Monday 17 December 2018

Wicked Love 34

Whisper termenung di dalam bengkel. Dia tahu bahawa dia sudah terlewat menghantar bekalan glamour potion kepada Ice.  Sebenarnya dia sengaja melewatkan pemergian ke Green Village. Sekadar mahu menggertak putera itu supaya tidak sesekali mempermainkan Whisper.

Walaupun Ice putera raja,  namun malangnya Whisper tidak pernah tunduk kepada sesiapa. Ice tidak akan dapat bekalan glamour potion lagi seandainya dia tidak berterus-terang tentang identitinya kepada Snow,  teman wanita Ice itu tentang statusnya sebagai pewaris tahta Iceland.

Whisper hanya memberikan peluang kepada Ice menggunakan glamour potion untuk membuat huru-hara dalam kalangan Royal Iceland family. Tapi, perbuatannya memakan diri apabila Ice kini mempunyai teman wanita.

Puk!

Whisper mengetuk kepala dengan genggaman tangan. Dia kemudiannya memandang ke lantai kayu yang menjadi syiling bengkel.

"Dear tok guru yang kusayangi dan hormati,  tolong maafkan aku sebab dah langgar pantang-larang supaya tak menggunakan magis sesuka hati.  I promise to fix this, " Whisper membuat tanda bersilang pada hati.

Dia kemudiannya memandang sebuah beg sandang bewarna hijau lumut yang berada di atas meja. Beg itu berisi glamour potion yang akan dihantar kepada Ice.  Whisper membuat muka geram apabila terbayang wajah Ice di situ. Dia akan ke Green Village untuk mencari Ice pada waktu malam nanti.

Sekarang dia mahu memikirkan kawasan tempat tinggal yang baru untuknya dengan Stella. Berita hangat tentang ratusan anak gadis yang hilang di dunia magis membuatkan Whisper gusar. Dia bukannya bodoh. Dia tahu kejadian kehilangan anak dara sunti itu mempunyai kaitan dengan peristiwa silam yang pernah berlaku ratusan tahun dahulu.

Whisper yang sedang berfikir terganggu apabila mendengar ketukan bertalu-talu di muka pintu.

"Stella, Bisinglah. Masuk!"

Stella masuk dengan keadaan takut sebaik dia membuka pintu.  Whisper menjadi pelik melihat kelakuan pembantunya.

"Kenapa?"

Stella tidak menjawab, Sebaliknya menarik lengan Whisper supaya segera ke tingkat atas. Hampir terjatuh Whisper daripada kerusi yang didudukinya akibat tenaga Stella.

Whisper mengikut langkah Stella sehingga ke bahagian luar rumah. Whisper yang hairan menjadi panik. Genggaman Stella yang kuat di tangannya menyedarkan Whisper bahawa dia tidak berilusi.

Di hadapannya,  kebun bunga dan kebun herba yang menjadi salah satu mata pencarian bertukar kehitaman seperti hangus terbakar.

Whisper memandang sekeliling kawasan rumahnya yang dipenuhi hutan rimba. Dia tahu, Ada sesuatu yang sedang memerhatikan mereka di saat ini.

Dengan menayangkan wajah selamba,  Whisper menggerakkan bibirnya perlahan untuk memberikan arahan kepada Stella.

"Stella, Turun bawah dan ambil potion yang aku dah siapkan. Jangan tunggu aku. Terus lari."

Stella merenung Whisper. Tangannya semakin kuat menggenggam lengan Whisper.

Keengganan Stella beredar menyelamatkan diri membuatkan Whisper terasa hiba. Kesetiaan Stella di kala ini tidak akan dapat menyelamatkan nyawa mereka berdua. Andai maut datang menjemput, Whisper rela andai dia yang dijemput pergi.

"Kau takkan mampu lawan musuh yang ini  Stella. Jangan degil. Pergi!" Arah Whisper.

Perlahan-lahan Stella melepaskan pautannya. Tanpa menunggu sesaat pun dia berlari masuk ke dalam rumah. Kakinya laju dibawa menuju ke bengkel yang terletak di bawah tanah untuk mengambil potion yang dimaksudkan oleh Whisper.

Glamour potion adalah magis kuno yang boleh menukar fizikal seseorang. Seandainya potion ini jatuh ke tangan ahli sihir yang salah, kemudaratan besar pasti akan berlaku.

Sementara itu, Whisper yang kekal berdiri di tempatnya mempamerkan riak selamba meskipun hatinya diruntun perasaan takut.

Dia menapak menuruni tangga. Sebaik kakinya menjejak rumput, Kawasan sekelilingnya menjadi gelap. Tiada cahaya yang kelihatan walaupun tadi cahaya matahari memancar di atas kepala.

Whisper hanya pernah mendengar kisah mengenai tetamu yang tidak diundng ini, tapi ini adalah pertama kalinya dia berhadapan dengan insan sebenar. Adrenalin di dalam tubuh Whisper berlari deras.

Perasaan teruja dan takut bersatu di dalam diri Whisper. Nampaknya sudah terlambat bagi dia dan Stella untuk melarikan diri.

"Jadi, Betullah. The famous Luther Fang dah kembali?" Laung Whisper.

Beberapa saat kemudian seorang lelaki muncul di hadapan Whisper. Buat seketika hatinya memuji kekacakan yang dimiliki oleh lelaki di hadapannya ini.

Damn it. Kenapa lelaki kacak mesti menjadi villain?

Lelaki itu tidak bersendirian, sebaliknya diekori oleh sebuah bayang gergasi. Whisper menjungkit sinis tatkala melihat objek bayangan tersebut.

Tiga ekor Manticore berbulu perang keemasan muncul di hadapannya. Seekor Manticore yang berada di sebelah lelaki itu menderam ke arah Whisper. Bengang barangkali dengan reaksi Whisper.

"Is that your cat?" Tambah Whisper dengan muka pura-pura tak tahu.

Dia sengaja melengahkan masa agar Stella dapat lari. Whisper tidak menyangka Luther Fang akan dapat menemuinya lebih cepat dari yang dijangkakan. Di saat ini dia hanya memikirkan tentang Stella.  Stella perlu meneruskan kehidupan, seandainya dia dijemput oleh maut terlebih dahulu.

"Kau tidak nampak terkejut" Suara Luther Fang membuatkan lutut Whisper seperti mahu mencair.

Tak guna betul. Suara dia pun kedengaran merdu di telinga Whisper.

Whisper mengetap gigi. Dia tidak akan sekali-kali jatuh ke dalam perangkap Luther Fang.

Dia tahu antara keistimewaan yang dimiliki oleh Luther Fang ialah set lelaki idaman yang menjadi kegilaan wanita. Kerana keistimewaan itulah membuatkan Luther Fang mampu mengawal dark creature wanita dengan menggoda mereka.

Tapi. Whisper bukan ahli sihir wanita yang polos. Dia sedar Luther Fang ibarat serigala yang berselindung di sebalik bulu biri-biri.

"Kau nak apa?"Tanya Whisper kasar menghantar isyarat bahawa dia imun dengan godaan Luther Fang.

Luther Fang malahan bangga apabila reaksi Whisper menunjukkan bahawa dia tidak tersalah alamat.  Malah,  gadis kecil yang melayannya dengan kasar ini adalah ahli sihir yang dicari.

"Sesuatu yang menjadi kepunyaan aku."

"And that is?"

"Magician ketujuh"

Whisper meletuskan ketawa manakala Luther Fang hanya tersenyum kecil.

"Semua orang tahu Magician ketujuh dah lama mati, you know, dalam proses menangkap kau dulu" Ketawa Whisper.

Manticore mengaum marah.  Ngauman suaranya membuatkan tanah bergegar di bawah tapak kasut lantas mematikan tawa Whisper. Luther Fang menepuk kepala Manticore, menenangkan haiwan peliharannya itu.

Dia masih perlukan Whisper untuk mencari Magician ketujuh,  wanita yang bakal menjadi permaisurinya itu.  Dan bersama-sama mereka akan memerintah dunia gelap dan dunia magis.

"Kawan aku ni dah lama tidak merasakan daging manusia. Dan menjaga dia sejak kebelakangan ni menjadi begitu sukar tanpa hidangan istimewanya"Luther Fang menghantar ugutan halus.

Whisper menyengetkan bibir. "Is that a threat?"

"Bergantung pada pilihan kau."

"Pilihan apa?" Tanya Whisper.

"Magician ketujuh. Siapa pewaris dia?"

Whisper menelan liur. Dia membalas renungan Luther Fang dengan pandangan kosong.

"Aku tak tahu"

Luther Fang menggelengkan kepala. Kesal dengan kedegilan Whisper. Dan. dia bukanlah seorang lelaki yang penyabar.

"Wrong choice"

Manticore yang berada di sebelahnya menerpa ke arah Whisper dengan ngauman kuat seperti petir membelah bumi.  Ketika tubuhnya hampir menerkam Whisper,  tiga buah bebola api muncul dan menarik perhatian Manticore tersebut.

Beberapa saat berlalu sebelum bebola api tersebut membesar dan membentuk seekor phoenix api.  Nyalaan apinya begitu kuat dan marak,  sepertinya ingin membakar Manticore yang cuba mencederakan Whisper.




Dalam keadaan itu,  Whisper terasa sesuatu memegang bahunya sebelum dia ditarik ke belakang. Suasana gelap yang mengelilinya tadi terus hilang diganti semula dengan keadaan halaman rumahnya yang terbakar.

"Stella, Aku suruh kau lari" Jerit Whisper setelah menyedari insan yang menariknya keluar dari kunci bayangan Luther Fang yang memerangkap mangsa di dalam kegelapan.

Tanpa mengendahkan kemarahan Whisper, Stella memimpin tangan gadis itu dan berlari ke dalam hutan. Dia tidak mungkin tega membiarkan Whisper bersendirian memerangi musuh.

Derap kaki Manticore kedengaran begitu jelas dari bahagian belakang mereka apabila seekor Manticore melompat dari arah belakang. Dedaunan yang berguguran melompat tinggi ke udara apabila Manticore itu mendarat ke tanah bersama ngauman yang membingitkan.

Stella dan Whisper kini terkepung antara dua ekor Manticore yang berada di belakang dan hadapan mereka.

"Aku beri kau peluang, Woman. Beritahu aku apa yang aku mahu," Luther Fang muncul dari atas kepala Manticore yang berada di hadapan.

Berdiri tegak dengan gaya seorang raja yang memberi titah perintah kepada rakyatnya.

"Go to hell" Jawab Whisper.

Luther Fang mengukir senyum. Manticore yang berada di belakang menegakkan ekornya yang berbentuk kala jengking dan cuba menikam tubuh Whisper.

Stella menolak tubuh Whisper sebelum membuat gegelung api, Menyebabkan Manticore yang cuba menyerang tadi mengaum kesakitan apabila ekornya terbakar.

Whisper yang tidak bersedia dengan tolakan Stella terjatuh bergolek ke bahagian bawah akibat keadaan yang sedikit berbukit.

"Finish her," Arah Luther Fang sebelum melompat turun dari kepala Manticore hadapan untuk. mendapatkan Whisper.

Whisper bingkas bangun, Namun dia kembali terduduk apabila terasa ngilu di bahagian kaki kanan. Bulat matanya melihat sebatang ranting tajam melekat di peha. Whisper menggigit bibir, Menahan pedih.

Luther Fang meluncur turun dan berdiri tegak di hadapan Whisper. Senyuman kecil masih terukir di wajahnya.

Whisper mengesot ke belakang apabila Luther Fang semakin menghampiri. Bunyi ngauman yang berlaku di bahagian atas membuatkan Whisper kerisauan akan keselamatan Stella.

Dua manticore melawan seorang mage api. Whisper berharap agar Stella dapat bertahan.

"Come on wise girl. Aku cuma nak tahu di mana pewaris Magician ketujuh. That's all."

"Aku cuma seorang herbalists. Aku tak tahu apa-apa pasal Magician ketujuh atau pewaris dia"

Luther Fang menghalakan tangan ke arah Whisper. Cahaya hitam berbentuk kilat muncul dengan laju ke arah Whisper.

Whisper mengangkat tangan, Menutup wajahnya daripada serangan Luther Fang. Serangan yang dilancarkan Luther Fang mengenai batang pokok yang berada di belakang Whisper.

"Oops, Terlepas sasaran pula."

Whisper menarik nafas yang tercungap. Dia tahu Luther Fang sekadar memberikan amaran.

"Aku boleh selamatkan kawan kau," Pujuk Luther Fang.

Di saat itu juga seekor Manticore melompat turun dan mendarat di belakang Luther Fang. Beg potion hijau lumut yang berada bersama Stella dilempar ke arah Whisper.

Detak jantung Whisper seakan terhenti berdenyut. Kesan darah pekat yang masih baru pada beg tersebut membuatkan dia hilang separuh nyawa.

"Or....not" Tambah Luther Fang dengan senyuman lebar.

Whisper merenung Luther Fang dengan penuh riak kebencian. Dia menahan diri daripada menangis di hadapan Luther Fang.  Dia lebih rela mati daripada membiarkan lelaki itu meraikan kesedihannya.

Luther Fang menurunkan sebelah lutut ke tanah, Menyamakan pandangannya dengan Whisper.

"Jangan salahkan aku. Dia takkan mati kalau kau tak berdegil dari mula. But hey, Sekurangnya kau masih hidup." Luther Fang mengejek.

Whisper meludah ke muka Luther Fang. Manticore yang berada satu kaki di belakang Luther Fang menderam kuat apbila tuannya diperlakukan begitu.
Luther Fang mengesat air ludah Whisper yang masih melekat di wajahnya.

Pang!

Pipi kiri Whisper menerima tamparan sulung dari Luther Fang sehingga dia terjatuh meniarap.

Whisper mengerang sakit sambil memegang pipi yang terasa kebas. Belum sempat mengesat darah yang mengalir di bibir, Rambutnya direntap kuat oleh Luther Fang.

Dia terasa jijik apabila hembusan nafas hangat lelaki itu mengenai telinga kirinya.

"Where is she?"

"Go to hell!!!" Whisper menjerit sepenuh hati.

"Kau rasa dari mana aku datang?"

Luther Fang menarik rambut Whisper, Memaksa gadis itu berdiri. Terasa bagaikan ingin tercabut akar rambutnya daripada kulit kepala. Kolam mata Whisper tidak mampu dibendung lagi. Air matanya tumpah jua dek kerana kesakitan yang dialami.

"Fine, Aku beritahu" Jerit Whisper sambil membuat tanda okay.

Luther Fang memusingkan badan Whisper dan memegang pinggang gadis itu. Rambut Whisper yang melekat daun kering diusap oleh Luther Fang. Keadaan mereka pastilah romantik andai Luther Fang bukan seorang villain.

Whisper menggenggam tangan dan dengan pantas menumbuk pipi Luther Fang. Pautan tangan lelaki itu yang berada di pinggangnya terlepas menyebabkan Whisper kembali tersembam ke tanah.

Manticore yang berada di belakang Luther Fang mengaum lantas menerpa ke arah Whisper.

Pergerakan Whisper yang agak tersekat menyebabkan dia terpelanting ke sebatang pokok apabila ditepis oleh kaki Manticore.

Whisper mengerang kesakitan. Manticore yang menyerangnya hampir-hampir memijak tubuh Whisper andai tidak dihentikan oleh Luther Fang.

"Feisty. Kau sepatutnya menjadi pengikut aku." Kata Luther Fang. Tangannya mengusap dagu dan pipi yang menerima habuan daripada Whisper.

"Macam kau cakap, Akukan bijak orangnya."

Luther Fang ketawa sambil menggelengkan kepala. "Sayangnya kebijaksanaan tu akan terkubur"

Whisper menarik nafas dalam-dalam. Andai begini pengakhiran hidupnya, dia merelakan.

"Boleh aku cakap sesuatu?"

Luther Fang kembali merendahkan lutut di hadapan Whisper. Dia menjungkit kening, Mengisyaratkan agar Whisper meneruskan kata-kata terakhir.

"Aku cuma nak cakap yang kucing kau sangat hodoh."

Kedegilan Whisper membuatkan Luther Fang teruja. Dia tidak akan membunuh Whisper dengan mudah. Sebaliknya gadis seperti Whisper perlu 'diajar'.

Bibir Luther Fang  bergerak-gerak membaca sesuatu. Anak matanya hilang ke atas disusuli dengan cahaya kilat yang muncul secara tiba-tiba di dada langit.  Manticore yang berdiri di belakang Luther Fang mengaum ketakutan sebelum menundukkan kepala tepat ke tanah, seperti mengetahui perkara yang bakal dilakukan oleh Luther Fang.

Bunyi panahan petir adalah perkara terakhir yang diingati oleh Whisper sebelum segalanya menjadi kelam.

***

Whisper meletakkan kepalanya di pusara Stella. Sudah seminggu dia menangisi pemergian Stella.  Sepanjang waktu itu dia langsung tidak bergerak dari merenung pusara Stella.

Kematian Stella tidak mungkin akan dilupakan oleh Whisper. Ketika dia menemui mayat Stella, gadis malang itu tergantung di atas pokok. Ekor Manticore belaan Luther Fang menikam perut Stella sehingga menembusi batang pokok tersebut.

Kelopak mata Stella yang terbeliak bagaikan merenung sayu ke arah Whisper. Biji mata itu yang dulunya bersinar galak memandangnya kini malap tanpa cahaya. Hanya dalam masa beberapa minit sahaja,  Whisper hilang segalanya.

Namun sekurangnya kematian Stella tidak sia-sia. Mayat seekor Manticore yang terbakar seluruh badan dengan ekornya yang terputus memberitahu Whisper bahawa Stella telah berjuang sehabis daya.

Whisper merenung pula keadaan dirinya yang dipenuhi bulu.  Luther Fang,  lelaki durjana itu telah mengenakan transform spell kekal ke atas dirinya. Kini Whisper tidak mampu mengubah diri menjadi manusia semula. Dia akan terkurung di dalam badan kucing hutan ini.

Tapi,  dia ialah Whisper. Jika Stella boleh berjuang habis-habisan, dia juga tidak sepatutnya menyerah kalah dengan begitu mudah.

"Thank you Stella. Aku takkan lupakan jasa kau "

Whisper duduk di hadapan pusara Stella yang dikoreknya sendiri. Walaupun bulunya kini dipenuhi dengan tanah,  Whisper tidak kisah dengan semua itu.

"Aku akan cari Ice.  Aku perlu beri amaran pada dia tentang Luther Fang. I am so stupid. Kenapa aku tak ingat yang kemungkinan teman wanita dia tu adalah pewaris magician ketujuh." Whisper mengesat tanah yang melekat di pipi.

Bunyi dentuman guruh di langit membuatkan kepalanya terdongak ke atas. Awan hitam sejak semalam tidak henti-henti menurunkan isi kandungannya ke bumi. Whisper tahu dia harus segera beredar mencari perlindungan.

Dengan keadaannya yang telah kekal dengan tubuh kucing hutan ini,  dia juga harus lebih berhati-hati terutamanya jika ke dunia manusia untuk mencari Ice.

"Goodbye Stella"

Whisper menggigit tali beg sandang dengan gigi taringnya, meninggalkan pusara Stella dengan hati yang berat. Dengan setiap langkah,  gigitan Whisper pada tali beg menjadi semakin kuat.  Sedaya upaya dia cuba untuk tidak menangis.

Walaupun sedih dia perlu segera meninggalkan pusara Stella dan mencari Ice. Whisper berdoa agar dia tidak terlewat. Jangan sehingga Luther Fang yang menemui Ice terlebih dahulu.

Dan awan mula menjatuhkan rintik hujan, ibarat air mata Stella yang mengiringi pemergian Whisper.



No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...