Sunday 24 June 2018

Wicked Love 27

Snow dan Ice berdiri di tepi sebuah bangunan dua tingkat. Beberapa orang yang mengenali mereka berdua menyapa dengan ala kadar sebelum meneruskan hal yang sedang dilakukan.

Kawasan pasar yang menjadi pusat utama pekan ini menjadi destinasi pertama mereka sebelum ke ladang Encik Henderson. Hal itupun diketahui oleh Ice selepas dia menyoal gadis itu.

Dan seperti biasa. Snow kembali sepi.  Menoleh ke arahnya juga tidak sudi dilakukan oleh gadis itu.  Ice hairan,  Kenapa Snow seakan melarikan diri darinya?

Sedang Ice termangu begitu,  Sebuah cart berhenti di hadapannya. Ice mendongak sedikit,  membalas senyuman seorang lelki tua yang duduk di bahagian hadapan cart tersebut.  Di bahagian tengah cart pula diletakkan jerami padi berwarna kekuningan.

" Selamat petang Snow, Mahu ke mana? " Soal lelaki tua itu.

" Saya nak ke ladang Encik Henderson." Beritahu Snow dengan senyuman lebar.

Ice mengerutkan dahi.  Sah,  Snow memang tidak suka padanya.  Gadis itu tidak pernah memberikan senyuman seperti itu kepadanya. Dan dia akan mengorek puncanya daripada Snow.

Lelaki tua itu membetulkan topi koboi yang dipakai di atas kepala.

" Jadi,  Awak berdua dah ada transport? " Tanya lelaki tua itu lagi.

Snow menggeleng. " Belum pak cik. "

" Kalau macam tu naiklah.  Pak Cik boleh tumpangkan. "

Tanpa banyak soal Snow bersetuju sebelum mengajak Ice duduk bersamanya di bahagian belakang cart.  Lelaki tua itu menepuk belakang badan kudanya,  mengisyaratkan agar binatang itu menarik cart ke hadapan.

Ice sedikit kekok.  Ini adalah pengalaman pertamanya menaiki cart sambil bersandar pada jerami padi.

Sambil ditemani seorang gadis.

Snow yang rancak berbual dengan pak cik tua itu dikerling dengan ekor mata Ice.  Dia tidak mahu mengganggu perbualan mereka. Akhirnya dia ralit memerhatikan kawasan pasar yang semakin jauh ditinggalkan.

Jika difikirkan,  hari ini juga merupakan pengalaman pertamanya masuk ke kawasan pedalaman Greenland. Oleh itu,  rasa takut dan gembira bersatu di dalam hati Ice.


          Perjalanan mereka dilatari dengan kawasan hutan yang mendamaikan. Cahaya matahari  mencuri masuk antara deretan pokok Mjosi yang berdiri rapat-rapat.  Ice menarik nafas dalam-dalam.  Menghirup udara bersih yang tidak mungkin dapat dirasai di Iceland.

"Snowdrop! " Tetiba sahaja Snow menjerit kecil.

Ice melihat arah yang dilihat oleh Snow.  Nun di bawah jajaran pokok Mjusi itu terdapatnya kelompok bunga berwarna putih. Jika dilihat dari jauh kelihatan seperti permaidani putih.



Snowdrop dan Snow.  Macam tak jauh beza,  fikir Ice.

" I see.  Dari situ ke kau dapat nama kau? " Soal Ice.

Snow menoleh ke arah Ice. Terlupa pula di dengan kehadiran lelaki itu di sebelah.  Selalunya di akan mengembara seorang diri ke ladang Encik Henderson yang sejauh dua jam perjalanan itu.

" Urm, ya. My mum yang kasi. "

" Cool. Jarang dah sekarang ada nama anak gadis sempena nama bunga."

Snow merenung tangannya yang diletakkan di atas peha. Ice yang separa berbaring membetulkan kedudukan.  Dia duduk tegak dengan melunjurkan kaki ke bawah seperti Snow.

Dia perasan Snow menjadi kaku.  Adakah dia sangat menakutkan bagi Snow?

" Kenapa mama kau pilih untuk beri nama kau Snowdrop? kenapa bukan bunga lain? "
Ice tiba-tiba menjadi busybody.

Dia tidak akan membiarkan peluang berduaan dengan Snow pergi dengan sia-sia.  Dia mahu berkawan dengan Snow.  Dia mahu Snow selesa dengannya seperti rakan sekerja yang lain.

Lagipun,  bukankah mereka berjiran?  Sudah tiga bulan dia di sini tapi boleh dikira berapa kali Snow berbual dengannya.

" Urm.. Snowdrop adalah bunga pertama yang akan mekar selepas musim salji.  Saiznya kecil sahaja,  tapi bunga ni akan berusaha untuk keluar dari timbunan salji dan tumbuh mekar di atasnya. Macam saya" Kata Snow dengan suara perlahan.

" Wow, " Ice mengangguk.  Jelas rasa kagum di wajahnya.

Tapi,  Snow memang kecil dan pendek.
Dia agak Snow lahir sejurus selepas musim sejuk berakhir. Sebab itu tak cukup zat.

" Awak tahu tak Snowdrop means luck? " Snow bersemangat menceritakan perihal bunga Snowdrop kepada Ice.

"Luck? "

" Ada mitos mengatakan bunga Snowdrop boleh menghalang kuasa Dark Magic"

" Aku tak perlukan mitos. I am Lucky  Charm" Ice mengenyit mata kepada Snow.

Snow cepat-cepat berpaling ke arah Snowdrop yang melatari lorong jalan di bahagian kanan. Pipinya terasa panas.

" Kau blushing ke? " Tanya Ice.  Ada nada ketawa di dalam suaranya.

" Did not! " Marah Snow.

Ice ketawa dengan gelagat Snow.  Dia memerhatikan Snow yang masih membelakanginya,  menyembunyikan wajah.

Ice kembali merebahkan badan di atas jerami padi tanpa mengalihkan mata daripada Snow.

Macam seronok pula dia mengusik gadis ni.  Patutkah dia melakukannya selalu?

" Aku dapat nama sempena winter." Beritahu Ice.

Perlahan-lahan Snow memusingkan kepala ke belakang. Rambut hitamnya yang lurus bergerak-gerak mengikut angin.

" Kau lahir masa winter? "

" Taklah.  My mum conceive me during winter " Ice ketawa lagi.

Snow membuat muka dan menggelengkan kepala.  Dia dah tahu Ice ini sama sahaja seperti pemuda yang lain.  Suka main-main ketika bercakap.

" Hey,  kau asal mana?  family kau tak kisah ke kau duduk jauh ni? " Ice mengetuk bahu Snow dengan menggunakan sehelai jerami padi.

" Aku anak yatim" Dingin Snow menjawab.

Ice terdiam.  Dia tidak menyangka pula akan jawapan Snow.

" Kita sama, " Jawab Ice pula.

" What?  really?" Snow tidak percaya.

" Yup. Sebab tu aku datang sini.  Cari kehidupan baru. "

" Kau tak ada saudara lain? " Snow ingin tahu.

" Nope. Kau? "

" None"

Snow dan Ice sama-sama ketawa.  Rupanya terdapat banyak persamaan antara mereka.

Perbualan mereka berpanjangan sehingga ke ladang Encik  Henderson. Tiada sesiapa dapat menyangka pengembaraan pendek yang tidak dirancang ini membuahkan satu pertalian yang terjalin antara mereka berdua.

***

" Mrs. Mona" Kepala Maria terjenguk di sebalik pintu.

Seperti Maria,  Mrs. Mona juga sedang bersiap-siap untuk pulang.  Di luar,  hujan lebat sedang melanda pekan mereka. Awan juga hitam pekat,  menandakan hujan tidak akan berhenti sehingga esok.

" Yes? " Mrs. Mona mengangkat wajah.

" Snow dengan Ice, kesian mereka berdua terperangkap di sana.  Rasanya mereka tak boleh balik. "

Mrs. Mona ketawa sambil menyarung jaket luarnya yang bewarna hitam dan labuh sehingga ke lutut.

" Don't worry child.  Mereka dah besar"

Maria memeluk tubuh. Merenung Mrs. Maria dengan pandangan ingin tahu.

" Tell me Mrs. Mona.  Ma'am rancang semua ni,  kan? "Teka Maria.

" Huh,  Kenapa awak cakap begitu? "

" Sebab ma'am dah prepare jaket dengan payung awal-awal. Jadi ma'am dah tahu yang petang ni akan hujan.  Tapi,  kenapa ma'am hantar juga Ice dan Snow ke sana? " Maria meminta penjelasan.

Mrs. Mona tersenyum. " Don't blame me.  Ice sendiri yang minta nak ikut Snow ke ladang Encik Henderson."

Mulut Maria terbuka luas.  " Serius? "

Mrs. Mona mengangguk. " Dia minta tangguh ke ladang tu sampai giliran Snow untuk periksa bekalan. Dia nak pergi sana dengan Snow"

" Eh,  kenapa? " Soal Maria.

Mrs. Mona mengambil frame gambar arwah suaminya yang diletakkan di atas meja. Sekilas rasa pedih menahan rindu terdetik di dalm hati.

Arwah suaminya telah meninggal lebih sepuluh tahun dahulu.  Namun rasa kasih dan cinta terhadap lelaki itu tidak pernah pudar.

" Bila awak dah sampai usia saya,  awak akan faham Maria. " Kata Mrs. Mona.

" Maksud ma'am? " Maria tidak mengerti.

Mrs. Mona meletakkan semula frame gambar arwah suaminya ke atas meja.
" Ice, too stubborn untuk sedar tentang dirinya sendiri. Snow pula pemalu sangat dan penuh misteri. Tapi siapalah yang boleh menidakkan takdir. Let's just hope all the best untuk mereka berdua " Akhiri Mrs. Mona.

1 comment:

  1. Mana sambungan....
    Ice yang cool, snow yang cumell. Best.

    -awek cun-

    ReplyDelete

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...