Sunday 16 December 2018

Wicked Love 33

Bagaikan air laut yang ada pasang surutnya,  begitu jugalah keadaannya dalam sesebuah perhubungan.
Tidak tahu dimana salahnya,  Snow perasan akan perubahan yang sedang berlaku pada Ice. Lelaki itu sekarang ini lebih banyak mendiamkan diri dan tidak galak mengusik Snow seperti dahulu.

"Aku risaulah Maria. Mungkin dia dah tak sayangkan aku." Luah Snow.

Tengah hari itu,  hanya ada dua orang pelanggan yang datang ke cafe. Maria dan Snow duduk di salah satu meja yang ada dan berbual-bual. Ketika itulah Maria menyoal Snow tentang perhubungannya dengan Ice. 

Rupanya Snow tidak bersendirian. Maria juga perasan akan perubahan sikap Ice. 
Oleh itu,  dia mengambil peluang untuk menyoal Snow ketika pemergian Ice ke ladang En. Henderson bersama Puan Mona. 

"Maaflah aku tanya kau soalan ni. Tapi,  korang ada gaduh ke? " Tanya Maria dengan nada berhati-hati.

Kolam mata Snow sudah berkaca membuatkan Maria serba-salah. Dia tidak mahu Snow sampai menangis pula. 

Maria menunggu dengan sabar ketika Snow masih tidak menjawab soalannya. Dia tidak mahu memaksa, biarlah Snow menenangkan dulu dirinya.

Snow menekan dada yang terasa pedih.  Dia malu sebenarnya untuk menangis di hadapan Maria. Tapi, dia juga perlukan pandangan daripada Maria sebagai seorang teman.

"Kami tak pernah bergaduh. Malah, setiap pagi dia akan jemput aku sebelum kami sama-sama datang ke cafe dari rumah. Dan waktu malam pula kami akan melepak bersama di atas bumbung. " Beritahu Snow kepada Maria.

Snow menjadi pening memikirkan tentang Ice.  Jika perasaan Ice terhadapnya tidak berubah,  apakah sebenarnya yang sedang berlaku kepada lelaki itu?  

"Kau ada tanya dia? " Soal Maria mahu tahu dengan lebih lanjut. 

Dia tidak betah melihat Snow susah hati. Hilang sudah keceriaan yang sering terpamer di wajah comel rakannya ini. Pada mulanya dia menyangka Snow dan Ice sudah putus.

Syukur tekaannya itu salah sama sekali.  Pada tanggapannya Snow dan Ice itu saling melengkapi antara satu sama lain. 

"Dah. Dia kata tak ada apa-apa. Jangan risau.  Macam mana aku tak risau kalau dia dah tak macam dulu." Wajah Snow menjadi semakin keruh.  Snow menekup pipi dengan kedua telapak tangan.

"Typical guy, "

Maria terasa geram. Orang lelaki selalu sahaja begitu,  suka sangat berahsia dan membuatkan wanita tertanya-tanya. Bukankah lebih baik jika mereka menjelaskan sahaja tentang perkara yang sedang mengganggu di fikiran. 

"Hey, Janganlah menangis. Tak seronoklah tengok kau macam ni" Hati Maria turut sakit ketika melihat air mata yang laju menuruni pipi Snow. 

"Aku takut Maria. Mungkin dia dah tak sayangkan aku agaknya. " Snow menggigit bibir, menahan sendu. 

Dia sayangkan Ice. Bukan kerana kekacakan yang dimiliki oleh lelaki itu. Tetapi,  Snow gembira setiap kali bersama dengan Ice. 

Ice yang nakal,  suka mengusiknya sehingga kadang-kadang dia ingin menangis. Dan kemudian Ice akan memujuknya kembali sehingga dia ketawa. 

Snow tidak tahu, mampukah dia meneruskan kehidupan seandainya Ice tiada lagi di sisi? 

"Eh,  kau ni. Janganlah cakap yang bukan-bukan. Tapi,  aku sumpah kalau dia tinggalkan kau,  akan aku pancung kepala dia. " Maria membuat aksi potong leher membuatkan Snow tergelak kecil. 

Maria sedikit lega melihat Snow tersenyum meskipun sekadar untuk beberapa saat.  Snw mengesat air mata yang masih bersisa dengan telapak tangan. Dia lega kerana Maria peka dengan perubahan yang berlaku dalam perhubungannya dengan Ice. 

"Maria,  kau rasa Ice betul-betul sayangkan aku ke? " Snow tiba-tiba menyoal Maria.

"Sayang?  girl, he's crazy about you. Kalau tak,  dah lama dia tinggalkan kau untuk gadis-gadis gedik yang tak reti penat cuba tarik perhatian dia tu. " Maria terbayang peristiwa beberapa pelanggan wanita yang cuba menggatal dengan Ice.

Tapi Ice tetaplah Ice. Jika dia menjawab tak nak atau tidak berminat, maka itu petanda baik. 

Tapi kalau dia hanya diam dan memberikan renungan maut, maka cadangan yang terbaik adalah mengangkat kaki dan beredar dengan kadar segera. 

Sudah terang lagikan bersuluh,  Ice hanya mempunyai Snow di dalam hatinya.  Tiada wanita lain yang boleh menggantikan Snow. 

"Entahlah,  Maria. Aku sebenarnya takut. Sebab dah beberapa hari aku asyik mimpi pasal Ice. " Beritahu Snow. 

Sudah alang-alang Maria menyoal,  dia terasa mahu berkongsi cerita dengan Maria mengenai mimpi yang dialami olehnya sejak beberapa hari lepas. 

Maria membeliakkan mata dengan senyuman yang tersungging di bibir.  

"Ok,  aku rasa kau tak perlu beritahu secara detail pasal mimpi basah kau tu, " Maria mengekek ketawa.

Pipi Snow berubah merah padam. Dia mencubit lengan Maria yang berada di atas meja. Sambil ketawa,  Maria menggosok lengannya yang dicubit Snow. 

"Isy,  bukan mimpi itulah. Otak blues betul " Snow geram. 

"Dah tu?  apa masalahnya kalau kau mimpikan Ice? " Tanya Maria tidak faham. 

Snow menggigit bibir lagi. Dia selalu bertindak begini jika berada dalam keadaan tidak pasti,  atau nervous.

Maria kembali serius demi melihatkan reaksi Snow.  Mimpi apa pula yang dikatakan oleh Snow? 

"Actually, aku mimpi yang Ice tinggalkan aku. " Seakan berbisik Snow memberitahu Maria. 

"Snow, mimpi tu mainan tidur. Agaknya kau fikir sangat kut pasal sikap Ice sampai terbawa dalam mimpi. " Kata Maria. 

Snow menggelengkan kepala perlahan-lahan. "Mimpi tu macam betul-betul berlaku.  Dalam mimpi tu aku nampak Ice tunggang kuda putih dan tinggalkan aku. Aku menangis,  aku cuba panggil dia tapi suara aku tak boleh keluar. "

Keresahan Snow melekat di hati Maria. Takut Snow menjadi stress memikirkan tentang Ice lantas terbawa-bawa sehingga ke alam mimpi. 

"Bila kau mimpi macam ni? " Tanya Maria. 

"Setiap malam. " Suara Snow menjadi semakin perlahan. "Mungkin ini satu petanda,  Ice memang betul-betul akan tinggalkan aku, kan? " 

Maria terdiam. Mimpi yang berulang sememangnya adalah satu petanda. Tapi,  mungkin juga mainan tidur.

Melihatkan Maria yang membisu membuatkan air panas kembali bertakung di tubir mata Snow. 

Maria tidak mampu mengeluarkan kata. Dia hanya mampu menggenggam tangan Snow. Di dalam hati,  Maria berdoa agar mimpi Snow hanyalah sebuah mainan dan bukannya suatu petanda. 

***


Puan Mona meminta Ice menemaninya berjalan-jalan di ladang bunga Encik Henderson,  pembekal barangan di cafenya sejak bertahun lama. 

Sambil memimpin lengan Ice,  mereka berjalan perlahan-lahan merentasi jalan yang berbukit. 

Dataran gunung yang menghijau menjadi kontra dengan permaidani bunga yang berwarna ungu, biru,  merah dan kuning. Kenikmatan pemandangan indah ini diiringi dengan tiupan angin dingin,  membawa bersama keharuman yang dikeluarkan oleh bunga-bunga tanaman Encik Henderson.

"Mari, kita duduk sana, " Ajak Puan Mona ketika dia ternampak sebuah gazebo. berdekatan dengan dataran bunga violet. 

Ice menurut,  memimpin Puan Mona menuruni tangga batu menuruni anak bukit sehingga ke gazebo sebelum melabuhkan punggung di sebelah wanita itu. 

Mereka sama-sama menjatuhkan pandangan ke arah sungai biru yang menjadi sempadan antara ladang bunga dengan ladang epal yang bewarna merah. Flying fish bewarna silver melompat-lompat ke udara sebelum tenggelam semula ke dalam air, membuat tarian percuma untuk tayangan mata mereka berdua.

Bunga Sowdrop yang mekar di bibir sungai membuatkan Ice tersenyum. Serta-merta dia teringat kepada Snow dan saat kali pertama dia datang ke ladang En. Henderson.

Dia yang merancang,  meminta izin untuk ke ladang En. Henderson buat kali pertama bersama Snow. Di waktu itu,  dia hanya mahu berkawan dengan Snow.

Itu adalah pertama kalinya jantung Ice terasa hangat, memikirkan bahawa dia akan berduaan dengan seorang gadis ke suatu tempat. 

Sebelum ini,  walaupun dia ke blind date yang ditentukan oleh ibunya,  hati Ice terasa kosong. Tidak sama seperti ketika dia bersama dengan Snow. 

"Awak nak kongsi dengan saya,  punca awak tersenyum lebar? " 

Ice mengalihkan pandangan ke arah Puan Mona. Puan Mona mengangkat kedua kening ke atas,  membuatkan Ice terasa segan. 

"Err,  tak ada apa. " Ice garu kepala. 

Puan Mona ketawa dengan gelagat Ice. Macamlah dia tak tahu perkara yang sedang bermain di dalam fikiran Ice. Dia juga pernah muda,  pernah mengalami perkara yang sama dirasakan oleh Ice sekarang ini. 

"Awak tahu,  Ice. Kalaulah saya ada anak perempuan, saya pasti akan kahwinkan dia dengan awak. " 

Ice menoleh sekali lagi ke arah Puan Mona,  tetapi wanita itu memandang jauh ke hadapan. 

"Ish,  Puan ni, " Ice terasa wajahnya tegang. Malu.

Selama bekerja di cafe milik Puan Mona, kadang-kadang Ice terfikir sendiri berkenaan satu perkara. Kenapalah Permaisuri Caroline tidak boleh menjadi seorang ibu seperti Puan Mona.

Kalaulah dia mendapat Puan Mona sebagai ibu,  alangkah bahagianya hidup.

"Don't be shy. Walaupun saya tak ada anak sendiri,  tapi at least saya ada Snow. Saya dah anggap dia sebagai anak saya. "

Ice menggosok leher. Dia sudah mula menangkap topik yang mahu dibicarakan oleh Puan Mona.

"Puan ajak saya ke sini sebab Snow ke? " Teka Ice.

Puan Mona mengalihkan pendangannya kepada Ice. "Yes, "

Ice menelan liur. Tiba-tiba peluh dingin datang menyapa tubuh. Dia tahu Puan Mona menyayangi Snow seperti anaknya sendiri.

Tetapi tidak pernah pula Puan Mona menghalang hubungannya dengan Snow sebelum ini.

"Err,  Puan Mona nak cakap apa? "

"Awak ada masalah dengan Snow ke? " Puan Mona terus menyoal Ice.

"Masalah?  tak ada. " Balas Ice.

Puan Mona menikam wajah Ice dengan mata kelabunya.  "Snow pernah beritahu awak tentang kali pertama dia datang ke Greenland?"

Ice tidak tahu jawapan yang perlu diberikan. Dia tidak pernah menyoal tentang latar belakang Snow. Hanya yang dia ketahui adalah Snow itu anak yatim piatu.

Dan dia juga tidak peduli. Dia sayangkan Snow,  itu sahaja yang penting baginya. Dia bahagia selagi Snow di sisinya.

"Tak. Penting ke? " Tanya Ice.

Puan Mona mengangguk. "Snow bersendirian semasa dia tiba di Greenland. Tiada rumah,  tiada saudara-mara ataupun rakan,  dengan duit yang hanya cukup-cukup untuk bertahan selama seminggu. Awak tahu apa yang saya terfikir masa dia masuk ke dalam cafe?"

Ice menggeleng. "Apa yang puan fikirkan?"

"Dia totally lost." Kata Puan Mona.

Garis kedutan di dahi Ice kelihatan,  menandakan dia tidak mengerti dengan kenyataan Puan Mona.

"Apa maksud Puan Mona?  Apa sebenarnya yang berlaku pada Snow? " Fikiran Ice menjadi kacau.   Bimbang jika Snow pernah berdepan dengan perkara-perkara buruk. 

"Stay calm,  young guy. Saya maksudkan diri Snow. Dia langsung tak ada perancangan. Dia tak tahu ke mana mahu pergi,  atau perkara yang mahu dilakukan dalam hidup. She just follow the flow. Bagi orang lain mereka pasti curiga tapi deep down,  saya tahu yang Snow merupakan gadis yang baik.  Dia cuma perlukan sebuah tempat yang boleh membuatkan dia rasa diperlukan. Sebab tu,  saya tawarkan dia untuk bekerja di cafe. And I was right."

Ice mendengar dengan teliti kisah yang disampaikan oleh Puan Mona. Dia langsung tidak tahu tentang perkara ini.

"Kenapa puan ceritakan semua ni pada saya? " Ice khuatir. Adakah Puan Mona meragui tentang perasaannya kepada Snow?

Kalau Puan Mona menyangka bahawa dia mahu mempermainkan perasaan Snow,  dia akan membuktikan bahawa tanggapan wanita itu salah.

"Ice, awak betul-betul sayangkan Snow? "

"With all my life, " Tegas Ice.

"Good then. Kalau macam tu,  awak janji akan terus jaga dia lepas saya tiada? "

Ice tersentak. "Hah? "

Puan Mona membetulkan selendangnya yang melurut di bahu sebelum meleraikan kekeliruan Ice.

"Saya sebenarnya sakit,  Ice. Dan waktu saya semakin singkat. "

Ice memegang bahu kiri Puan Mona. "Puan?!"

Segaris senyuman manis diukir oleh Puan Mona. Dia menepuk tangan Ice yang berada di bahunya beberapa kali.

"Tak apa. Saya tak sedih,  malah gembira kerana akhirnya saya akan bersama semula dengan my love life,  arwah suami saya. "

"Tapi puan, semua ni too sudden. Sejak bila puan sakit?  puan sakit apa? " Ice jelas terkejut dengan berita yang didengari olehnya.

Sukar dipercayai Puan Mona yang selaku tertawa dan ceria ini sebenarnya sedang berlawan dengan kesakitan.

"Oh well,  bila awak dah tua penyakit pun akan datang bertandang.  Penyakit saya tak penting Ice,  perkara yang penting ialah my dying wish. Saya nak tahu,  kalau saya ada permintaan,  awak akan tunaikan untuk saya? " Pinta Puan Mona.

Ice menganggukkan kepala perlahan-lahan. "Anything I can,  ma'am"

Puan Mona puas hati. Dia tahu Ice lelaki yang terbaik untuk Snow.  Tetapi mereka. berdua masih muda.  Perjalanan mereka masih jauh ke hadapan andai maut tidak memisahkan nyawa dan badan.

"Snow gadis yang baik tapi hatinya sangat rapuh. Saya tahu awak sayangkan dia,  tapi Snow masih muda. Saya selalu pesan pada dia supaya menyambung semula pelajaran,  tetapi dia berdegil tidak mahu dan mahu bekerja di cafe sehingga tua. The thing is,  saya takkan ada bersama dia untuk jangka waktu yang lama. and she need someone to protect her, " Bicara Puan Mona.

"I'll protect her. Saya cintakan Snow,  saya takkan sia-siakan dia. " Jamin Ice.

"Saya tahu. Tapi, orang yang boleh lindungi Snow adalah dirinya sendiri. Dia perlu menjadi insan yang kuat supaya dapat menempuhi cabaran yang mendatang. Siapa tahu cabaran yang sedang menanti awak berdua di masa hadapan?"

Ice mati kutu. Dia mula tersedar tentang rahsia yang disimpannya daripada Snow. Keluarga Royal Iceland tidak boleh mengahwini rakyat kebanyakan.

Itu adalah sumpah yang dikenakan ke atas keluarga diraja Royal Family Iceland sejak beratus tahun lamanya.

Puan Mona menggenggam lengan Ice,  meminta perhatian lelaki itu supaya melihat ke arahnya.

"Saya minta maaf kalau awak terasa,  Ice. Saya cuma nasihatkan sebagai seorang ibu. Saya tahu awak boleh jaga Snow,  tapi Snow perlu belajar menjaga dirinya dahulu. " Pesan Puan Mona.

Ice mengangguk lemah. " No, saya faham. "

"Dan kalau betul awak masih sayangkan Snow, jangan buat dia fikir yang sebaliknya. Awak tahu Snow risau awak dah tak sayangkan dia macam dulu?" Tanya Puan Mona.

Bulat mata hitam Ice mendengar soalan Puan Mona.

"Eh,  kenapa pula? "

"Maria beritahu saya masa dia call tadi. Dia beritahu yang Snow menangis, sebab dia rasa awak dah bosan dengan dia, dah tak sama macam dulu.  Nampaknya awak ada banyak penjelasan yang perlu dibuat,  Mr. Ice" Puan Mona tersengih.

Ice yang mendengar perkara itu membuat face palm di dalam kepala. "Snowflakes, kenapalah dia boleh terfikir sampai macam tu, "

"Like I've said,  hati Snow sangat rapuh. Apapun masalah yang awak hadapi, jangan sampai Snow salah faham." Pesan Puan Mona.

Ice mengeluh berat. Dia tidak berniat mahu membuatkan Snow menangis dan salah faham. Memang sejak beberapa hari ini dia tertekan,  tetapi disebabkan oleh Whisper.

Si gadis ahli sihir itu masih belum menghantar stok glamour potion yang diperlukan olehnya. Sejak dia mengetahui tentang Snow,  Whisper terus menyepi.

Dan sekarang Ice benar-benar risau. Apakah yang akan berlaku andai Snow. melihat dirinya yang sebenar tanpa glamour potion?




No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...