Monday 3 September 2018

Wicked Love 32

Tidak sukar baginya mencari mangsa yang diperlukan. Sebagai seorang lelaki yng berpengalaman, Albeit tahu di mana dan bagaimana mahu mencari mangsanya yang diperlukan.

Misinya yang pertama bersama dengan pengikut setia Luther Fang telah dilaksanakan. Dark Master telah dibebaskan daripada penjaranya. Tetapi tugas mereka masih belum selesai. Kerana itulah dia ke sini malam ini.

Jika ditanya sama ada dia menyesal, tentu sahaja tidak. Albeit memilih jalan ini kerana dia sudah letih berada di bawah pemerintahan keluarga Royal Iceland. 

Dia dan pengikut Luther Fang percaya dunia magis memerlukan perubahan ke arah yang lebih baik.  Dan hanya Luther Fang yang boleh memakbulkan impian mereka. 

Tahu siapa pengikut Luther Fang? 

Mereka ialah insan-insan yang sering dipingirkan oleh masyarakat dunia magis, terutamanya rakyat Iceland yang bongkak. Di saat ini,  semua negara magis tidak lagi bersatu. Mereka saling menyakiti antara satu sama lain. Berlumba-lumba untuk mengatasi sesebuah negara yang ada. 

Tetapi di bawah pemerintahan Luther Fang,  keenam-enam buah negara magis akan disatukan. Dan dunia akan menyaksikan perubahan. Mereka,  pengikut setia Luther Fang akan dipandang tinggi oleh masyarakat dunia magis. 

Selepas itu,  mereka akan membantu Luther Fang menjajah dunia manusia. 

Albeit meneguk air keras yang dihantar oleh bartender. Anak matanya liar mencari mangsa di dalam kelab malam The Devil. Kelab malam yang sering dipenuhi oleh anak-anak muda lantaran lokasinya yang terletak di tengah ibu kota. 

Mata Albeit menangkap kelibat seorang gadis dengan pakaian yang menonjolkan aset. Dari gerak-geri gadis muda itu,  Albeit tahu gadis ini tidak berpengalaman ke kelab malam. 

Mungkin gadis ini sekadar mengikut rakannya untuk ke kelab malam ini. Malang sekali, gadis ini tidak akan pulang bersama temannya. 

Buat selamanya.

Albeit melirik ke arah kumpulan gadis sasarannya. Seperti tersedar diperhatikan, kumpulan gadis itu menoleh ke arah Albeit dan berbisik sesama mereka dengan hilaian tawa.  

Albeit mengutuk di dalam hati.  Orang muda, begitu naif. Albeit memusingkan badan menghadap bartender yang sibuk menyediakan pesanan pelanggan yang baru tiba. 

"Hey,  boleh hantarkan minuman pada gadis di meja tu." Pinta Albeit pada bartender.

Lelaki bartender yang penuh dengan lukisan tatu di badannya menurut permintaan Albeit. Seorang pelayan wanita dengan pakaian skimpy menghantar pesanan Albeit kepada gadis yang menjadi sasarannya.

Albeit mengukir senyum apabila gadis itu mencapai minuman yang dihantar kepadanya. Air keras itu diteguk sambil mata si gadis menentang pandangan Albeit.

Kasihan si gadis.  Langsung tidak menyangka Albeit menjadikannya sebagai sasaran. Albeit mengukir senyuman nipis tatkala gadis itu bangun dari kerusi dan menghampiri beliau.

"Hai, " Gadis tadi menyapa Albeit. Air minuman yang dibelanja oleh Albeit dibawa sekali olehnya.

Tanpa izin dia duduk di kerusi kosong sebelah Albeit. Sebelah tangannya bermain dengan hujung rambut dengan gaya menggoda.

Albeit menunjukkan minat.  Bukan kerana tertarik dengan gadis di hadapannya ini,  tetapi lebih kerana dia mempunyai niat yang tersirat.

"Hai, "

"Saya Leah. Awak? " Leah,  si gadis menghulurkan tangan kepada Albeit.

"Panggil saya Al. " Albeit menyambut huluran tangan Leah.

"Thanks for the drink. " Leah menunjukkan gelas minuman yang masih berbaki di tangan.

"Anything for the beautiful girl. Awak baru di sini?  sebab saya tak mungkin terlepas pandang gadis cantik seperti awak. "

Leah ketawa, suka hati mendengarkan pujian daripada Albeit. "Ya. Hari pertama masuk kolej dan rakan-rakan ajak keluar untuk celebrate,"

Albeit menoleh ke arah meja di mana Leah sedang bersantai bersama teman-temannya tadi.  Tiada sesiapa yang mengambil perhatian terhadap Leah.  Kawan-kawan Leah sedang sibuk dengan teman lelaki masing-masing.

"Awak nak keluar dari sini? saya boleh bawa awak jalan-jalan " Tanya Albeit sambil menayangkan kunci kereta kepada Leah.

Dia tahu gadis seperti Leah akan tertarik dengan kekayaan. Leah menggigit bibir bawah.

"Come on. Kawan-kawan awak pun tengah sibuk dengan partner masing-masing." Pujuk Albeit lagi.

Leah akhirnya bersetuju.  Lagipun memang dia ke kelab malam ini untuk mencari teman.

Albeit menghabiskan minumannya sebelum meletakkan beberapa not wang di atas kaunter.  Leah kemudiannya ditarik oleh Albeit keluar daripada kelab malam The Devil.

Albeit membukakan pintu kereta sport berwarna hitam pekat miliknya untuk Leah.

"Ke mana awak nak bawa saya? " Tanya Leah sewaktu mereka berada di dalam kereta.  Terdetik rasa bangga di dalam hati Leah apabila menaiki kereta mewah Albeit.

"You have no idea, " Balas Albeit.

***

Whisper memandang ke langit biru yang sedikit kelam. Malam ini kemungkinan akan hujan. Whisper tidak suka jika hujan.  Susah untuk di bergerak mendapatkan pengangkutan awam memandangkan dia tidak mempunyai kenderaan sendiri.

Seketika kemudian dia menunduk,  memerhatikan kebun bunga dan kebun herba miliknya. Kebun ini dibina di dalam hutan terbiar berhampiran dengan ibu kota.

Di bahagian timur terbentang kebun bunga. Di bahagian selatan pula ditanam oleh Whisper pelbagai jenis herba.

Di bahagian barat terdapatnya satu pondok kecil. Beberapa kotak yang dibuat daripada kayu rotan tersusun kemas di situ. Kotak-kotak itu mengandungi pelbagai jenis bunga dan herba hasil tanaman Whisper.  Selain menjual potion,  Whisper juga menjual bunga dan herba bagi menampung hidup.

Whisper duduk di atas rumput hijau, melepaskan lelah. Dia baru selesai menabur racun serangga perosak selepas mengutip semua hasil tanaman. Selepas ini dia dan Stella akan memulakan tanaman semula untuk bulan seterusnya.

Dia melihat Stella,  pembantunya membawa beberapa gulungan Rosemary ke pondok. Esok, dia akan menghantar semua stok tersebut kepada pembekal.

Stella berjalan merentasi kebun bunga mendapatkan Whisper. Stella tidak mahir dalam menguruskan kebun herba.  Selalunya Whisper yang akan mengerjakan bahagian ini dan dia menguruskan kebun bunga.

Stella melabuhkan punggung di sebelah Whisper.

"Dah siap semua kerja? " Whisper menyoal Stella.

Stella mengangguk. Topi besar yang dipakainya dibuka dan dikipas ke muka. Peluh di dahi dan lehernya diseka oleh Stella dengan tuala yang disangkutkan ke leher.

"Esok kita hantar semua stok dan ambil duit. Lepas tu aku nak cari barang. Nak siapkan glamour potion untuk Royal Highness Prince Ice, " Whisper meletakkan kedua tangan ke bahu,  tanda meluat.

Stella tersenyum saat mendengar nama Ice. Biji matanya bersinar-sinar, dan Whisper pasti sinaran itu bukan akibat terik cahaya matahari yang memancar di atas kepala mereka.

"Oi, dia dah ada girlfriend. Putus asa sajalah sajalah dengan crush kau tu. Takziah. "

Stella memasamkan muka. Dia tidak setuju dengan kata-kata Whisper. Pasangan berkahwin pun boleh berpisah, inikan pula pasangan bercinta.

"Dah, kau jangan nak tambah beban aku. Sekarang ni pun aku dah susah hati.  Kalau aku tahu dia akan guna glamour potion tu untuk tipu seorang gadis, mati pun aku sanggup daripada bantu dia. "

Stella meletakkan topi yang dikibasnya ke muka tadi di atas peha. Stella menepuk bahu Whisper,  menarik perhatian gadis itu.  Stella menggoyangkan tangan,  membuat isyarat bahasa tangan kerana beliau seorang yang bisu.

"Dia main-main atau memang dia cintakan gadis tu? "

Whisper terdiam dengan pertanyaan Stella. Dia mengingati semula pertemuan dengan Ice sebulan yang lepas. Memang dari gerak-geri Ice,  Whisper yakin Ice tidak menipu.

Whisper mengeluh. " What is the point?  kalaupun dia benar-benar cintakan gadis tu,  mereka tetap tak boleh bersama. Awak tahukan apa yang jadi pada isteri pertama King Henry?  She's dead lepas lahirkan Ross. Royal Iceland Family dengan rakyat kebanyakan tak boleh bersama."

Stella menggaru pipi dengan jari telunjuk. Segala yang dijelaskan oleh Whisper adalah fakta sejarah. Stella membuat bahasa isyarat,  mahu menyoal sesuatu kepada Whisper.

"Hebat betul sumpahan yang dikenakan kepada Royal Iceland family. Jadi,  Ice akan mati ke kalau dia berkahwin dengan girlfriend dia tu?" 

"Itulah yang saya takutkan. Kalau terjadi sesuatu pada Ice,  Ross mesti akan bencikan saya seumur hidup. Lebih lagi kalau tahu yang saya tolong Ice sembunyikan diri selepas lari dari istana. Memikirkan tentang hal ini pun saya dah rasa bersalah." Whisper khuatir.

Stella mengangguk perlahan.  Mengerti dengan kegelisahan Whisper.

"Oh, lagi satu.  Elok kalau kau hati-hati. Sekarang dunia magis sudah tidak selamat.  Daripada berita yang aku dengar,  dah 484 orang gadis sunti dilaporkan hilang sejak awal tahun ini. Kesemua mereka mempunyai satu persamaan. Kesemuanya masih anak dara. Jadi,  kau hati-hati,"

Stella mengukir sengihan lebar.  Matanya sengaja dibeliakkan ke arah Whisper,  melihat gadis itu dari atas ke bawah.

"Oi,  aku dara lagilah!" Marah Whisper, faham dengan tenungan Stella.

Stella ketawa.  Tetapi suaranya kedengaran putus-putus.

"Main-main pula kau. Lantak situ,  kalau jadi apa-apa jangan cakap aku tak pesan. Sekurangnya aku dah biasa ke dunia luar.  Jadi,  aku boleh jaga diri. " Whisper menggumam marah.

Stella menggoyangkan tangan,  menjawab bicara Whisper,

"Baiklah mak. " 

Whisper menjulingkan mata ke atas.  Tetapi,  sungguh dia sangat risaukan tentang Stella. Dia anak yatim piatu sejak kecil. Dia hanya mempunyai Stella sebagai ahli keluarga.

"Dan nanti kita akan pindah tempat baru. Aku akan cari di mana destinasi kita yang seterusnya. Tapi, sebelum tu aku kena uruskan dulu masalah Ice. "

Stella memuncungkan bibir. Ini bukanlah kali pertama mereka akan berpindah.  Sememangnya mereka tidak pernah bermaustatin di sesuatu tempat dalam tempoh yang lama.

Stella tidak tahu punca Whisper sukakan kehidupan nomad. Dia sekadar mengikut.  Sementelah, dia hanya mempunyai Whisper sebagai ahli keluarga.

"Again?  saya suka tempat ni"

"Sabarlah.  Nanti kalau aku jumpa jampi yang boleh buat bangunan bergerak macam cerita Howl's Castle tu, kita dah tak perlu berpindah-randah." Whisper sudah berangan.

"Hah,  mimpi. Itu cerita kartun sahajalah. Tapi okay juga.  Saya ikut sahaja kata awak.  Walaupun awak tak pernah beritahu punca kita perlu kerap berpindah, "

Whisper membiarkan soalan Stella kerana gadis itu tidak perlu tahu.

Stella mendepakan tangan ke hadapan. Satu nyalaan api keluar daripada tapak tangannya, membentuk seekor burung kecil.

Burung kecil daripada api itu melibas-libaskan sayap. Kepaknya yang kecil dikembangkan di kedua-dua belah bahagian, lantas meluncur ke udara dan meninggalkan tapak tangan Stella.

***

"Please,  Lepaskan saya, " Leah, gadis yang dibawa pulang dari kelab malam The Devil semalam merayu Albeit.

Leah yang duduk melutut dihampiri oleh Albeit. Kedua tangan Leah digari ke belakang. Kedua kkinya juga diikat dengan rantai besi yang sama.

Albeit mencempung Leah. Gadis ini menjadi lemah selepas diberikan potion weakness ketika dia membawa gadis itu pulang ke rumah semalam.

"Leah... kan awak kata semalam yang awak akan serahkan tubuh awak kepada saya,  hurm? " Albeit ketawa galak.

" Aku nak balik," Tangis Leah. Badannya digoyangkan,  mahu melepaskan diri daripada dukungan Albeit.

Namun kekuatannya tidak seberapa memandangkan potion weakness yang dicucuk oleh Albeit ke dalam salur darahnya.

"No can do. Aku nak bawa kau jumpa seseorang. Trust me,  kau akan suka dengan benda ni. "

Leah menggelengkan kepala. Sambil menjerit dia meraung agar ditinggalkan sendirian.  Dia ingin pulang dan menganggap semua peristiwa ini sebagai satu mimpi buruk.

Memori Leah tentang perkara semalam terhenti semasa Albeit membawanya pulang ke rumah lelaki itu.  Sewaktu dia turun dari kereta,  pandangannya terus menjadi gelap.

Apabila tersedar,  dia telah dikurung di dalam sebuah penjara berbatu. Fikiran Leah mula terbayangkan ahli keluarga dan rakan-rakannya.

Leah tidak tahu ke mana Albeit membawanya,  sehinggalah pandangannya diganggu oleh unggun api yang besar.

Suara jeritan dan tangisan gadis kedengaran kuat di telinga Leah sehingga tubuhnya menggigil ketakutan.  Melalui pandangan matanya yang kabur dengan air mata,  Leah dapat melihat sekumpulan lelaki mengelilingi unggun api tersebut.

"Kau nak buat apa dengan aku?  tolong!  tolong!!" Jerit Leah sekuat daya.

Albeit menurunkan Leah dengan kasar ke bawah dan memaksa gadis itu melutut selepas mereka menghampiri kawasan unggun api. Leah dapat merasakan bahang daripada unggun tersebut.  Kepala Leah ditegakkan oleh Albeit dengan cara menarik rambut gadis itu.

Nafas Leah menjadi tidak teratur.  Dia cuba bergerak namun kekuatan lelaki  Albeit tidak berdaya dikalahkan olehnya.

Selain Leah,  lima orang gadis turut melutut di hadapan unggun api sambil dipegang secara paksa. Wajah masing-masing memaparkan kekeliruan dan ketakutan dengan perkara yang bakal berlaku.

Seorang lelaki dengan pakaian serba hitam muncul dari sebalik kumpulan lelaki yang mengelilingi mereka. Di tangannya tersedia sebilah pisau tajam yang panjang, berkilau apabila mengenai cahaya daripada unggun api.

"Brothers,  malam ini kita akan menamatkan penyeksaan yang dilakukan kepada Dark Master. Ahli sihir teragung yang bakal mengubah dunia akan kembali ke dunia. Long Live the King! "

"Long live the king! "

Ayat itu diulang-ulang dengan begitu kuat sehingga menggentarkan semangat orang-orang yang mendengar.

"484 orang gadis sunti telah berjaya kita persembahkan. Untuk pengorbanan terakhir,  setiap gadis sunti daripada keenam-enam buah negara akan dikorbankan ke dunia kegelapan. "

"Yeah!!!!!"

Leah menggeleng laju.  Kini dia sudah tahu tujuan dirinya dibawa oleh Albeit ke tempat asing ini. Leah menjerit apabila Albeit mengemaskan genggaman pada rambutnya.

"Tolong....! " Tangis Leah.

"For the Dark Master! " Jerit lelaki tadi. Sahutannya disambut dan diulang-ulang. Dia menghampiri seorang gadis yang melutut di hadapan Leah dengan pisau di genggaman.

Leah meraung apabila dia terasa sesuatu yang sejuk diletakkan di bawah lehernya oleh Albeit.

"Thanks Love,  sebab sudi serahkan tubuh kau kepada aku. For the Dark Master, "

Bilah pisau ditekan oleh Albeit.

Tarik.

Darah merah memancut keluar bagaikan pili pecah daripada leher Leah.

Dark Master,  welcome back. 

No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...