Friday 5 July 2019

Love Ya

Love Ya 1


"Bunuh! Bunuh! Bunuh!"

Teriakan para pelajar lelaki berkumandang di udara. Nampaknya aktiviti keganasan sangat merangsang perhatian mereka. Ada juga yang sudah bersedia dengan telefon bimbit di tangan, merakamkan peristiwa yang sedang berlaku di hadapan mata.

Boom!!!

Satu aliran elektrik yang berbentuk rantai terpelanting laju ke dinding bangunan. Beberapa kepingan cat dinding dan bata berkecai menjadi serpihan kecil yang jatuh ke bumi akibat tarikan graviti.

"Wooooo!!!"

"Senak siot!!!"

"Serang la wei!!!"

Aku hanya membatukan diri. Memeluk tubuh di satu sudut sambil mengunyah chewing gum perisa mint di dalam mulut.

"Sial!!!" Teressa, princess of Medieval School yang merupakan pelajar popular dan terkaya di sekolah ini menjerit nyaring.

Baju kemeja putihnya sudah tercarik sedikit di bahagian hadapan, menampakkan baju dalamnya yang bewarna biru gelap. Lengan kemejanya di bahagian kiri juga sudah tercarik menjadi dua bahagian dengan kesan terbakar bewarna hitam pekat.

Aku kira dia tidak peduli andai bajunya terbakar di semua bahagian. Lagipun dia pernah menjadi model pakaian dalam untuk sebuah syarikat pengeluar pakaian dalam terkenal di Crystal City ini. Buktinya, billboard gambar Teressa dengan pakaian renang yang terpampang besar di bahagian Pintu mall terbesar di Crystal City.

Anyway, not that I care.

"Tsk, gerunnya aku dengan sumpahan kau tu," Ejek Moana, kawan karib aku, yang juga merupakan seteru utama Teressa.

Keyword, Moana juga merupakan pelajar popular dan paling kaya di Crystal City. Jadi mereka berdua diibaratkan seperti petrol dan api. Pantang bertemu pasti meletup. Tapi, status Moana tidaklah dapat dikenal pasti dengan lebih lanjut.

Benar, aku sendiri tidak pernah bertemu dengan ibu bapa Moana. Cuma yang aku tahu, setiap bulan Moana akan terima allowance yang melebihi pendapatan setahun semua guru di Medieval School.

Berbanding dengan keadaan Teressa, Moana cuma luka kecil di bahagian siku dan lutut.

Kulit putih melepak Teressa di wajah menjadi merah. Geram barangkali apabila diejek. Ataupun egonya yang tinggi melepasi langit ketujuh tercabar dek sindiran Moana. Dia mengangkangkan kaki dalam keadaan berdiri sambil mendepakan kedua tangan.

Satu putaran angin muncul dari hujung kakinya, menerbangkan dedaunan kering, ranting, abu, tanah, dan juga seekor kucing yang mengiau panjang. Aku mengecilkan kelopak mata dalam cubaan untuk melihat serangan yang bakal dilakukan oleh Teressa.

Teressa memiliki kuasa natural daripada keturunan keluarganya iaitu fairy, membolehkan dia memanipulasi alam semula jadi. Tetapi sayangnya dia hanya mahir menggunakan teknik angin.

Dalam beberapa saat, putaran angin Teressa yang kecil  berubah menjadi taufan angin hitam. Aku harus memberikan kredit kepadanya. Ternyata kemahiran beliau semakin meningkat.

Riak wajah Moana di ketika ini masih menayangkan reaksi selamba. Aku tidak tahu strategi yang sedang difikirkan oleh Moana, namun harapnya dia akan baik-baik sahaja.

Kening Teressa yang cantik, diwarnakan dengan warna blonde terukir membentuk huruf V. Lantaran itu putaran angin kuat tadi meluncur laju ke arah Moana dengan kelajuan cahaya.

Di saat ini, beberapa orang pelajar yang cerdik sudah berlari mendapatkan perlindungan di sebalik dinding bangunan sekolah ataupun tugu-tugu berbentuk manusia separuh bogel. Manakala beberapa pelajar yang terlambat bertindak atau tersalah sangka bahawa mereka tidak akan terkesan dengan serangan Teressa akhirnya diterbangkan oleh putaran angin beliau.

Aku berhenti mengunyah chewing gum. Sebelah tanganku menekup wajah, menghalang debu-debu yang mengganggu pandangan. Mataku terarah ke tempat di mana Moana sedang berdiri tadi namun tanah halus yang berterbangan di udara menyukarkan pandanganku untuk melihat. Dadaku terus sahaja berdetak laju, memikirkan tentang nasib Moana setelah dia tidak lagi kelihatan. Adakah dia juga sudah diterbangkan seperti mangsa-mangsa yang lain?

Beberapa mangsa Teressa yang tidak sempat lari tadi sudah tercampak ke dalam kolam, terpelanting di atas pokok dan selebihnya yang dapat kulihat terbaring di atas rumput menghijau sebesar padang stadium.

Tetapi di mana Moana?

Sedang aku tercari-cari begitu, cahaya kebiruan muncul dari celah abu tanah yang masih mengganggu pandangan, disertai dengan bunyi desiran seperti gas bocor.

Oh, Moana masih hidup. Aku mengangguk penuh kagum dan kembali mengunyah chewing gum.

Rantai besi Moana membentuk sebuah bongkah tiga segi dengan setiap sudut terbenam jauh ke dasar bumi, melindungi dirinya daripada terpelanting oleh jurusan angin Teressa. Memiliki elemen Earth, Moana mampu memanipulasi benda yang berasaskan dalam tanah seperti besi, emas, logam dan lain-lain.

Walaubagaimanapun, senjata asas Moana dan kesayangan beliau ialah rantai besi yang boleh berubah saiz serta bentuk miliknya ini. Seandainya tidak digunakan, Moana akan melilitkan besi tersebut secara bersilang dari bahu kiri ke pinggang sebelah kanan.




Nice.

Senyuman sinis terukir di bibir Moana.
Tangan kanannya yang menggenggam hujung rantai diangkat separas dada. Tanah bergegar seperti ditimpa gempa apabila rantai besi di tangan Moana bergerak, berubah bentuk daripada segi tiga kepada bentuk seekor ular gergasi yang berdiri di udara.

Tanpa menunggu walau sesaat, rantai besi Moana meluru ke arah Teressa, membelit tubuh gadis itu ibarat seekor ular gergasi yang membelit mangsa.

Teressa cuba melepaskan diri, tetapi kekuatan jerutan rantai Moana tidak mudah dipatahkan.  Rantai besi Moana mengeluarkan cahaya biru gelap, menandakan kuasa elektrik disalurkan olehnya. Aku menutup telinga apabila jeritan Teressa bergema nyaring. Asap kecil bewarna hitam yang menyertai rantai besi Moana menambahkan perisa kepada penyeksaan yang dilakukan Moana. Entah berapa watt agaknya kuasa elektrik yang disalurkan oleh Moana.

Kaki Teressa terhentak-hentak di atas tanah namun Moana tidak menunjukkan langsung tanda-tanda untuk berhenti. Dan aku sendiri tidak rajin untuk menghentikan tindakannya.

Bam!

Moana terseret beberapa meter ke belakang apabila sebuah bebola api meletupkan rantai besinya yang sedang melilit kuat tubuh langsing Teressa.

Hampir-hampir jantungku tercabut dengan kehadiran pihak ketiga yang tidak berdaftar. Menyedari kehadiran pemilik bebola api yang tidak diundang, para penonton mula berkeliaran lari termasuk aku.

"Woi, lari! Pengetua datang woi!" Jerit seorang pelajar lelaki.

Suasana kembali kecoh dengan jeritan para pelajar sepertinya kami sedang berada di sebuah konsert.

Kelibat beberapa orang pelajar yang memakai uniform hitam menyedarkan kami bahawa pengetua tidak datang berseorangan, sebaliknya membawa bersama para pengawas Medieval School yang kami gelar 'Dementor'.

Sama seperti cerita di dalam Harry Potter, sekali kau dah ditangkap oleh Dementor memang tiada belas kasihan untukmu.

Aku yang duduk di atas pokok menyaksikan pertempuran Moana dan Teressa sebentar tadi  melompat turun ke tanah. Aku tidak takut andai ditangkap, tetapi lebih kepada leceh.

Kerana aku perlu menghabiskan masa berjam-jam menahan telinga mendengar bebelan tuan pengetua sebelum dia menjatuhkan hukuman.

Bangunan yang menempatkan muzium (yup, di sekolah ni ada muzium yang aku tak faham pun untuk apa kegunaannya) menjadi sasaranku untuk menghilangkan diri.

Aku cuma perlu masuk melalui pintu hadapan muzium, menyorok di sebalik tulang-tulang makhluk yang dah mati berzaman dahulu dan keluar semula setelah keadaan kembali reda, atau sehingga pengetua dan para Dementor
beliau berambus dari sini.

Buk!

Hasrat suci murniku untuk melarikan diri tidak kesampaian apabila tubuhku ditolak ke tanah oleh seseorang. Aku tersungkur jatuh. Belum sempat bertindak, kedua tanganku juga ditarik dan disilangkan ke belakang dengan kasar.

Okay, that's hurt!

"Woi, apa ni?!" Aku bengang apabila ditangkap. Aku menggeliat, cuba melepaskan diri namun kudratku berjaya dipatahkan. Sebaik kedua tanganku digari, aku dipaksa untuk berdiri dengan kasar.

Sebaik sahaja kedua kakiku diluruskan, aku menoleh tajam ke belakang. Menghantar pandangan maut kepada salah seorang Dementor yang telah berjaya menangkap aku.

"You again?!" Aku mengetap gigi geram.

Ricky, Dementor yang setia menangkapku. Aku pun tak faham punca dia selalu anti dengan aku.




Sejak aku masuk Medieval School sampai sekarang, memang dia banyak cari masalah dengan aku.

Eh, sekejap.

Aku yang daftar masuk Medieval School ni dulu. Dia ni datang kemudian. Kalau tak silap aku, dua tahun lepas dia daftar masuk kat sini.

Tapi itulah, Setiap kali aku kena tangkap, mesti dia ada. Setiap kali aku kena jalani hukuman, mesti dia pun akan turut ada sekali.

Penyibuk betul.

Anyway, punyalah ramai pelajar lain yang ada kat sini, aku juga yang dia tangkap?

Ricky menghembus nafas ke mukaku, sepertinya si Dementor ini tidak berpuas hati kerana telah menangkapku. Anyway, nasib baik nafas dia bau oren. Kalau bau petai, mahu aku sepak dia sehingga ke hujung sempadan negara Angin ini.

Mata merah Pengetua menjadi habuan pandanganku. Sejak bila dia muncul di hadapanku pun tidaklah dapat aku ketahui.

Dari jauh kulihat Moana yang telah digari tangannya dipimpin oleh dua orang Dementor perempuan. Senyuman kemegahan masih terukir di bibirnya yang bergincu purple tanpa sebarang rasa bersalah. Rantai besinya dirampas oleh pengetua manakala Teressa diperiksa oleh Madam Apple, Doktor di Medieval School yang mengajar herbaliogy.

Alah, aku tak rasa Moana dah bunuh pun perempuan jelik tu. Setakat koma sehari dua apalah sangat.

You agree? Muahaha!!!

"Bawak mereka ke pejabat!"Arah pengetua. Sempat dia menjegil ke arah aku yang dipimpin dengan ketat oleh tangan kekar Ricky.

Shit...aku jadi penonton je pun! Apa dosa aku?

No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...