Sunday 9 August 2020

Wicked Love 37

Seorang gadis melangkah dengan penuh berhati-hati. Seolah-olah dia sedang berjalan melintasi periuk api. Jika tersalah langkah, tubuh dan nyawa berpisah selamanya. Rambut panjangnya yang dilepaskan bebas menutupi hampir seluruh wajah. Sudah dua hari dia menjadi pelajar di Whisper Hollow Academy, tetapi dia masih kekok untuk berbual dengan pelajar lain.

Bunyi hingar pelajar lain menyambut kedatangan gadis itu ke kelas. Perkara biasa apabila ketiadaan tenaga pengajar. Masing-masing bebas mahu melakukan agenda sendiri.

Gadis itu bagaikan invisible apabila pelajar lain langsung tidak mempedulikannya. Sebaik duduk di kerusi, dia mengeluarkan buku teks dari beg sandang. Dia masih belum mempunyai kawan. Sebenarnya, dia takut untuk memulakan perkenalan. Trauma akibat memori lama masih terkesan. Oleh itu, dia lebih senang menyendiri. 

"Hey, morning" Sapa satu suara dengan nada ceria.

Kerusi di hadapan ditarik menghala ke arahnya oleh seorang gadis. Punggung dilabuhkan ke kerusi beserta sebuah senyuman mesra. 

"Mirna, right? Aku Angel. Panggil Ann. Sorry semalam aku tak datang, so tak dapat nak introduce diri. Kau asal mana? Kuasa kau apa?" Soal Angel. Bebola mata birunya bersinar-sinar merenung ke dalam anak mata Mirna.

"Hei, Kau kacau budak baru eh?" Kepala Angel ditunjal dengan jari telunjuk dari tepi.

"Auch, mana ada. Aku perkenalkan diri je. As always, semua orang pun tau aku ni bertanggungjawab orangnya. Jadi, aku kena pastikan kawan baru kita ni selesa berada di sini,"

Mirna tersentak. Kawan? 

Selama ini dia hanya mempunyai spirit sebagai kawan. Tetapi gadis di hadapannya ini memanggilnya sebagai kawan.

"Kau jangan dengar cakap dia ni. Tak boleh pakai punya. Aku Priya, captain netball perempuan. Pelajar terbaik subjek laws." Priya menghulur tangan, mahu bersalam.

Mirna merenung huluran tangan Priya sebelum dia takut-takut menyambut. Angel kemudian cepat-cepat meleraikan pautan tersebut sebelum dia menggantikan tangannya untuk bersalam.

"Eh, kacaulah kau ni" Priya berpura marah. Angel menjelir lidah membuatkan Mirna ketawa.

Hanya seketika sebelum Mirna menekup mulut. Dia takut, andai Angel atau Priya marah kerana dia ketawakan mereka. Tetapi mereka berdua turut ketawa, membuatkan dia lega.

"Kau jangan malu dengan kitorang. Kami okay je, kepala gila-gila. Janji happy." Ujar Priya bagaikan memujuk Mirna.

"Nama penuh kau apa? Ceritalah sikit. Hei, aku dengar kau ada kuasa bercakap dengan spirit eh? Kau dulu duduk kat dunia manusia kan?" Angel menyoal bertubi-tubi. 

"Erm...Mirna. Mirna Eva Lionheart. Ya, saya boleh cakap dengan....spirit" Ujar Mirna perlahan.

"Cool!" Angel dan Priya sama-sama teruja.

Mirna tidak menyangkakan reaksi mereka. Di dunia manusia dahulu semua orang menghindarinya. Mereka mengatakan dia gila, malah ada yang cuba membunuhnya kerana kuasa yang dimiliki. Tetapi mereka?

"Erm...kamu, tak takut?" Soal Mirna.

Angel dan Priya ketawa. Geli hati dengan soalan Mirna. 

"Awwww, you are so cute!" Angel mencubit kedua pipi Mirna. 

Pipi Mirna terasa panas. Dia tidak terbiasa dengan keadaan mesra begitu. 

"Tapi aku rimas dengan rambut kau. Kau tak nak cuba fesyen baru ke. You know what? I know just the perfect shape for you." Priya mencuit-cuit rambut Mirna. 

Mirna tergamam tetapi dia selesa. Sentuhan Priya langsung tidak meyakitkan. Tidak seperti yang biasa diterima olehnya semasa di dunia manusia. Oleh itu, dia hanya diam membiarkan tangan Priya berjalan-jalan di atas kepala.

"Maybe cut sikit die punya bang, pastu kasi layer. Baru nampak sexy sikit sebab muka kau baby face." Angel memberi pendapat. Priya sekadar mengangguk setuju.

Mirna terkebil-kebil. Dia langsung tidak faham dengan segala yang dikatakan oleh kedua orang gadis di hadapannya. 

"Weh, Snow" Angel melambai ke arah pintu kelas. 

Mirna menoleh ke belakang. Seorang gadis sederhana tinggi berjalan merapati meja mereka sebelum duduk di sebelah Mirna.

Terkejut, Mirna mengecilkan diri di kerusi. 

"Kau ok ke, stress kerja." Tanya Angel.

"Biasa je. Cuma ada stok buku baru sampai, so nanti aku kena susun ikut label dan masukkan no siri dalam sistem." Jawab gadis yang dipanggil Snow.

"Snow, ni Mirna. Kami baru decide nak bagi dia haircut baru. So, petang ni macam biasa eh, kita lepak kat hostel." Kata Angel.

Mirna merenung Snow dari ekor mata. Dia tidak tahu puncanya, tetapi setiap kali dia melihat Snow, ada perasaan asing yang muncul di dalam diri. 

Dia terasa dekat dengan Snow, bagaikan mereka mempunyai satu ikatan yang ghaib. Dan satu perasaan halus dan mendesak untuk melindungi Snow.

"Ah, kau baru masuk semalam kan. Sorry tau semalam aku rushing kena pergi library. Tak sempat nak kenalkan diri. Biasalah, pengawas library yang komited macam aku ni memang jadi harapan . Kalau aku takde, jadi tongkang pecah la library tu. By the way, aku Snow. Aku manusia biasa. Tak ada kuasa,"

Bibir Snow mengukir sengihan, menyembunyikan kebenaran yang tersembunyi. Bukan niatnya untuk menyembunyikan kuasa sebenar. Tetapi demi nyawa yang mungkin terancam, ada janji yang tidak dapat dia mungkiri.

"Nama famous Snow ni Mystic. Sebab dia tak suka cerita pasal diri dia. Kalau kau tanya pun dia tak akan jawab. Actually, banyak benda kau tak akan tahu pasal dia,"Priya memberitahu Mirna.

Gadis itu sekadar mengangguk. Snow pula sekadar tersenyum. Betullah tu. Sehingga kini, tiada sesiapa yang tahu perihal dirinya sebagai anak kepada Madam Eloisa. Dia senang begitu dan mahu mengekalkannya.

"Snow, kau rasa okay tak rambut dia buat layer?"Angel meminta pendapat Snow.

"Kau ni, suka hati nak potong rambut orang. Tanya dia dulu, dia nak tak potong rambut?" Snow geleng kepala. 

Dia sudah lama berkawan dengan Angel, makanya dia sudah masak dengan perangai gila-gila rakannya yang seorang ini. 

Mata Mirna terkebil-kebil. Dia tidak tahu mahu berkata ya atau tidak.

"Hey, kalau tak mahu tak apa. Kami tak paksa. Its up to you," Priya memberi jaminan.

Mirna tidak memberikan jawapan, sebaliknya merenung ke arah bahagian kiri. Angel mendekatkan dirinya dengan Mirna. 

"Kau tengah bercakap dengan spirit ke tu?" Dengan nada suspicious, dia menyoal Mirna

Mirna menoleh ke depan. " Erm...."

"Wow...so cool!" Angel menunjuk kedua jari telunjuk ke depan.

" I thought you hate spirit?" Priya mengerutkan dahi.

"Yes, but I like you," Angel menuding Mirna.

Hati Mirna berbunga-bunga. Dia dapat merasakan keikhlasan dalam kata-kata Angel. 

"Sorry Mirna. Angel ni memang senget sikit. Nanti kau jumpa ahli kelab netball yang lain, lagilah macam-macam jenis gila ada." Ujar Priya disambut dengan ketukan di lengannya oleh Angel. 

"So, macam mana? Nak ikut kami hang out ke lepas ni?" Soal Snow.

Mirna memegang rambutnya bagaikan was-was. 

"Jangan takutlah. Kalau kau tak nak, takda maknanya kami nak potong rambut kau. Kitorang pun pergi salon, okay,"Angel ketawa terbahak-bahak disambut oleh Priya dan snow.

Mirna tersenyum sipu. Dia sudah mula membuka dunianya yang tertutup sebelum ini untuk mereka memasukinya. Sama seperti mereka menerima dia seadanya tanpa judgement. 

Keempat-empat mereka tidak menyedari ada sepasang mata yang memerhatikan gelagat mereka dari mula. Madam Eloisa, pengetua Whisper Hollow Academy mengukir senyum nipis. Rancangannya untuk menyatukan mereka semua berjalan dengan baik.

Bebola kristal di atas mejanya dipusing, memadamkan suasana di dalam kelas Snow dan rakan-rakannya tadi. Asap ungu yang masih bersisa di dalam bebola kristal semakin menipis sebelum menghilang dalam sekelip mata.

Madam Eloisa memusingkan kerusi, melihat pemandangan matahari yang semakin terbenam dari tingkap kaca pejabatnya. Tangan kanan diseluk ke dalam baju, mencapai rantai leher yang tersembunyi. Dua bentuk cincin kahwin digenggam erat oleh Madam Eloisa.

Biar waktu terus berlalu, dia tidak mungkin akan lupa misi dan janjinya kepada suami yang kini tidak lagi di sisi. Snow, bukti cinta yang bersemi suatu ketika dahulu menjadi kekuatannya untuk terus berjuang.

"Abang, How I wish you were still here. Snow dah besar sekarang. Dan saya tak lupa tentang sumpahan yang belum terungkai. Saya masih ingat janji kita. Selagi hidup, saya akan buat yang termampu untuk lindungi Snow. I promise, my love" 


-Tamat Wicked Love 2-


Dari kekunci Writer:

Pengembaraan Snow akan bersambung dalam Eternal Love. 😘

No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...