Friday 6 July 2018

Wicked Love 28

" Kau nak bawa aku pergi mana? " Snow mengulang soalan yang sama.

Disebabkan esok cafe tidak dibuka sempena festival Blue Moon,  Maria bersama teman lelakinya,  Alan, mengajak Snow dan Ice untuk keluar minum.

Ajaibnya Ice terus sahaja bersetuju. Sangka Snow Ice mahu bertenggek sahaja di dalam biliknya. Tapi,  Kata Ice dia mahu melihat festival Bluemoon tersebut. 

Masalahnya sekarang mereka sepatutnya bertemu dengan Alan dan Ice di tempat yang dijanjikan.  Sebaliknya Maria meminta Snow menemaninya ke satu tempat.  

"Jom, buat wish, " Maria menarik tangan Snow menghampiri sebuah telaga. 

Snow membaca papan tanda yang terukir pada pagar berukir yang menjadi pintu masuk ke kawasan tersebut. 




"Wishing Well? " Kata Snow seakan tidak percaya.  

"Yup, " Angguk Maria.

Kalau bukan disebabkan wajah Maria yang bersinar-sinar,  mahu sahaja dia melampiaskan ketawa. 

Tak sangka betul Maria juga percaya pada benda-benda karut sebegini. Wishing Well boleh tunaikan impian? 

"Please, "Geleng Snow. " Aku tak percayalah Wishing Well ni boleh tunaikan hajat"

Maria tidak ambil peduli dengan pendapat Snow.  Dia menyeluk poket skirt yang dipakai olehnya lantas mengeluarkan dua syiling bulat bewarna silver.

"Tapi aku percaya. Dan orang-orang yang selalu datang ke sini juga percaya dengan Wishing Well ni" Maria mempertahankan pendapatnya. 

Snow memasukkan tangan ke dalam saku skirt denim yang dipakainya. Dia selalu dengar cerita tentang Wishing Well yng terdapat di bandar ini. 

Tapi bagi Snow Wishing Well ini hanya kisah dongeng yang direka. Entah-entah ada tabung duit di bawah telaga ini. 

" Kenapa?  Hajat kau selalu tercapai ke? " Tanya Snow. 

Maria mengangguk, mengiakan soalan Snow.  

"Pfft,  tak percayalah" Balas Snow. 

"Betullah.  Kau tahu tak,  Dua tahun lepas aku pernah buat wish dekat telaga ni. Masa tu,  Aku sedih sangat sebab tak dapat sambung belajar. Jadi, Aku wish supaya dapat semangat untuk teruskan kehidupan. " Beritahu Maria dengan bersungguh-sungguh. 

"Then what happen? "

" Then,  esoknya terus aku jumpa dengan Alan. " Senyuman Maria semakin lebar. 

"Seriously?"

Maria merenung syiling di tapak tangannya dengan senyuman. 

"Seriously. Sekarang Alan adalah punca semangat aku.  Tak dapat sambung belajar pun tak apa.  Alan tak kisah tentang semua tu.  Dia cakap yang dia akan jaga aku.  Lagipun,  Kalau aku pergi sambung belajar dua tahun lepas,  Mesti aku tak jumpa dengan Alan dekat cafe" 

Snow membuat wajah menyampah. " Entah-entah kebetulan je kut kau jumpa dia? "

Maria menggeleng. Dia tahu bukan mudah untuk mengubah tanggapan Snow.  Jadi,  dia tidak terasa hati langsung dengan tekaan Snow. Tanpa mempedulikan rakannya itu,  Maria menghadapkan tubuh dan wajahnya ke arah Wishing Well.

" I've found my happiness at last, Please keep it that way," Maria membaling sekeping syiling silver tadi ke dalam Wishing Well. 

Syiling itu kelihatan terapung seketika sebelum perlahan-lahan tenggelam ke dalam dasar telaga yang gelap tanpa cahaya. 

Maria kemudiannya menghulurkan sekeping syiling lagi yang tidak dibaling tadi kepada Snow. 

" Huh?  Apa ni? " Tanya Snow dengan muka pelik. 

" Your turn" Balas Maria. 

"What?  tak naklah, " Geleng Snow. 

Maria mencekak pinggang. Geram dengan keengganan Snow.  

 " Apasal tak nak?"

" Sebab aku tak percaya, " Kata Snow. 

" Apa kata kau cuba buat wish dulu. Then kita tengok sama ada wish kau akan tercapai atau tak." Suruh Maria. 

" Ewww, Childish" Ejek Snow. 

" Ke kau takut? " Cabar Maria." Kalau tak,  buat Wish sekarang" 

Maria menghulurkan syiling di tangannya kepada Snow.  

Snow mengecilkan biji mata.  " Fine. "

Dia mengambil  syiling yang dihulurkan Maria sebelum berdiri di sebelah gadis itu.  Duit syiling di tangannya dipandang seketika. 

" I wish..." Snow menoleh ke arah Maria. 

" Yes,  I'm waiting grandma" Maria memeluk tubuh. Senyuman lebar terukir di wajahnya.

Snow mengetap bibir.  Sejujurnya dia tidak percaya langsung dengan keajaiban Wishing Well di hadapan mereka ini.

Tapi satu permintaan secara tiba-tiba muncul di dalam kepala Snow.  Dah alang-alang Maria suruh buat wish.....

" Fine.  I wish..." 


***

Ice menghela nafas geram.  Sehingga kini dia tidak mengerti punca yang menyebabkan wanita sering lambat ke temu janji.

" Sabarlah. Nanti mereka tibalah tu. " Kata Alan,  bagai mengerti dengusan Ice tadi.

" Aku harap merek tak lewat sebab pakai make up tebal atau cuba nampak cantik lebih daripada usia sebenar" Dingin suara Ice.

Alan mengerutkan dahi.  " Maria kata kau tak pernah keluar dengan mana-mana perempuan.  Tapi cara kau cakap tadi macam dah ada pengalaman pergi temu janji je?"

Ice mengukir senyum. " Trust me,  Bro.  Kau takkan mahu tahu cerita aku. "

Memang dia sering pergi ke sesi temu janji.  Tetapi semuanya disebabkan oleh aturan Permaisuri Caroline, Dan bukan di atas kemahuannya sendiri.

Dan Ice tidak pernah suka dengan setiap aturan yang dibuat oleh ibunya itu mahupun setiap wanita yang dipilih untuk menjadi calon permaisurinya.

" Wow,  Tunggu sehingga Maria dengar tentang semua ni.  Dia beria-ria beritahu yang kau tak lut dengan wanita" Kata Alan.

" That I am.  Aku pernah pergi temu janji,  tapi bukan atas keinginan.  And let me tell you,  bro.  Girl are sucks" Komen Ice.

Jika diingatkan semula segala temu janjinya yang dahulu,  Mahu terbakar satu Iceland dengan rasa amarahnya. Nasib baik sahaja dia mewarisi elemen ais.

Rata-rata wanita yang dipilih oleh ibunya dahulu adalah plastik.  Bersembunyi di sebalik calitan tebal di muka dan pakaian yang menampakkan status diri.

Bukan tiada gadis yang baik daripada calon-calon ibunya itu, tetapi dia tidak tertarik.

" Just wait,  Man.  Tunggu sehingga kau jumpa the right girl" Balas Alan dengan senyuman.

Ice pasti Alan sedang memikirkan tentang Maria berdasarkan lebar senyumannya itu. Tapi,  Ice masih tidak faham tentang satu perkara.

" Hei,  Alan.  Macam mana kau tahu she is the one? "

Ice tiba-tiba terfikir untuk menyoal Alan.  Dia tidak pernah berbincang tentang hal itu dengan ayahnya.  Perkahwinan ayah dan ibunya adalah atas aturan keluarga.

" Maria?"

" Yalah.  Ke kau ada teman wanita yang lain? " Soal Ice pelik.

Alan ketawa. Ternyata Cold boy ini pandai bergurau sebenarnya.

" No. Maria is the only one. Tapi,  Aku admit yang aku suka dengan kecantikan dia sejak pertama kali kami berjumpa. Dan kemudian pertemuan demi pertemuan buatkan aku sedar yang aku mahu jaga dia sepanjang hidup aku.  Aku suka bila dia gembira, Mahu pujuk dia kalau dia menangis dan... rasa nak tumbuk lelaki yang cuba tarik perhatian dia, "

Ice ketawa kecil mendengar ayat terakhir Alan. Alan menunduk segan sebelum menggosok wajah dengan kedua tangan.

Terdetik rasa cemburu di dalam hati Ice. Dia terfikir jika dia juga berpeluang untuk menemui the right girl seperti Alan.

Namun dia tahu peluang itu adalah mustahil jika dia menjadi pemerinrah Iceland dan menggantikan tempat ayahnya.

Hal ini adalah kerana permaisuri Iceland akan dipilih berdasarkan keturunan diraja juga bagi menjaga kesucian keturunan.  Atau kata ringkasnya perkahwinan yang diatur oleh orang tua.

" Kau tak rasa terikat? " Soal Ice.

" Apasal pula?  Malah aku bahagia sebab dapat habiskan hidup bersama my other half."

"Well,  Good for you then.  Maria gadis yang baik. " Angguk Ice.

Alan menepuk bahu Ice. "So are Snow."

Ice menelan liur yang kelat. Snow?

Ya,  Dia gembira bersama Snow.  Malah hubungan mereka juga kian mesra sejak bersama-sama ke ladang Encik Henderson dahulu.

Tapi...

Dia mengangkat bahu,  Malas memikirkan soal jodoh untuk sekarang.  Tujuan dia lari dari istana adalah untuk mencari kebebasan. Bukan mencari pasangan.

Alan dan Ice mengerutkan wajah tatkala melihat Maria dan Ice yang menghampiri mereka dengan dua reaksi berbeza.

Maria dengan muka cemberut manakala Snow pula ketawa galak sambil menekan perut.

Hentakan kaki Maria jelas menunjukkan dia dalam keadaan marah.  Malah wajahnya tidak berubah meskipun mereka sudah tiba di tempat Alan dan Ice menunggu.

" Hei, Snow.  Apa yang seronoknya ni? " Tanya Alan. 

" Snow ni,  main tipu.  Saya suruh buat wish. " Marah Maria. 

" Mana ada main-main. Betullah wish aku tu. Lagipun,  Kau yang cakap Wishing Well boleh tunaikan Wish.  So,  We will wait and see" Snow mempertahankan diri.

" Wish? " Ice menoleh ke arah Snow dan Maria.

Maria menarik nafas panjang sebelum menceritakan peristiwa yang berlaku semasa mereka ke Wishing Well.

Ice mengutuk Maria di dalam hati. Seperti Snow,  dia juga tidak percaya dengan kisah telaga sakti.

What a waste of money,  fikir Ice. 

" Awak tahu dia wish apa? " Tanya Maria. 

" Apa? " Tanya Alan. 

" Dia nak kahwin dengan putera raja. Melampau! "

Snow kembali melampiaskan tawa.  Alan juga ketawa kecil manakala Ice terkedu mendengar cerita Maria.

Apa? 

Nak kahwin dengan putera raja?

Bulat mata Ice memandang Snow yang mengekek ketawa.  Kedua tangannya menekan perut sambil tercungap-cungap menarik nafas. 

" That was awesome . " Puji Alan.

"Kan? " Snow mengerdipkan mata ke arah Alan. 

" No its not. Kau ingat tiba-tiba ada putera raja nak tercegat depan kau?" Marah Maria.

Sempat dia menjeling geram ke arah Alan. Geram kerana Alan menyokong Snow. Ice mengerling Maria.

Kalaulah Maria tahu status diri dia yang sebenar, Apakah reaksi gadis itu agaknya? 

" Janganlah marah dia.  Mana tahu mungkin dia ditakdirkan bersama dengan putera? " Pujuk Alan.

" Yup.  And I am gonna marry him" Snow mengangguk kepala berulang kali.

" Habis tu kau tak jumpa seorang pun putera macam mana? " Tanya Maria masih geram dengan Snow.

Ice menggaru belakang kepala.  Tiba-tiba sahaja dia tidak suka mendengar topik perbualan mereka.

Korang,  Aku ni putera kut.  Desis hati Ice.

Snow memeluk tubuh. Dengan muka penuh keyakinan dia mengeluarkan kata-kata yang membuatkan jantung Ice berdetak laju selaju Sky Train.

" Ah, Aku tetap nak kahwin dengan putera raja.  Kalau tak, aku tak nak kahwin sampai bila-bila" Putus Snow.

***

Festival Bluemoon adalah festival yang berlaku sekali setahun.  Sebab itu,  ramai penduduk akan keluar dan mendaki ke puncak bukit untuk meraikan perstiwa ini.

Festival Bluemoon menyaksikan bulan yang bertukar menjadi warna biru untuk beberapa jam sebelum matahari terbit.

Snow memerhatikan Maria yang berada dalam pelukan Alan.  Sungguh,  Dia cemburu juga dengan Maria. Dia berharap agar dia juga dapat meluangkan masa dengan cinta hati.

Betapa Snow tidak sedar,  Bahawa gadis-gadis yang berada di puncak bukit itu cemburu apabila Ice memilih untuk berdiri di sebelahnya bagi menyaksikan Bluemoon.

Di saat semua penduduk berada di puncak bukit untuk menyaksikan Bluemoon,  Tiada sesiapa yang tahu bahawa Wishing Well pula mengeluarkan cahaya putih bersinar.

"She has come, " Dengung suara wanita daripada Wishing Well. 

"Yes... yes she is"


No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...