orang sebarangan. Memang sayang kalau kapten lepaskan peluang ni. "

Rhea mengangguk lagi. Dia faham segalanya. Dan dia bersetuju dengan kata-kata Kaeto. Akira berhak mendapatkan peluang itu.

Jika dia tahu mengenai berita ini dari awal,  dia juga akan menggalakkan Akira untuk pergi. Akira, walaupun nakal dan banyak menimbulkan masalah, dia merupakan 'brain' dalam kalangan kumpulan mereka dahulu.

"Akira suruh awak beritahu saya ke?  atau awak sendiri yang nak beritahu pasal hal ni sebab tak smpai hati nak biarkan saya dalam kegelapan?" Rhea dapat merasakn hatinya hancur seribu.

Sampai hati awak, Akira.

"Kapten yang suruh saya sampaikan. Dia tak sempat nak jumpa Rhea untuk beritahu sendiri. "

"Walaupun Sekejap? selama tiga tahun, saya tak pernah berhenti melawat dia.  Hanya satu hari,  dia tak boleh peruntukkan masa untuk saya? "

Kaeto terus terdiam, kembali bermain dengan ibu jari. Selalunya dia akan memakai sarung tangan tetapi hari ini sarung tangannya dibasuh setelah terkena hingus Jukoth.

Demon itu menangis tidak berhenti mengenangkan pemergian Akira. Squid yang bendul menghulurkan sarung tangan Kaeto kepada Jukoth setelah mereka kehabisan tisu.

"Kapten...entahlah.  Saya pun tak tahu jawapan untuk soalan tu." Jawab Kaeto.

"Boleh beritahu saya sesuatu tak? " Tanya Rhea.

Kaeto mengangguk. "Boleh,"

"Akira,  adakah dia bencikan saya? "

Kaeto ternganga.  Dia menggaru lagi pipinya dengan ibu jari.  Sebetulnya dia tidak tahu sangat mengenai Akira dan Rhea.

Cuma yang dia pasti Rhea adalah wanita yang menyebabkan Akira tercampak ke dalam Healing Camp ini.  Keengganan Akira untuk menemui Rhea setiap kali gafis itu datang melawat menguatkan lagi andaiannya.

"Jukoth dengan Squid pernah pesan,  jangan tanya kapten pasal awak.  Itupun kalau saya tak nak hilang kepala. " Beritahu Kaeto.

Kata-kata Kaeto membuatkan Rhea tersedar daripada mimpi. Akira,  lelaki itu sudah menunjukkan dengan jelas bahawa dia tidak mahu mempunyai kaitan dengannya lagi.

Tetapi dia yang masih berkeras.  Masih mengejar lelaki itu sehingga Akira akhirnya nekad untuk pergi menjauh.

So,  this is it. he's done with me,  huh?

"So,  urm...okay.  Thanks Kaeto sebab beritahu." Rhea mengambil tas tangan di atas meja. 

"Rhea," Panggil Kaeto ketika Rhea bangun dari kerusi. Dia menghulurkan kotak putih yang berisi barangan peribadi Akira kepada Rhea.
"Kapten,  dia minta supaya kotak ini diserahkan kepada awak. "

Rhea mengetap bibir. Matanya berkaca melihat kotak putih yang berada di tangan Kaeto. Tanpa mengambil kotak itu dia berpaling ke belakang.

Baru dua langkah berjalan,  Rhea merasakan pandangannya menjadi kelam.  Dadanya sesak dan sakit setiap kali dia cuba menarik nafas.

"Rhea! " Jeritan Kaeto dan sentuhan tangan lelaki itu merupakan perkara terakhir yang diingati oleh Rhea sebelum segalanya menjadi gelap dan sunyi.

***

"Sayang,  apa kata kita order take out? " Laung Damian dari dapur.

Angel yang sedang terlentang di hadapan kaca televisyen ketawa mendengarkan pertanyaan Damian.

"Tak nak.  Saya nak makan homecook meal"

"Fine,  how about spaghetti? " Suara Damian kedengaran mendekati ruang tamu sebelum dia terpacul dari sebalik dinding yang memisahkan bahagian dapur dan ruang hadapan.

"Hurm, okay.  Nak daging ya,  sayang" Setuju Angel. 

Damian mengenyitkan mata kanannya membuatkan Angel tersenyum. Tiga tahun bersama Damian dan semakin hari semakin bertambah rasa sayangnya kepada lelaki itu.

Yup, still in love and still counting.

Angel ketawa lagi.  Siapa sangka lelaki playboy terkenal di Iceland academy dahulu bakal menjadi miliknya?

"What? " Tanya Damian apabila Angel ketawa dengan tiba-tiba.

"I just remember something," Angel jungkit bahu.

"Ya,  apa? "

"That I love you, " Angel mengenyitkan matanya kembali ke arah Damian.

"Hurm, you know. Spaghetti tu mungkin kena tunggu lama sikit. "Damian berjalan perlahan-lahan ke arah Angel lagaknya seperti seekor harimau yang mengendap mangsa.

Angel menggigit bibir bawah. "Too bad, "

Serentak itu loceng rumah mereka berbunyi nyaring, mengganggu sesi pikat memikat antara mereka berdua.  Damian drastik menghentikan langkah. Dia mencekak pinggang manakala Angel ketawa kuat melihat wajah frust Damian.

"Laugh while you can.  Lepas makan siap awak. "

"Urghh,  pergilah buka pintu," Angel menjeling manja ke arah Damian.

Damian bergerak ke depan.  Angel memasang telinga, mencuri dengar suara yang tidak kedengaran jelas.  Damian munchl semula. dengan wajah serius.  Angel terus terbangun dari pembaringannya.

"Sayang,  nampaknya spaghetti tu benar-benar kena tunggu lama sikit. Mr.  Sincere ada kat sini.  Dia nak jumpa awak. "


          Angel dan Damian saling memandang antara satu sama lain.  Sejak tiba ke sini, lelaki itu bersikap agak pelik.

Dia menolak tawaran Angel untuk menyediakan air minuman,  meminta Damian supaya duduk sekali di ruang tamu ini ketika Damian meminta diri untuk ke dapur dan selepas itu diam seribu bahasa.

"Tuan, Oh Tuan Sincere. " Panggil Angel.

Mr. Sincere mengangkat wajah dari tangannya yang diletakkan di atas peha. 

"Ya? "

"Ada apa tuan datang ke mari? " Tanya Angel. 

"Oh,  tentang tu. " Dan Mr. Sincere kembali diam. 

Angel pandang Damian lagi.  Lelaki itu mengangkat bahu.  Manalah Damian tahu perkara yang berlaku kepada Mr. Sincere.

Angel menjegilkan mata.  Damian tidak takut,  malah dia suka betul apabila Angel membesarkan matanya begitu.

"Mr. Sincere,  ada apa-apa ke yang boleh kami tolong?" Damian mengalah.  Lagi lama Mr. Sincere di sini,  lagi lamalah mereka boleh makan spaghetti. Dan lagi lamalah dia dan Angel....

"Saya minta maaf kalau kedatangan saya menganggu awak berdua. Saya datang sekejap sahaja."

"Tuan, " Angel menghentikan bicara Mr. Sincere.

Yup,  Mr. Sincere memang pelik hari ini.

"Maaf.  Sebenarnya saya memang perlukan pertolongan." Akui Mr. Sincere.

"Kenapa tuan? " Tanya Angel tidak sabar.
         
"Tentang Rhea. "

Angel tersentak. Rhea? 

"Oh, kenapa dengan Rhea?"

Damian perasan perubahan dalam suara Angel. Nada Angel mengandungi sesuatu yang berat dan sejuk.  Dia merenung Mr. Sincere dan Angel bersilih ganti.

"Rhea dah lama tak balik rumah. Maksud saya,  rumah sewa dia. Kedai dia pun dah lama bertutup sejak dua minggu lepas. " Kata Mr. Sincere.

"Mungkin dia ada dengan Kawan-kawan dia" Angel cuba menyedapkan hati Mr. Sincere.

Lelaki tua itu memandang ke dalam anak mata Angel.  "Dia ada kawankah,  Angel? "

Soalan Mr. Sincere membuatkan Angel terasa ingin mengetuk dirinya sendiri.  Betul juga,  Rhea manalah ada rakan perempuan. Dan sejak tiga tahun lalu,  dia tahu Rhea tidak lagi berkawan dengan geng lamanya yakni Tae Min dan Im Jaebum.

Akira?!

"Mungkin Akira tahu? diakan selalu melawat Akira di sana"

Mr. Sincere menggelengkan kepala.  "Mustahil. Akira tiada di Healing Camp. Dan dari maklumat yang saya terima,  Akira tak pernah berjumpa dengan Rhea sejak tiga tahun lalu."

Angel tergamam. Dia teringat peristiwa semasa di majlis Mr. Sincere dahulu.  Dia ingatkan Rhea menipu berkenaan Akira yang tidak mahu bertemu dengannya.

Sejarah yang pernah terjadi antara dia dengan Rhea yang menyebabkan dia menjadi sngsi dengan gadis itu.  Manalah dia tahu rupanya Rhea tidak menipu.

"Tuan pasti? "

"Ya.  Saya dah ke Healing Camp petang tadi.  Pengawal di sana yang beritahu saya tentang hal ini. Saya risau kalau dia dah pergi cari Akira. " Mr. Sincere bersuara lemah.  Dia risaukan anaknya itu.

Walaupun dia dan Rhea tidak sebulu,  namun Rhea tetap anaknya yang sangat dia kasihi.  Permata berharga yang tidak ternilai.

Naluri bapanya hanya mahukan yang terbaik untuk Rhea. Tetapi anak gadisnya itu hanya tahu memberontak dan bergaul dengan lelaki-lelaki liar.

Sejak tiga tahun lepas,  Rhea terus menghilang dari rumah.  Dalam diam,  dia bangga sebenarnya apabila Rhea membuka kedai bunga sendiri. Sekurangnya Rhea berbakat menjadi Nature Angel dan bukan Guardian Angel seperti yang diharapkannya.

Tapi,  Rhea masih menemui Akira. Dia tidak sukakan lelaki itu.  Kenapa Rhea tidak nampak Akira hanya mendatangkan keburukan kepadanya?

"Akira ke mana? " Angel hairan. Setahunya Akira mempunyai baki dua tahun lagi di Healing Camp.

"Saya cuma tahu dia sudah menerima tawaran sambung belajar dari sebuah agensi.  Hanya itu. Ke mana dia pergi? agensi mana yang menawarkan biasiswa kepadanya? semua itu private. Tiada sesiapa yang tahu walaupun ketua pentadbiran di Healing Camp. " Getus Mr. Sincere geram.

Angel semakin bertambah rasa terkejut. Jika tiada sesiapa tahu ke mana Akira pergi,  adakah Rhea tahu di mana hendak mencari?

Tapi,  menurut Mr. Sincere Akira tidak pernah bertemu dengan Rhea.  Angel cuba mengingati perbualannya dengan Rhea pada malam majlis persaraan Mr. Sincere.

Reaksi Rhea yang sedih ketika berbicara tentang Akira.  Reaksi itu tidak dibuat-buat.  Gadis itu,  dia sedang jujur menunjukkan kesedihan yang bertamu di hati. 

" Maaf saya nak bertanya. Maksudnya,  tuan mahu minta bantuan kami untuk mencari Rhea? " Sampuk Damian.

Angel menoleh Damian sekilas sebelum mengalihkan pandangan ke arah Mr. Sincere yang duduk di sofa hadapan.

"Saya cuma ingin tahu kalau-kalau awak ada idea ke mana Rhea selalu pergi. " Tanya Mr. Sincere. Ada nada mengharap dalam suaranya itu.

Dua pasang mata memerhatikan Angel yang sedang berfikir. Dia bukannya rakan baik Rhea,  tapi semua orang pun tahu ke mana pelajar nakal seperti Rhea selalu melepak.

"Kalau dulu saya tahulah.  Tapi,  sekarang saya tak pasti kalau dia masih ke tempat lama. " Kata Angel.

"Saya akan ambil peluang tu. Saya perlu cari anak saya. Beritahulah Angel,  ke mana Rhea selalu pergi " Tanya Mr. Sincere. 

Angel berfikir seketika. Tempat yang dimaksudkan olehnya tidak sesuai untuk dimasuki oleh lelaki seperti Mr. Sincere.  Malah Angel yakin,  Mr. Sincere tak pernah menjejakkan kaki ke kelab malam.

Silap-silap nanti Mr. Sincere pula yang hilang. Manalah tahu.  Lebih baik dia mengambil jalan berhati-hati.

"Tak apa,  Mr. Sincere. Saya akan bantu tuan cari Rhea. " Jawab Angel.

Mr. Sincere merenung Angel tidak percaya. "Awak nak tolong? "

Angel mengangguk." Ya. Tuan baliklah berehat dahulu.  Saya akan beritahu kalau dah jumpa Rhea "

Mr.Sincere diam terharu. Angel, gadis yang selalu menjadi mangsa buli anaknya kini secara sukarela mahu membantu mencari Rhea.

Kenapalah Rhea tidak boleh menjadi seperti Angel?

"Awak memang anak Warrior Angel Killian. Angel,  terima kasih banyak. " Ucap Mr. Sincere.

Damian menghantar Mr. Sincere yang meminta diri untuk pulang. Tidak putus-putus Mr. Sincere mengucapkan terima kasih kepada Angel dan Damia.  Angel sedih melihatkan gerak-geri Mr. Sincere.

Hendak berjalan pun Mr. Sincere kelihatan letih dan tidak bermaya. Damian memimpin Mr. Sincere ke keretanya sebelum lelaki itu dipapah oleh pemandunya selepas menyedari kehadiran lelaki tua itu.

Angel geram dengan Rhea. Bilalah agaknya gadis itu mahu berhenti daripada menyusahkan ayah dan ibunya?

Damian menghampiri Angel selepas mengunci pintu. Dia membawa Angel ke dalam pelukan.

"Awak okay? " Tanya Damian.

"Yeah,  okay. "

"So,  ada apa sebenarnya awak dengan Rhea? " Damian meleraikan pelukan.

Angel menunduk ke lantai.  Damian selalu dapat meneka sesuatu yang berkaitan dengan dirinya.  Angel menarik nafas sebelum menghembusnya perlahan-lahan.

"Rhea,  dia pernah buli saya dulu. Lepas Mr. Sincere dapat tahu,   dia hantar saya pindah ke Whisper Hollow Academy." Ringkas cerita yang disampaikan oleh Angel.

Damian menekup pipi Angel, dan mendongakkan kepala gadis itu agar melihatnya.

"And you still want to help her? "

"I know. Saya cuma nak tolong sebab Mr. Sincere. Is it okay? " Angel jadi ragu-ragu dengan janjinya untuk membantu mencari Rhea.

"Lebih dari tu sayang. You are a strong woman.  Saya bangga dengan awak.  Dan saya lega tak jatuh cinta pada wanita yang salah. " Damian menghadiahkan sebuah kucupan ke dahi Angel.

Sungguhlah dia menipu jika Angel mengatakan bahawa dia tidak terharu.

"Hurm, dah.  Pergi masak cepat.  Saya lapar ni. " Kata Angel namun tidak pula dia menolak tubuh Damian atau bibir lelaki itu yang masih melekap di ubun-ubunnya.

Damian menjarakkan tubuhnya. Angel,  konon marah tapi tompok merah di pipi wanitanya itu menyatakan perkara yang sebaliknya.

"Sure,  tapi ingat ya janji kita lepas makan,"  Kata Damian sambil berlalu ke dapur.

"Ewwww, you are so pervert! " Jerit Angel yang disambut dengan deraian tawa Damian.

Hurm,  but still I love him with all my life.  Angel tersenyum sendiri.

No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...