Sunday 14 January 2018

Wicked Love 3

Berita yang diterimanya benar-benar memeranjatkan Ice. Tidak disangka ahli sihir agung yang berusia ratusan tahun dahulu mampu dihidupkan kembali.

Luther Fang bukanlah satu nama yang asing dalam dunia magic. Tetapi namanya dianggap tabu oleh sebilangan masyarakat.
Sesetengahnya percaya bahawa hanya dengan menyebut nama Luther Fang akan menyebabkan seseorang itu ditimpa kecelakaan yang begitu ngeri.

"So sebab tu ayah panggil Ice balik ke sini?"

King Henry berdehem. Dia merenung ke segenap inci wajah anaknya.

"Ya. Mama Ice larang ayah supaya jangan beritahu. Tapi ayah rasa better Ice tahu dari mulut ayah sendiri." Terang King Henry.

"Ayah yakin ke berita ni tak salah?" Tanya Ice.

"Ya. Luther Fang mungkin telah lama dihidupkan semula sebelum beritahu tentang pencerobihandi Sacred Temple ini diketahui. Kemungkinan sekarang dia sedang merencana untuk melakukan serangan."

"Tapi bagaimana? Bukankah dia sudah mati?"

King Henry menggenggam kedua belah tangan yang diletakkan di atas meja.

"Ada perkara yang perlu Ice tahu. Dan perkara ini adalah top secret. Ice perlu bersumpah untuk menyimpan rahsia ini sehingga ke mati."

Ice memandang ayahnya tanpa perasaan sebelum mengangguk. King Henry menelan liur sebelum meneruskan cerita.

" Sebenarnya Luther Fang tidak mati, tetapi selama bertahun-tahun ini beliau ditidurkan di dalam Sacred Temple tersebut." King Henry memulakan penceritaan. Riak wajah King Henry yang serius menyatakan bahawa perkara ini bukanlah gurauan.

Untuk beberapa saat Ice kehilangan kata-kata. Otaknya keliru mentafsirkan rahsia yang baru disampaikan oleh King Henry.

"Tapi bagaimana?"

"Dengan gabungan tujuh kuasa utama. Air, api, tanah, udara, dark magic dan white magic." Jelas King Henry sebelum sempat Ice bertanya.

"Tapi semua unsur tu enam. Ayah kata tujuh?"

King Henry menghela nafas berat. "Lebih kurang lima ratus tahun dahulu, terdapat enam orang magician terhebat yang mewakili enam unsur utama yang ayah sebutkan tadi. Dan moyang Ice adalah salah seorang magician tersebut yang berasal dari negara ini. Ice tahu siapa?"

Ice mengangguk. "Putera Rider. Dia yang sepatutnya mengambil alih takhta. Tapi dia meninggal tanpa sebab yang dapat dikenal pasti. Dan akhirnya takhta negara jatuh kepada adik dia, Putera Shawn."

"Salasilah tu berterusan sehingga kepada ayah dan pewaris seterusnya adalah Ice." Kata King Henry.

Ice tidak menjawab. Sejak kecil dia sudah dimomokkan dengan perkara itu. Malahan sepanjang hidupnya, dia dilatih dan dibentuk agar menjadi seorang raja yang berkaliber.

"Ya. Tapi apa kaitannya dengan Ice?"

"Ice perlu tahu yang Luther Fang dan Putera Rider bukanlah kawan baik. Sejak dari menjadi apprentice, mereka saling bersaing antara satu sama lain. Dan perkara tu bertambah buruk dengan kedatangan apprentice ke tujuh."

Ice menyandarkan badannya ke kerusi.

"Let me guess. A girl?"

King Henry mengangguk lemah. "Tapi sejarah magician ketujuh ni tidak banyak direkodkan. Dan sehingga kini tiada sesiapa yang tahu unsur kuasa yang dimiliki, dari mana asalnya, nama sebenarnya, wajah, apa-apa sahaja yang boleh dijadikan petunjuk. Cuma yang pasti, Luther Fang tidak suka kepada kekalahan. Jadi apabila Putera Rider rapat dengan Magician ketujuh ni, api cemburunya mula menyala."

"Maksud ayah, Putera Rider yang dapat tawan hati magician misteri tu?".

"Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Macam yang ayah cakap, tiada sebarang rekod dapat dijadikan petunjuk. Kita tak tahu perkembangan seterusnya antara mereka berdua. Tetapi yang jelas kuasa kegelapan dan api cemburu telah mengambil alih fikiran waras Luther Fang. Dengan kuasa Dark Magic yang dimiliki, dia mula bercita-cita untuk menguasai dunia Magic. "King Henry menggelengkan kepala.

"Apa yang berlaku?" Tanya Ice.

"Pada masa tu, pemerintah dari keenam-enam buah negara sepakat untuk melancarkan perang ke atas Luther Fang. Peperangan yang dahsyat telah berlaku kerana Luther Fang telah menubuhkan pasukan tenteranya sendiri yang terdiri daripada makhluk Dark Creature. Perang Black Death"

Meskipun tidak pernah bersua muka, Ice dapat mengagak akan kekuatan yang dimiliki oleh Luther Fang.

Tentera daripada Dark Creature? Memang gila.

"Jadi bagaimana Luther Fang dihentikan?"

"Tempat Luther Fang digantikan oleh gurunya sendiri. Bersama enam orang apprentice yang lain dia mencabar Luther Fang untuk bertarung. Tetapi orang pertama yang terkorban adalah guru Luther Fang yang dibunuh dengan tangannya sendiri. Dia sudah tidak peduli akan sesiapa pun melainkan cita-citanya. Sesiapa yang cuba melawan pasti akan menemui maut."

King Henry mengangkat punggung dari kerusi. Kakinya di bawa melangkah ke arah tingkap kaca berbentuk panjang yang ada di dalam bilik bacaan. Kedua tangannya dikilas ke belakang sebelum menyambung kata-kata.

"Guru Luther Fang menikam tubuhnya dengan menggunakan pedang tiga mata. Tapi, Luther Fang tidak mati. Sebaliknya kecederaan tu ditanggung oleh gurunya sendiri. Tiada sesiapa yang dapat menjelaskan bagaimana Luther Fang menjadi kebal sehinggakan dia tidak boleh dibunuh."

Ice menelan liur yang terasa kesat. King Henry berpaling menghadap ke arah anaknya.

"Ice, sebab itulah keenam apprentice yang lain sepakat untuk menyalurkan kuasa mereka bagi mengikat Luther Fang di dalam lena yang panjang. Namun, perbuatan itu telah meragut nyawa mereka semua termasuk Prince Rider. Tetapi sekarang dia telah dibangunkan semula oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab."

"Sekarang Luther Fang akan sambung cita-citanya yang terbantut." Sambung Ice.

King Henry menarik nafas dalam sebelum mengangguk.

"Ya. Menguasai dunia magic dan juga membalas dendam terhadap semua ahli keluarga Putera Rider. Hal ini bermakna Ice, Kita semua adalah sasaran Luther Fang."


          Ice memasukkan bajunya yang terakhir ke dalam beg sandang. Dia mahu segera kembali ke akademi setelah mengambil cuti untuk beberapa minggu.

Setelah memastikan tiada barang yang tertinggal, dia berpaling ke arah ibunya, Permaisuri Caroline yang sedang duduk di sofa kulit.

"Ice pasti tak nak duduk sini? Mama tak sedap hati nak biarkan Ice balik ke akademi." Pujuk Permaisuri Caroline.

Ice berdiri tegak. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poker seluar.

"Saya ada tanggungjawab mama. Pelajar-pelajar dan pekerja-pekerja di akademi adalah di bawah tanggungjawab saya." 

"Damian ada untuk bantu Ice kan?"

"Dia pembantu saya, ma. Bukan hamba abdi" Tegas Ice.

"Ice sedar tak Ice dalam bahaya sekarang ni? Macam mana kalau Luther Fang muncul di akademi?" Permaisuri Caroline menggenggam tangan, geram dengan sikap anaknya ini yang suka melawan.

"Kita belum pasti sama ada dia dah kembali atau tidak mama. Lagipun mama tak perlu risau kalau Luther Fang muncul. Saya pun belum nak mati lagi,"

"Ice, berapa kali mama nak cakap. Jangan main-main soal mati. Please!" Marah Permaisuri Caroline.

"Kenapa? Normallah yang hidup akan mati,"

Permaisuri Caroline bingkas bangun dari sofa. Bibirnya bergetar dan air mata mula bertakung di tubir mata.

"Mama tak sanggup Ice. Mama rasa nyawa mama separuh melayang masa dapat berita  tentang Ice kemalangan dulu. Ice tahu tak betapa terseksanya hati mama tengok Ice terbaring kaku, koma tak sedarkan diri hampir setahun lamanya? Ice tahu tak?!"

Ice memegang parut panjang yang terukir di dahi sebelah kiri. Parut kekal yang menjadi bukti kemalangan ngeri yang pernah menimpanya lima tahun dahulu.

Sejujurnya dia langsung tidak ingat tentang kemalangan tersebut, ataupun sebarang peristiwa yang telah berlaku lima tahun lepas.

"Ice tak tahu bila Ice akan balik semula ke sini. In case kalau ada apa-apa mama boleh hubungi Damian." Kata Ice, tidak peduli dengan kesedihan yang dialami oleh ibunya.

Tali beg sandangnya digenggam sebelum disangkut ke bahu kanan. Rahang Ice bergerak-gerak bagaikan menahan geram.

Permaisuri Caroline mengelap air mata dengan hujung jari. Dia berjalan laju mendapatkan Ice sebelum memeluk erat tubuh anaknya.

"Mama minta maaf, Ice. Just know that I love you so much." Pesan Permaisuri Caroline.

"Sure" Angguk Ice.

"Ice ada potion yang Healer Griffin bagi tu?" Tanya Permaisuri Caroline. Wajah Ice ditenung penuh kasih.

"Ada" Memori Ice kembali kepada peristiwa beberapa minit lepas. Potion pemberian Healer Griffin sebenarnya sudah selamat dituang ke dalam lubang tandas.

Sebenarnya dia sudah lama berhenti daripada mengambil potion yang diberikan oleh Healer Griffin. Dia enggan menelan potion yang akan menyebabkan dia berasa mengantuk itu.

"Okay, ingat jangan lupa makan potion tu. Dan kalau ada apa-apa terus beritahu mama atau ayah. Janji,"

"Alright." Balas Ice sepatah.


***

Aku dan Priya dalam perjalanan untuk ke perpustakaan apabila kami mendengar suara hilai tawa sekumpulan pelajar wanita Iceland.

Sebenarnya bukanlah perkara pelik jika mereka mahu ketawa akan tetapi ayat mereka yang menarik perhatian kami.

"Kan aku cakap budak-budak Whisper Hollow tu gila. Entah dari ceruk kampung mana datangnya." Ginny, Gadis berambut perang kerinting itu menunjukkan aksi menyampah.

"Tengok tu, cakap sorang-sorang. Mental betul" Kata kawannya yang kukenali sebagai Libby sambil ketawa mengejek.

Mereka yang masih tidak menyedari kehadiran kami berterusan mengeluarkan kata-kata hinaan membuatkan aku dan Priya melangkah laju menghampiri mereka.

Mendengarkan derap kaki yang kuat membuatkan mereka berdua berpaling.
Sengihan mereka bertukar jelingan tatkala mereka melihat ke arah kami berdua.

"Apa korang cakap?" Tanyaku dengan nada tenang sebaik tiba di hadapan mereka.

"Cakap apa?" Tanya Ginny. Matanya dikerling ke arah Libby

"Saya dengar apa yang korang berdua cakap tadi,"

"So?" Soal Ginny.

"Its rude to say such things to other people."

Libby dan Ginny membuat muka. Ginny menyelak rambutnya yang bewarna perang ke belakang sebelum mencekak pinggang.

"And what are you gonna do about it, huh? Nak lawan aku? Sebelum nak tegur orang kau tengok diri sendiri dulu. Kau tu manusia biasa je, takde kuasa apa-apa."
Ejek Ginny.

"Sekurangnya saya ada manners" Balasku.

Ginny mengetap bibir geram. "Kau..."

"Stay back, Ginny. " Priya yang sekadar menjadi pemerhati mampir ke sebelahku.

"Kau apa masalah, huh? Nak cari gaduh?" Provok Ginny.

"Not actually. Cuma nak ingatkan awak yang manusia biasa macam kawan saya ni dilindungi di bawah Akta perlindungan Magical Law akta 707. Awak pasti tak nak masuk penjara kerana mencederakan manusia biasa dengan sengaja."
Terang Priya.

Ginny merenung aku dan Priya dengan panahan maut. Priya tersenyum sambil memeluk tubuh.

Aku melihat ke arah sudut yang diperhatikan oleh mereka tadi. Rupa-rupanya sejak tadi mereka sedang memerhatikan Mirna.

Rakan aku yang seorang ini sedang duduk mencangkung sambil memeluk lutut. Bibirnya bergerak-gerak, berbual dengan dinding yang berada di hadapannya.

"Untuk pegetahuan awak, kawan saya tu dia boleh nampak spirit atau ghost. Malah spirit tu dah jadi macam kawan-kawan dia. So you guys better be careful kalau nak kutuk bestfriend spirit-spirit tu" Aku memeluk tubuh.

Wajah Libby terus berubah apabila mendengarkan kata-kataku. Dia menarik-narik lengan Ginny agar mereka segera beredar.

"You, watch your back" Kata Ginny sebelum berlalu. Derap kasutnya kedengaran kuat dihentak ke lantai.

Aku dan Priya berpandangan sesama sendiri sebelum menggelengkan kepala.

"That was awesome," Kataku.

"Totally," Balas Priya.

Aku kembali menoleh ke arah Mirna yang masih kekal dalam kedudukan seperti tadi.

"Mirna?" Panggilku dari jauh.

Tidak berani aku mahu berhadapan dengan Spirit yang entah bagaimanalah rupanya itu. Priya pula memilih untuk berdiri di belakang aku.

Mirna menoleh ke arah kami untuk seketika sebelum kembali bercakap kepada dinding di hadapannya.

"Tak apa, itu kawan saya. " Suara Mirna kedengaran.

Aku memasang telinga, melihat tingkah Mirna yang seolah-olah cuba memujuk.

"Hei, tunggu." Mirna merenung ke atas.
Seketika kemudian dia kembali menundukkan kepala sambil mengeluh.

"Dia...dah takde ke?" Tanya Priya.

Mirna mengerutkan dahi. "Ya, dia dah lari. Dia cakap dia takut."

"Ouh, new spirit?"

Mirna mengangguk. Dia menapak ke hadapan, mendekatkan jarak kami.

"Nama dia Tina. Meninggal dunia masa berumur lapan tahun. Dia cakap dia tak pasti macam mana dia meninggal. Aku jumpa dia masa dia tengah berkeliaran dekat taman botani sana"

Seperti biasa Mirna berkongsi akan berkongsi cerita mengenai spirit yang dijumpainya.

"Okay. Tapi kenapa kau nampak kusut?" Tanyaku.

"Sebab dia nampak takut. Aku nak bantu dia, tapi dia cakap aku takkan mampu lawan Dark Master"

Aku mengerutkan dahi. "Siapa Dark Master?"

"Honestly aku tak tahu. Actually, sejak akhir-akhir ni kawan-kawan spirit aku semuanya berperangai pelik. Macam diorang semua tengah bersembunyi daripada sesuatu." Kata Mirna dengan nada sedih.

"Hurm, kami nak pergi perpustakaan. Kau nak ikut?" Ajak Priya.

Mirna menggeleng. "No, sorry guys. korang pergilah. Aku tak ada mood."

Aku dan Priya berpandangan sesama sendiri namun tiada kata yang keluar dari mulut kami.


No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...