Saturday 7 July 2018

Wicked Love 29

Whisper melompat keluar dari bar melalui tingkap yang terbuka. Bau asap rokok dan air alkohol menusuk ke hidung sehingga menekan dada.

Dengan menggunakan transfiguration spell,  Whisper mengubah dirinya menjadi seekor kucing. Lebih mudah baginya mencari maklumat dengan cara begini daripada menjadi pelayan bar.

Dia tidak sudi dirinya menjadi mangsa-mangsa lelaki hidung belang yang hanya mencari keseronokan.

Sebaik tiba di atas sebuah bangunan tinggi,  Whisper menarik nafas dalam-dalam. Terasa lega dadanya dapat menikmati oksigen yang bersih.

"So, Kau buat apa sini? "Tegur satu suara membuatkan Whisper menjerit terkejut.

Bagi orang biasa,  Jeritan Whisper kedengaran seperti seekor kucing yang sedang marah. Mata Whisper mengamati sebuah figura yang sedang duduk di dalam kawasan terselindung daripada cahaya.

Shadow Knight!

"Ambil angin" Whisper menjawab soalan Shadow Knight.

Suara ketawa kedengaran sebelum sesusuk tubuh mendarat di hadapan Whisper.  Sebelah lututnya mengenai lantai bumbung manakala kedua tangannya memegang erat dua bilah pisau kecil yang beralur seperti keris.

Figura berpakaian serba hitam itu duduk bersila manakala Whisper melabuhkan punggung ke lantai.  Dadanya ditegakkan menghadap rakan di hadapannya ini.

" Its been a while, "

"Tak sangka pula jumpa kau kat sini. What a coincidence" Kata Whisper sambil menjilat kaki kanannya.

" Come on,  Whisper. Seriously,  Kau buat apa di Iceland ni? Jangan cakap kau saja-saja jadi kucing untuk dapat minuman percuma"

Whisper menyeringai,  menampakkan kedua gigi taringnya.

" Probably the same as you. Kau nak cari adik kau, right? "

Shadow Knight terdiam seketika.

" Jadi kau dah tahu pasal Ice? " Shadow Knight menyoal Whisper.

Whisper menelengkan kepala ke kiri. Dia mungkin berkawan dengan Shadow Knight,  tetapi itu tidak bererti dia akan berkongsi rahsia dengan lelaki itu.

Lebih penting lagi,  Dia bukanlah peminat keluarga diraja Iceland. 

" Aku cuma nak tahu kenapa pihak berkuasa soal siasat ramai witch,  especially yang involved dengan dark magic.  Now I know"

Shadow mengangguk faham. Dia tahu Whisper akan mencari maklumat berkaitan perkara itu. Whisper tidak pernah terlepas daripada isu-isu semasa yang berlaku.

" Bukan sebab itu sahaja.  Jangan lupa tentang sumpahan yang berlaku ratusan tahun lalu.  I guess,  Permaisuri Caroline tak nak Ice jadi macam ayah aku" Teka Shadow Knight.

" Aku sentiasa ingat Shadow.  Perlu aku ingatkan kau yang aku ada semasa sumpahan tu berlaku? "

" That is why aku perlu cari dia kembali, Whisper. Tindakan ayah aku dah cetuskan rasa tidak puas hati ramai pihak, terutamanya mereka yang dipanggil untuk soal siasat. Kalau mereka jumpa Ice,  Siapa yang tahu apa nasib dia nanti"

Whisper menjungkit bibir. " Apa yang peliknya?  Memang ramai yang tak suka dengan keluarga kau pun"

Shadow Knight mendengus geram. " Yes,  Whisper. Dah banyak kali kau beritahu. "

" And what about you?  Aku ingatkan kau tak suka dengan Permaisuri  Caroline and her so called prince Ice " Whisper cuba menduga Shadow Knight.

Dia tahu semuanya tentang kisah keluarga Iceland melebihi Shadow Knight sendiri.  Tetapi dia tidak pasti tentang lelaki di hadapannya ini. 

Shadow Knight tidak pernah bercerita tentang keluarganya. Sepanjang hidup,  lelaki ini hidup sendirian ibarat anak yatim sedangkan dia masih mempunyai ayah.

Jujur cakap,  Whisper pasti sudah membenci ayahnya sendiri jika dia di tempat Shadow Knight.  Tapi,  Mungkin juga disebabkan Shadow Knight memiliki hati suci seperti ibunya menyebabkan perkataan benci tidak wujud dalam kamus hidup lelaki itu.

Ya,  Mungkin.

" He is still my brother. They are still my family," Kata Shadow Knight merenung bilah pisau di tangannya. 

Whisper meletak kaki kanannya pada tangan kanan Shadow Knight.

" No,  Shadow. Kami yang jadi keluarga selama ni.  Bukan mereka. Always remember that,  brother "

Shadow Knight merenung Whisper. Kaki kanan Whisper digenggam kemas olehnya. Benar,  Selama ini dia kurang diberi perhatian oleh ayahnya.

Tapi,  Dia mengerti hal itu adalah disebabkan kekangan masa dan tugas ayahnya sebagai pemerintah Iceland. Dan statusnya sebagai anak tiri pula tidak diterima oleh Permaisuri Caroline.

" Then,  Anggap sahaja usaha aku ini sebagai tanggungjawab sebagai rakyat Iceland. "

" Shadow,  Kau pun pewaris Iceland.  You are the first son. Kau bukan rakyat biasa. So don't give me that shit.  Aku bukan Permaisuri  Caroline " Ejek Whisper.

Shadow Knight mengangkat bahu.  Dia tidak pernah memikirkan tentang statusnya. 

" So,  Ada apa-apa maklumat yang kau dapat? "

" Maksud kau selain daripada Ice lari dengan rela hati tapi parents kau tak percaya?  Nope,  tak ada."

" Sucks. Ice tak pernah keluar dari Iceland,  Whisper.  At least not by himself. Sister Whisper,  Kau akan tolong aku cari Ice,  Kan? " Tanya Shadow Knight.

Whisper mengeluh. " Let me guess, Ayah kau minta kau tolong cari Ice? "

" Uh-huh." Angguk Shadow Knight.

Hati Whisper panas. Bila dah timbul masalah baru nak cari Shadow Knight?  Curse you Henry and Caroline.

" I will see what I can do"

" Thanks Whisper ,"

Whisper mengorak langkah,  Meninggalkan Shadow Knight. Dia tidak akan memberitahu lelaki itu di mana Ice berada. 

Sorry Shadow. Its just personal matter,  Desis hati Whisper.

***

Ice duduk di atas kerusi yang terletak di beranda. Dia sedang menikmati suasana malam ketika matanya terpandang sesusuk tubuh yang begitu dikenali.

Snow?

Tanpa sedar Ice terus berdiri mendekati pagar beranda kabinnya yang menghadap kawasan pergunungan.  Snow sedang berjalan menyusuri lorong kecil yang disediakan untuk mendaki.

Ice menggenggam pagar kabin. Dia mahu berpura tidak melihat Snow namun di menjadi risau pula. 

Bagaimana kalau Snow sesat?  Atau diganggu orang jahat?  Atau diserang binatang liar?

Ice mendengus geram.  Terus sahaja dia berlari ke arah pintu.  Jaket luarnya yang tergantung di belakang pintu dicapai sebelum dia berlari untuk mengejar Snow.



          Fokus.

Snow merasakan satu tenaga mengalir dari tapak kakinya. Matanya yang terpejam membantu Snow untuk merasai tenaga kehidupan yang berada di sekelilingnya.

Mama pernah berpesan,  Agar dia tidak menggunakan kuasanya.  Tapi,  Mama tiada di sini.  Dan dia tidak peduli. 

Snow membuka mata apabila dia dapat merasakan satu tenaga lain. Tenaga yang semakin menghampiri itu membuatkan dia panik. 

" Snow? !" Suara Ice membuatkan Snow tergamam.

Dia mencapai beg sandangnya yang digantung di atas dahan manakala tangan kirinya mengambil sandal yang diletakkan di atas tanah.

Separuh berlari dia mendapatkan Ice yang masih menjerit memanggil namanya.  Dia hendak ketawa melihat Ice. Lelaki itu sedang menepis-nepis daun berjuraian yang berduri halus.

" Ice,  Kau buat apa sini? " Snow mendekati Ice,  Membantu lelaki itu keluar dari juraian daun berduri tersebut.

" Aku yang patut tanya soalan tu. Kau buat apa dalam hutan seorang diri malam-malam ni? Bahaya betul" Wajah Ice masam merenung Snow.

" Aku dah biasa jalan-jalan dalam hutan. Anyway,  Thanks sebab risaukan aku" Jawab Snow.

" Aku bukan risau. Aku curious " Balas Ice.

" Yalah tu" Snow meletakkan begnya ke bawah.  Sandalnya yang berada di tangan dipakai semula oleh Snow.

Memandangkan tanah di kawasan hutan ini tidak rata,  Snow bergerak-gerak tidak dapat mengimbangi diri.

Tanpa kata Ice memegang lengan Snow,  Membantu gadis itu untuk berdiri tegak.  Mata Snow menjadi bulat,  Terkejut.  Apatah lagi kedudukan mereka yang agak dekat apabila Ice mampir ke hadapan.

" What?  Aku nak bantu kau je.  Jangan perasan" Beritahu Ice.

" Tahulah" Balas Snow,  Menyembunyikan rasa aneh yang muncul di dalam diri.

Kenapa dia macam suka sahaja berdiri rapat-rapat dengan Ice begini?

Snow berdiri tegak selepas selesai memakai semula sandalnya.  Cepat-cepat dia melepaskan diri daripada pegangan Ice. 
Tanpa sedar Ice terasa kecewa apabila Snow menolak dirinya.

" But,  Kenapa kau buka kasut? " Tanya Ice pelik.

" Not your concern. Anyway,  Aku okay je. Hutan ni dah macam rumah kedua aku.  You should go home"

" And leave you alone?  I don't think so. Aku akan ikut kau, " Geleng Ice.

" Till death do us apart? " Usik Snow.

" No, Till heaven " Kata Ice dengan nada serius.

" Ceh,  Sweet talker" Ejek Snow sebelum mengorak langkah ke hadapan.

Ice mengukir senyum. Sweet talker? Jadi Snow rasa dia sweet talker.

" Tell me,  Kau mesti ramai girlfriend. Betul tak? Sweet talker, " Snow menjeling Ice yang berjalan di sebelahnya.

" For your information, miss,  Aku selalu pergi temu janji. But, No.  Hati aku masih suci daripada sebarang perasaan cinta. "
Beritahu Ice.

Dia terbayang kembali semua temu janji yang sering diatur oleh ibunya sebelum ini.  Dah tentu,  Semua gadis-gadis yang diperkenalkan kepadanya cantik-cantik belaka.

Tapi,  Kecantikan sahaja tidak cukup untuk membuka pintu hati Ice. 

" Hurm,  Weird. Takkanlah lelaki kacak and sweet talker macam kau tak pernah ada seorang pun girlfriend?" Snow masih tidak percaya.

" Thanks sebab puji aku kacak.  Tapi,  Aku tengah tunggu gadis yang aku suka"

" Wow.  Kau suka gadis macam mana? " Tanya Snow.

" Macam kau pun boleh" Jawab Ice selamba.

Snow ketawa mengekek manakala Ice mengukir senyuman lebar.

" Sorry Sir,  Aku nak kahwin dengan putera raja sahaja, " Snow mengerdipkan matanya berulang kali kepada Ice.

Ice memegang dadanya dengan reaksi sedih,  Berpura kecewa lantas membuatkan Snow semakin galak ketawa. 

" Kenapa kau nak kahwin dengan putera? " Tanya Ice ingin tahu.

" Hisy,  Aku main-main sahajalah. Lagipun aku tak percaya pada Wishing Well"
Jawab Snow.

Ice mengikut langkah Snow sehingga mereka tiba ke sebuah lapangan berbatu.  Snow duduk di salah sebuah batu besar yang berbentuk bujur.

Ice mengambil tempat di hadapan Snow, Merenung gadis di hadapannya. Cahaya bulan yang menerangi membuatkan kulit Snow kelihatan lebih cerah dan berkilat.

" Snowflake"

Snow menoleh ke arah Ice.  " Sorry? "

" Kau nampak macam snowflake duduk bawah cahaya bulan macam ni. Buat aku teringat pada kampung halaman, " Ice menelan liur.

Dia teringatkan Iceland. Entah bagaimanalah keadaan di istana sekarang ini.  Hati Ice menjadi berbelah bahagi.  Tapi dia tahu jika dia pulang sekarang,  Dia tidak akan berpeluang untuk keluar dari tempat itu lagi.

" Pfft,  Sweet talker" Pipi Snow merona merah.

" Alright,  you are right.  Tapi biasanya aku tak macam ni.  Dengan kau je aku jadi sweet talker,"

" Ewwww" Snow menjulingkan mata ke atas.

Ice ketawa.  Dia suka melihat Snow yang malu-malu apabila diusik. Dia tahu Snow tidak berpura-pura.  Pipi Snow yang berubah merah dan tangannya yang menggenggam hujung lengan baju membuktikan Snow benar-benar malu.

Snow mendongak ke langit, melarikan mata daripada memandang Ice. Secara tibatiba matanya menngkap satu garisan lurus yang bercahaya.  Snow menjerit ketika matanya melihat tahi bintang yang jatuh dari dada langit. 

" Ice,  Tengok.  Ada tahi bintang.  Cepat buat wish! " Snow terus melekapkan kedua tangan dan memejamkan mata,  Membuat permintaan.

Dahi Ice berkerut. Pelik dia dengan tingkah Snow. Namun hatinya berbunga riang kerana Snow juga suka melihat bintang sepertinya. 

Dia merenung Snow sehingga gadis itu membuka semula matanya beberapa saat selepas selesai membuat wish.

" What are you wish for?  still nak kahwin dengan putera? " Usik Ice.

Dia masih tidak boleh lari daripada memikirkan tentang wish yang dibuat oleh Snow di Wishing Well.

" Secret" Balas Snow.

" Hurm,  Tapi kau kata tak percaya pada Wishing Well?"

" Yes. " Angguk Snow.

" Then kenapa buat wish pada bintang?  "

" Sebab buat wish pada bintang free.  Tak perlu bayar coin. "

Mata Ice membulat sebelum dia melampiaskan ketawa tanpa dapat ditahan. Dia langsung tidak menduga jawapan itu yang akan dikeluarkan oleh Snow.

" You are weird, berbeza dengan wanita yang pernah aku kenal " Komen Ice sambil ketawa.

" Mestilah.  I am special, Okay? " Rungut Snow.

Agak pedih juga apabila dia dibandingkan dengan gadis-gadis yang pernah Ice kenal.  Snow terasa geram.

" Hurm."

" What? " Cebik Snow.

Ice menggaru kening dengan jari telunjuk. Dia merenung Snow yang memandangnya dengan pelik.

" Boleh aku tanya satu soalan? " Tanya Ice.

" Apa? "

" Apa awak nak buat kalau saya putera raja? " Ice menopang dagu,  menunggu jawapan daripada Snow.

Snow berpaling pada Ice dengan senyuman.

" Saya akan kahwin dengan awak, "

Senyuman Snow membuatkan dia kelihatan berkilau pada pandangan mata Ice. Tanpa sedar dengan nada gemuruh dia menyuarakan soalan kepada Snow,

" Snowflake,  Will you be my girlfriend? " Tanya Ice.

" Hah?! " Jerit Snow.

No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...