Monday 31 December 2018

Priya 1





Shraddha Kapoor as Priya




***


Until the Dancing Heavens Fold,
Until Time Itself Burns like Flame,
I live with Secrets Purposely Untold,
This Well of Desire, mute and unclaimed.
Painting my Colours across the Quay,
Waiting, Praying, for You to See.
Until the Sun cease to Radiate,
Until the Moon no longer Hugs the Tide,
I live in Yearning and I wait,
But my Musings I simply cannot Hide,
And this my Existence Shall Ever Be,
Waiting, Yearning, for You to See
Me.
~Morgan~


***

"Kenapa? " Puan Sharmila menyoal anak perempuan sulungnya yang duduk di sofa hadapan.

Encik Jamal, suaminya hanya diam membisu di sebelah. Tidak berani untuk bersuara apabila isterinya sudah membuka mulut.  Perkahwinan selama hampir 30 tahun mengajar Encik Jamal tentang banyak perkara,  terutamanya tidak menyampuk sewaktu isterinya sedang berbicara tentang perkara yang serius.

Dan sekarang dia hanya mampu memandang dengan wajah kasihan melihatkan wajah monyok anak kesayangannya. Hendak membantu,  dia takut pula akan mengeruhkan lagi keadaan.

Simply said,  dia bukannya Alpha male dalam perkahwinannya dengan Puan Sharmila.

"Priya belum bersedia,  Amma, " Jawab Priya.  Matanya dijatuhkan ke lantai,  melihat kaki yang berbalut stokin putih.

Takutnya terhadap kemarahan ibu hanya 25% dan selebihnya adalah kerana tidak sanggup melihat kekecewaan yang terpamer di wajah bonda kesayangannya ini.

Dia tahu ibunya kesal apabila dia menolak pinangan daripada saudara sebelah ibunya tadi.  Dia juga faham betapa Amma menaruh harapan yang tinggi untuk berbesan dengan saudaranya itu. Tetapi apakan daya,  perkahwinan bukannya sebuah perkara yang boleh dibuat main.

Bagaimana hendak berkahwin jika dia memang tiada keinginan untuk menamatkan zaman bujang?

Setidaknya bukan dengan Narendran. Lelaki sebaik itu berhak mendapatkan wanita yang lebih baik. Seorang wanita yang boleh menerima dirinya sebagai teman hidup kerana Priya tidak mampu melakukannya.

"Priya, cuba beritahu Amma berapa lama lagi baru kamu nak sedia untuk berkahwin? atau kamu dah ada pilihan hati? "

Soalan Amma membuatkan Priya tersentak. Walaupun Amma hanya serkap jarang dengan soalannya itu,  namun jantung Priya tetap berdegup pantas seperti dia baru sahaja membuat larian marathon.

Selama ini tidak pernah pun dia membawa walau rakan lelaki ke rumah. Malah,  hidupnya diisi dengan lambakan tugas di tempat kerja yang tidak berkesudahan. Jika ada msa terluang pula,  Priya biasanya akan keluar bersama rakan-rakannya.

"Tak ada,  Amma, " Jawab Priya perlahan.

"Dah tu?  Kawan-kawan kamu ramai dah yang kahwin atau sekurang-kurangnya ada juga teman lelaki.  Tapi kamu? " Amma terus-menerus menyuarakan ketidakpuasan hatinya.

Priya mengecilkan diri. Terasa dirinya masih kanak-kanak lima tahun yang dimarahi akibat membuat kesalahan. Tapi di hanya menyuarakan kejujuran hati.  Dia tidak bisa menerima calon pilihan Amma sebagai suami.

"Sorry,  Amma. Bukan Priya tak teringin tengok Kawan-kawan lain yang dah bahagia dengan pasangan masing-masing. Priya pun mahukan kebahagiaan tu,  Amma. Tapi,  Priya memang tak boleh terima Narendran sebagai suami. Sekelumit perasaan sayang pun tak wujud dalam diri Priya. "Priya meluahkan segala yang terpendam di dalam hati.

Narendran, dia pernah keluar janji temu dengan lelaki itu untuk beberapa kali.  Dia akui lelaki itu seorang yang sempurna untuk dijadikan teman hidup. Akan tetapi,  sayang sekali kerana Priya tidak dapat mencintainya lebih sebagai seorang teman.

"Amma tak mahu Priya terus membujang sehingga tua. Nanti siapa yang akan jaga Priya kalau Amma dan Abba dah tiada? "

"Honey,  janganlah dipaksa hati Priya. Anggap sahajalah mereka berdua tiada jodoh untuk disatukan." Pujuk Encik Jamal.

Tersentuh juga hati Encik Jamal mendengarkan luahan Priya. Jelas Priya juga sebenarnya mahukan seorang suami di sisi.

"Masalahnya masuk kali ni dah lima pinangan yang Priya tolak. Amma tak faham,  kenapa Priya susah sangat nak buka pintu hati tu, "Geleng Puan Sharmila. Dia mengurut dahi dengan tangan kanan,  pening dengan gelagat anaknya yang seorang ini.

Anak keduanya,  Pooja akan melangsungkan pertunangan beberapa bulan lagi. Tapi,  Priya masih belum bertemu jodoh. Hati ibu mana yang tidak susah hati.  Apatah lagi mngenangkan bisikan sumbang lagi negatif yang keluar daripada mulut-mulut saudara-mara dan jiran tetangga.

"Sabarlah.  Kita doakan sahaja jodoh Priya supaya lekas datang.  Jangan terlalu lama sesat di dalam hutan. " Seloroh Encik Jamal yang akhirnya mengaduh sakit apabila dicubit pinggangnya oleh Puan Sharmila.

Priya tersenyum, geli hati dan cemburu dengan kemesraan yang masih terjalin antara Amma dan Appa. Dia juga mahukan pasangan hidup seperti Appa.  Lelaki yang akan menerima dan menyayangi dirinya biarpun dia sudah tua,  berkedut dan tidak lagi ramping seperti sekarang.

After all,  a father is every daughter first love.

"Main-main lagi. " Jegil Puan Sharmila kepada suaminya yang sedang mengaduh kesakitan sambil mengusap pinggan.

Eyeliner hitam yang dipakai Puan Sharmila membuatkan matanya yang bulat nampak menakutkan apabila dia menjegil begitu. Encik Jamal menjuih bibir,  tidak terasa langsung apabila dicubit.

"Alah, Cubit-cubit pun nanti malam honey akan cari saya juga." Encik Jamal mengenyitkan mata kepada isterinya.

Priya menoleh ke tepi,  menyembunyikan senyuman  di sebalik rambut hitamnya. Namun senyuman Priya tidak lama apabila mendengar kata-kata seterusnya yang keluar daripada mulut Puan Sharmila.

"Priya,  Amma tak kira.  Lepas ni kalau ada pinangan yang masuk,  Amma akan terima terus. Titik! "Puan Sharmila terus bangun, meninggalkan anak dan suaminya di ruang tamu.

Encik Jamal yang turut terkejut dengan pengumuman itu memanggil nama isterinya berulang kali tetapi tidak diendahkan oleh Puan Sharmila.

Priya terkedu di atas sofa. Apabila Amma sudah bertegas begitu,  memang membawa maksud tiada kompromi lagi. By hook or by crook Priya akan dipaksa berkahwin tanpa kerelaan. Mengerti dengan perasaan Priya,  Encik Jamal memandang anaknya dengan pandangan simpati.

"Nanti Abba cakap dengan Amma,  okay? " Pujuk Encik Jamal, cuba menenangkan jiwa Priya.

Tapi Priya pun tahu,  sekali isterinya itu sudah membuat keputusan bererti keputusan itu adalah muktamad. Amma telah menggunkan kuasa veto untuk mengahwinkan Priya dengan lelaki seterusnya yang akan masuk meminang.

Melihatkan Priya yang termenung,  Encik Jamal bangun daripada sofa. Meninggalkan Priya dengan fikirannya yang bercelaru. Dia mahu mendapatkan isterinya, masih belum berputus asa agar dia dapat memujuk ibu Priya itu untuk mengubah fikiran.

Sebaik tubuh Encik Jamal menghilang, kolam mata Priya terasa panas. Kalaulah Amma tahu punca sebenar dia tidak dapat menerima setiap pinangan yang hadir,  pasti Amma akan pengsan akibat serangan jantung.

Bagaimana jika dia memberitahu Amma bahawa dia tidak dapat menerima lelaki lain,  kerana hatinya sudah tertinggal di Iceland?

Mata Priya tertumpu pada surat akhbar yang berada di atas meja ruang tamu. Surat akhbar ini dibaca oleh Abba sebelum dia dipanggil turun menghadap Amma tadi berkenaan penolakan pinangan oleh keluarga Narendran. Butir perkataan yang tertulis dengan tulisan Bild hitam itu dibaca oleh Priya dengn hati yang ketat.


 ' Royal Wedding : Raja Ross sudah melamar Lola? '


Berita utama yang terpampang di muka hadapan surat akhbar itu dibaca oleh Priya sekali lagi. Pedih memanglah tidak terkata,  tetapi jika benarlah berita yang disampaikan dalam akhbar ini,  bererti dia harus menelan rasa kecewa ini untuk seumur hidup.

Jari telunjuk Priya mengusap foto Ross yang bergandingan dengan Lola,  penyanyi wanita terkenal dari Negara Api.  Mereka berdua kelihatan sama cantik dan sama padan. Lola dengan rambutnya dan mulut yang merah menyala kelihatan gembira memimpin lengan Ross.

Betapa Priya mengharapkan agar dia dapat berada di tempat Lola.  Tapi,  mana mungkin perkara itu akan berlaku. Dia hanya gadis biasa yang tidak mungkin akan wujud walaupun hanya dalam koleksi kenalan Ross.

Priya sukakan seorang lelaki,  Amma. Tapi,  lelaki tu tak mungkin akan jadi milik Priya.  


***


Kepala Ross terasa berpusing. Berita pertunangannya dengan Lola,  seorang penyanyi wanita yang sedang meningkat naik namanya secara tiba-tiba menjadi berita utama media massa.

Yang peliknya,  sejak bila pula dia melamar Lola sebagai isteri?

"What did they say? " Tanya Ross tanpa memandang ke arah pembantunya.

"Pihak media minta maaf.  Kata mereka, berita tentang pertunangan ni datang daripada pihak pengurusan Lola. Nampaknya mereka cuba naikkan nama Lola dengan membuat gosip begini. Dengan statusnya sebagai artis,  tidak hairan sekali andai berita ini dikeluarkan. " Krish,  pembantu Ross memaklumkan kepada Ross.

Riak dingin Ross dipandang bersahaja.  Ini bukan pertama kalinya dia berhadapan dengan mood tidak baik Ross. Malah,  sewaktu dia meminta pekerjaan sebagai pembantu Ross pun dia sudah sedia maklum dengan fiil kerabat diraja Iceland.

Lama sebelum dia menjadi pembantu Ross,  ayahnya pernah bekerja sebagai pembantu peribadi King Henry.
Dengan latar belakang keluarganya yang turun-temurun bekerja dengan keluarga Iceland,  Krish sudah lali apabila Ross marah.

"Beritahu mereka,  melainkan berita tu datang daripada mulut aku jangan nak memandai-mandai buat cerita. "Kata Ross.

"Baik. Saya akan maklumkan." Angguk Krish sebelum menulis arahan Ross di dalam buku notanya.

Sebaik habis menulis,  Krish mengangkat kepala. Tergaris senyuman di bibirnya melihat Ross yang masih dengan mood kelat.

"My king,  ada apa-apa yang tak kena? "Krish menyoal Ross.  Buku notanya ditutup kembali dan dipegang di sisi dengan tangan kanan.

"Saya cuma terfikir tentang majlis Night Hound. Siapa yang patut saya bawa sebagai peneman? Damn, siapa sangka memilih teman untuk ke majlis juga adalah perkara yang paling sukar bagi seorang raja." Keluh Ross.

Kedua tangannya menggaru kepala yang tidak gatal. Dia sudah serik mahu membawa mana-mana wanita sebagai peneman ke majlis. Dia hanya membawa mereka sebagai teman,  dan bukannya pasangan.

Namun, andai bukan media pasti wanita-wanita tersebut yang akan tersalah sangka dan mendambakan hubungan yang lebih intim dengannya.

"Bukan semua raja, cuma tuanku seorang sahaja yang susah memilih teman, "Kata Krish.

"Hey!" Ross mengerutkan dahi. Tidak bersetuju dengan komen Krish. "Saya tak memilih. "

"Maafkan saya,  tuanku. Maksud saya ialah teman hidup.  Bukankah lebih baik seandainya tuanku mempunyai seorang permaisuri? malah, ingin saya ingatkan bahawa tuanku sepatutnya sudah memiliki seorang permaisuri jika mengikut adat Iceland." Krish tidak bermaksud mencampuri urusan peribadi Ross. Tetapi sebagai pembantu, dia bertanggungjawab untuk mengingatkan raja muda di hadapannya ini dengan perkara itu.

Ross kemudiannya bangun daripada kerusi empuknya dan berjalan mundar-mandir di hadapan Krish.

"I know. Ayah baru sahaja soal aku tentang perkara tu semasa makan tengah hari tadi." Ross bersuara perlahan tiada semangat.

"Jadi bagaimana?  tuanku sudah membuat keputusan?"

"Belum, " Jawab Ross tanpa perasaan.

Soal perkahwinan sebenarnya tidak terlintas dalam fikiran Ross. Lagipun, dia belum menemui wanita yang boleh menerima dirinya seadanya. Setiap wanita yang hadir hanya mengenali Ross,  seorang raja muda dari Iceland. Tetapi semua wanita itu tidak tahu tentang sisi dirinya yang kedua, iaitu beliau juga adalah Shadow Knight.

Harapan Krish punah ibarat istana pasir dilanda ombak mendengarkan jawapan Ross. Nampaknya rakyat Iceland terpaksa menunggu lebih lama sebelum raja mereka ini menemukan gadis yang sesuai untuk dijadikan sebagai permaisuri.

Ross kemudiannya berhenti daripada mundar-mandir tanpa arah dan berhenti untuk memandang ke arah Krish.

"Saya tahu awak kecewa dengan jawapan saya.  Tapi,  saya nak rakyat Iceland mempunyai permaisuri yang boleh menanggung tanggungjawab negara ini bersama dengan saya.  Bukan sekadar seorang permaisuri yang menjadi public figure. Saya harap awak dan rakyat Iceland akan faham. "

Krish membalas pandangan Ross dengan perasaan kagum. Ternyata pilihan mereka dengan mengangkat Ross sebagai raja Iceland biarpun beliau half-blood bukan satu keputusan yang salah.

Krish mengangguk faham. "As you wish,  My King. Saya doakan tuanku akan menemui permaisuri yang tuanku impikan."

Ross mengucapkan terima kasih kasih dan meminta agar dia ditinggalkan bersendirian. Sebaik Krish menghilang, Ross berjalan ke arah pintu rahsia yang terdapat di dalam. pejabat ini. 

Dia akan meninggalkan Iceland untuk beberapa hari tanpa notis dan membuatkan kepala Krish menjadi pening, perkara biasa yang selalu dilakukannya.  Ada seseorang yang perlu dia temui untuk meminta bantuan berkaitan majlis Night Hound.

Ross sudah serik untuk membawa mana-mana wanita ke majlis yang perlu disertai olehnya. Kerana mereka akan mengharapkan hubungan yang serius.  Maka di dalam fikiran Ross,  hanya terdapat seorang sahaja wanita yang dia pasti tidak akan mengharapkan komitmen.

Dan wanita itu adalah Whisper.





No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...